omniture

QATAR MENGUMUMKAN TAWARAN KEBUDAYAAN MUSIM LURUH YANG PELBAGAI, MENERIMA TETAMU DARI SELURUH DUNIA MENJELANG FIFA WORLD CUP QATAR 2022™

Qatar Creates
2022-06-07 18:35 57

Lebih Satu Juta Pengunjung akan Diraikan dengan Persembahan Menakjubkan,  Pameran Muzium yang Hebat, Pertunjukan Fesyen Perdana dan Banyak Lagi

Tawaran kebudayaan lengkap yang akan dipersembahkan melalui One Pass Qatar Creates yang Serba Baharu 

DOHA, Qatar, 7 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pagi ini di M7 di Msheireb, format serba baharu untuk acara kesenian dan kebudayaan di seluruh Qatar telah diumumkan, dengan transformasi Qatar Creates daripada acara tempoh terhad kepada pergerakan kebudayaan nasional sepanjang tahun untuk para penonton tempatan dan antarabangsa. Qatar Creates kini akan menjadi satu wadah yang merangkumi semua yang mengatur, mempromosi dan meraikan kepelbagaian aktiviti kebudayaan di Qatar, dengan jadual acara berprofil tinggi, pameran, pertunjukan langsung dan pembukaan yang belum pernah berlaku sebelum ini, semuanya menjurus ke arah permulaan FIFA World Cup Qatar 2022™ dan seterusnya.

Her Excellency Sheikha Al Mayassa Bint Hamad bin Khalifa Al Thani
Her Excellency Sheikha Al Mayassa Bint Hamad bin Khalifa Al Thani


Format baharu Qatar Creates dan gambaran keseluruhan persembahan kebudayaan Qatar untuk musim luruh 2022 diumumkan hari ini buat pertama kali oleh Yang Mulia Sheikha Al Mayassa binti Hamad bin Khalifa Al Thani, Pengerusi Muzium Qatar dan Institut Filem Doha merangkap Pengerusi Bersama Fashion Trust Arabia.

Jadual musim luruh yang belum pernah berlaku sebelum ini menampilkan 17 pameran merentasi lima muzium dan lima hab kreatif, 10 acara berprofil tinggi, tiga festival langsung, 15 ruang rehat Qatar Creates dan lebih 80 pemasangan seni awam di seluruh negara.

Tuan Yang Terutama Sheikha Al Mayassa berkata, "Ketika kiraan detik semakin mendebarkan menjelang pembukaan Piala Dunia, kami berbesar hati untuk berkongsi gambar musim luruh 2022 di Doha, apabila kalendar akan dipenuhi dengan pameran muzium, acara fesyen utama, pengalaman muzik dan teater yang menakjubkan serta pratonton yang menarik perhatian dengan mempersembahkan masa depan budaya menarik yang sedang dibina Qatar hari ini."

4Dalam bentuk baharunya, Qatar Creates ialah gerakan kebudayaan serba lengkap yang mengurus, mempromosi dan meraikan kepelbagaian aktiviti kebudayaan di Qatar. Untuk memberikan para penduduk dan pelawat peluang yang tiada tandingan untuk menyelami diri dan merasai sepenuhnya persembahan kebudayaan, masa lapang dan hiburan yang pelbagai di seluruh negara, Qatar Creates telah melancarkan One Pass baharunya, portal dalam talian yang menawarkan sumber setempat untuk semua persembahan kebudayaan Qatar.

Tuan Yang Terutama Sheikh Al Mayassa menyambung, "One Pass merupakan sebuah gerbang seni dan budaya bagi semua penduduk dan pelawat kami untuk mengakses muzium, acara, perayaan, pengalaman teater dan tawaran kebudayaan di seluruh negara, bersama-sama dengan manfaat untuk menjamu selera, hiburan, pengembaraan dan fesyen. Dengan menyatukan semua ini bersama-sama dengan One Pass, kami berharap semua orang akan berpeluang untuk menikmati bersama-sama, untuk mengalami yang terbaik yang ditawarkan oleh negara kami, menukar pengunjung menjadi duta yang akan berkongsi pengalaman mereka dan mahu kembali ke Qatar lagi dan lagi."

Para pemegang pas berperingkat akan menikmati faedah termasuk kemasukan percuma ke semua muzium, diskaun menyertai acara dan persembahan, restoran dan peruncit tempatan serta keistimewaan barisan hadapan. Para pemegang pas juga akan menerima surat berita harian berkaitan acara dan akses ke portal dalam talian yang akan diisi dengan kandungan tentang aktiviti yang berlaku di Doha semasa FIFA World Cup Qatar 2022™.  Untuk maklumat tambahan tentang Qatar Creates dan One Pass, sila layari www.qacreates.com

Nota kepada Editor:

Tentang Qatar Creates 

Qatar Creates (QC) merupakan sebuah inisiatif kebudayaan yang dilancarkan oleh Muzium Qatar (QM) pada tahun 2019 untuk meraikan sambutan penubuhan Muzium Negara Qatar. QC ialah perayaan tahunan berkaitan seni, fesyen, reka bentuk, budaya dan seni bina melalui siri acara dan program komuniti selama seminggu termasuk pertunjukan fesyen, pameran, lawatan, bengkel dan perbincangan ahli panel. QC merupakan sebuah sidang kemuncak global untuk ekonomi inovasi budaya yang bertindak sebagai sebuah platform untuk mempromosikan perspektif budaya tempatan, serantau dan antarabangsa.

Diketuai oleh Tuan Yang Terutama Sheikh Al Mayassa binti Hamad bin Khalifa Al Thani, Qatar Creates berjanji untuk mengetengahkan para bakat tempatan dan global. Qatar Creates akan menyatukan entiti budaya Qatar yang terbaik termasuk Muzium Kesenian Islam dan MIA Park, Mathaf: Muzium Seni Moden Arab, Muzium Negara Qatar, Galeri QM Al Riwaq, Galeri QM Katara, 3-2-1 Muzium Olimpik dan Sukan Qatar, Dadu, Muzium Kanak-Kanak Qatar dan Hab Kreatifnya yang baru diwujudkan yang terdiri daripada Fire Station – Artists in Residence, M7, Festival Foto Tasweer Qatar dan Liwan Design Studios and Labs.

Qatar Creates 2022 akan menjadi tahun pertama yang menyaksikan dua edisi sambutan untuk mengalu-alukan para pelawat semasa FIFA World Cup Qatar 2022™. Edisi ini juga akan memperkenalkan muzium dan galeri QM yang akan datang termasuk Art Mill Museum, Qatar Auto Museum dan Lusail Museum.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1833272/Qatar_Creates.jpg?p=medium600

 

 

Source: Qatar Creates
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel New products/services