omniture

StorPool Bantu Namecheap Menyampaikan Pengalaman Pengguna yang Sempurna kepada Para Pelanggannya

StorPool Storage
2022-06-07 22:00 149

SOFIA, Bulgaria, 7 Jun 2022 /PRNewswire/ -- StorPool Storage hari ini mengumumkan bahawa Namecheap, pembekal perkhidmatan pengehosan global serta peruncit domain yang kedua terbesar di dunia, memilih penyelesaian storan ditentukan perisian milik syarikat tersebut sebagai sebahagian daripada platform infrastruktur hiper tertumpu (HCI) baharu yang meningkatkan tahap kepantasan dan kebolehpercayaan perkhidmatan Namecheap untuk menarik dan mengekalkan pelanggan dengan lebih baik.

Dengan lebih 13 juta domain yang diuruskan serta senarai perkhidmatan syarikat yang mantap, Namecheap merupakan rakan kongsi yang dipercayai oleh perniagaan di seluruh dunia. Seni bina turun-temurun syarikat ini terdiri daripada sekumpulan pelayan kosong dengan simpanan tempatan, yang kadangkala mengakibatkan masalah "noisy neighbor" yang bermaksud "jiran hingar" apabila beban kerja sesetengah pengguna menggunakan terlalu banyak sumber pelayan. Ini membawa kepada kemungkinan terjadinya gangguan perkhidmatan kepada pengguna lain serta masalah tambahan seperti kegagalan pusat tunggal dan masa tergendala semasa pelayan sedang dinaik taraf.

Bermatlamat untuk membangunkan perkhidmatan pengehosan generasi seterusnya dengan ketersediaan dan kebolehpercayaan yang ditambah baik, Namecheap memilih untuk menggunakan HCI dengan perisian StorPool yang dijalankan bersama-sama beban kerja pengiraan pada pelayan Supermicro menggunakan pemproses 7742 64-teras AMD EPYC™ dan SSD NVMe.

"Keutamaan kami yang paling penting adalah untuk memastikan data pelanggan kami selamat dan dilindungi," jelas Max Semenyaka, Pengurus Operasi Teknikal Namecheap. "Itulah sebabnya kami memilih penyelesaian StorPool berdasarkan pemproses AMD yang memberikan prestasi tinggi, kadar toleransi kerosakan serta ketersediaan data yang mengagumkan."

Penyelesaian didayakan StorPool yang baharu ini memberi rangsangan prestasi secara signifikan serta mencapai keputusan metrik utama yang positif seperti yang diingini Namecheap. Penyelesaian ini memberikan IOPS yang luar biasa pada kependaman rendah sambil menggunakan teras dan memori CPU yang sangat sedikit, lalu membolehkan penggunaan sumber perkakasan yang berkesan.

Infrastruktur awan baharu ini memberikan kebolehpercayaan dan ketersediaan yang penting buat Namecheap dalam mengekalkan para pelanggan serta menarik pengguna baharu ke dalam syarikat. StorPool membolehkan Namecheap menjalankan penyelenggaraan perkakasan terancang tanpa gendala di samping mempercepat penggunaan mesin maya baharu dan memastikan prestasi yang maksimum pada skala besar. Selain itu, pasukan operasi StorPool menyediakan bantuan yang tepat pada masanya dalam semua aspek lapisan storan di Namecheap supaya pasukan teknikalnya tidak lagi perlu menyelenggara sistem storan.

"Kami gembira kerana salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pengehosan terbesar di dunia telah memilih kami untuk membantu mereka mencapai storan utama yang pantas dan meyakinkan, yang digunakan secara serentak dengan beban kerja pengehosan yang dikongsi bersama," kata Boyan Ivanov, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama StorPool Storage. "Keputusan Namecheap untuk beralih kepada seni bina HCI canggih berdasarkan pemproses EPYC™ AMD serta platform storan Storpool yang tangkas membolehkan mereka mencapai pelbagai manfaat untuk disampaikan kepada para pelanggan mereka."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana StorPool membantu Namecheap menerima guna teknologi terkini bagi menjamin prestasi dan pengalaman pengguna yang lebih baik, sila layari storpool.com/case-studies/Namecheap-AMD

Tentang StorPool Storage 

StorPool ialah platform storan utama untuk infrastruktur awan berskala besar. Platform ini merupakan cara yang paling mudah untuk menukar pelayan standard kepada sistem storan utama. Pasukan syarikat ini mempunyai pengalaman bekerjasama dengan pelbagai pelanggan - Penyedia Perkhidmatan Terurus, Penyedia Perkhidmatan Pengehosan, Penyedia Perkhidmatan Awan, perusahaan dan pembekal Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS). StorPool didatangkan dalam bentuk perisian serta perkhidmatan terurus sepenuhnya yang mengubah perkakasan standard menjadi sistem storan yang pantas, sangat tersedia dan boleh ditingkatkan.

https://storpool.com/

 

 

Source: StorPool Storage
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Contracts Feature News Releases