omniture

RevBits Menjadi Pemenang Pelbagai Anugerah Keselamatan Maklumat di Persidangan RSA 2022

RevBits LLC
2022-06-07 21:00 153

Penyedia penyelesaian keselamatan siber, RevBits telah menerima anugerah bagi lima kategori termasuk pengiktirafan produk dan penghargaan syarikat 

MINEOLA, N. Y., 7 Jun 2022 /PRNewswire/ -- RevBits, sebuah syarikat keselamatan siber bersepadu untuk titik akhir perusahaan sistem pada premis dan awan, dengan bangganya mengumumkan bahawa syarikat kami telah memenangi lima anugerah daripada Cyber Defense Magazine (CDM), majalah keselamatan maklumat elektronik yang terkemuka dalam industri.

RevBits wins in five categories from Cyber Defense Magazines’ 2022 Global Infosec Awards
RevBits wins in five categories from Cyber Defense Magazines’ 2022 Global Infosec Awards

RevBits berbesar hati menerima anugerah berikut:

  • Anugerah Keselamatan Maklumat Global 2022 – Generasi Seterusnya / Syarikat Keselamatan Terbaik Tahun ini 
    • RevBits LLC
  • Anugerah Keselamatan Maklumat Global 2022 – Produk Terbaik / Keselamatan Titik Akhir 
    • Keselamatan Titik Akhir RevBits
  • Anugerah Keselamatan Maklumat Global 2022 – Syarikat Cemerlang / Tindak Balas dan Pengesanan Lanjutan (XDR) 
    • Platform Kecerdasan Siber RevBits
  • Anugerah Keselamatan Maklumat Global 2022 – Paling Inovatif / Pengurusan Akses Istimewa (PAM) 
    • Pengurusan Akses Istimewa RevBits
  • Anugerah Keselamatan Maklumat Global 2022 – Terkini / Kepercayaan Sifar 
    • Rangkaian Kepercayaan Sifar RevBits

"Kami teruja kerana telah menerima beberapa anugerah keselamatan siber yang paling berprestij dan menjadi rebutan daripada Cyber Defense Magazine, penyedia bebas berkaitan maklumat dan berita keselamatan siber. Kami berasa amat gembira dapat menyertai pertandingan ini dan dengan barisan hakim terbaik yang merupakan pakar keselamatan maklumat yang terkemuka daripada seluruh dunia," kata David Schiffer, Ketua Pegawai Eksekutif RevBits. Slogan syarikat kami yang digunakan dalam iklan kami ialah 'Impian Setiap Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat.' Memenangi lima anugerah ini iaitu empat anugerah bagi produk dan satu untuk syarikat kami merupakan "Impian Setiap Ketua Pegawai Eksekutif."

"RevBits memiliki tiga ciri utama yang dicari oleh hakim untuk dinobatkan sebagai pemenang. Memahami ancaman masa depan pada hari ini; menyediakan sebuah penyelesaian yang menjimatkan kos; dan berinovasi dalam cara yang tidak dijangka yang boleh membantu mengurangkan risiko siber supaya organisasi boleh selangkah lebih awal bagi menghadapi serangan seterusnya," kata Gary S. Miliefsky, Penerbit Cyber Defense Magazine.

Tentang RevBits 

Ditubuhkan pada tahun 2018, RevBits ialah sebuah syarikat keselamatan siber komprehensif yang dikhususkan untuk memberikan perlindungan dan perkhidmatan yang unggul kepada para pelanggannya. Dengan menawarkan pelbagai produk keselamatan canggih yang boleh ditadbir melalui platform keselamatan bersepadu, RevBits memberikan perlindungan terhadap ancaman siber paling canggih yang dihadapi oleh syarikat-syarikat. RevBits beribu pejabat di Mineola, New York serta mempunyai pejabat di Princeton, New Jersey, Boston, Massachusetts, London (England) dan Antwerp (Belgium). Untuk maklumat lanjut tentang RevBits, sila layari www.revbits.com/aboutrevbits.

Tentang Cyber Defense Magazine

Cyber Defense Magazine ialah sumber utama maklumat dan berita keselamatan siber untuk profesion Keselamatan Maklumat dalam perniagaan dan kerajaan. Ketahui lebih lanjut tentang kami di https://www.cyberdefensemagazine.com.

Hubungan Media: neal.hesterberg@revbits.com


Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1832807/Winner_s_Badge_RevBits.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1222447/revbits_logo__002.jpg?p=medium600 

Source: RevBits LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Awards