omniture

SONGTRADR MEMPERLUAS PENYELESAIAN TEKNOLOGI MUZIK B2B - MENGAMBIL ALIH MUSICUBE, SYARIKAT CARIAN AI CANGGIH YANG TERKEMUKA

Songtradr
2022-06-08 02:37 108

Syarikat teknologi AI yang berpangkalan di Hamburg ini mendayakan pelesenan berasaskan pulangan pelaburan yang boleh diukur yang mengoptimumkan prestasi kreatif kandungan 

LOS ANGELES, 7 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Songtradr, sebuah syarikat muzik B2B terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pengambilalihan Musicube, sebuah syarikat carian muzik dan metadata AI yang terkenal. Urus niaga ini memperluas portfolio penyelesaian muzik didayakan teknologi milik syarikat yang direka untuk melesenkan muzik yang tepat bagi apa-apa jua kandungan, memacu pulangan pelaburan yang lebih tinggi dan membolehkan jenama melibatkan khalayak sasaran mereka dengan kebolehukuran. Menggunakan rangkaian neural dan kecerdasan buatan proprietari, carian semantik Musicube telah mencapai tahap peneraju produk dari segi kualiti dan perincian data. Carian tersebut membantu memadankan muzik dengan kandungan dan khalayak yang disasarkan jenama. Teknologi ini mengukuhkan lagi penyelesaian muzik B2B Songtradr yang memanfaatkan kuasa kecerdasan yang didayakan teknologi dan data dengan kecemerlangan kreatif.

"Musicube mendekati analisis audio daripada perspektif yang benar-benar unik dan pengambilalihan ini mempercepat misi kami untuk meningkatkan nilai serta keberkesanan kandungan muzik," kata Paul Wiltshire, Ketua Pegawai Eksekutif Songtradr. "Pasukan ahli muzik dan saintis data mereka yang bersemangat memahami kuasa data dan hubungannya dengan muzik yang seterusnya memberi manfaat kepada pelanggan agensi dan jenama kami serta para pemegang hak muzik kami. Untuk memiliki teknologi carian dan saranan muzik B2B terbaik di dunia, kami memerlukan teknologi pengayaan metadata yang unggul, yang menjadi komponen utama dalam rantaian bekalan muzik B2B. Selain teknologi Musicube, penyertaan data dan pasukan syarikat yang luar biasa ini ke dalam Songtradr akan membantu memacu pengalaman pengguna bagi pelanggan perusahaan kami."

Perisian proprietari Musicube dihantar melalui widget web dan API yang menyediakan metadata tulen pada skala besar kepada para pengadun muzik, penerbit, penyelia muzik serta pelbagai khalayak lain. Teknologi ini juga membolehkan pelanggan mencari keratan muzik, senarai muzik dan artis berdasarkan khalayak, mood, genre, ciri-ciri vokal, alat muzik, tempo dan banyak lagi yang memanfaatkan nilai sebenar katalog dan hak cipta.

David Hoga, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Musicube berkata: "Songtradr ialah sebuah syarikat muzik paling menarik yang pernah kami saksikan sejak sekian lama. Kami amat berbesar hati dapat menyertai pasukan pencinta muzik dan pakar teknologi yang luar biasa ini apabila setiap perbincangan yang kami jalankan bercirikan kemesraan dan agenda dengan matlamat yang tinggi. Kami berkongsi visi dalam industri mesra artis yang sama yang menggunakan data untuk mencapainya."

Dengan pasukan yang terdiri daripada lebih 350 orang pekerja dan pejabat di 12 buah negara di seluruh dunia, Songtradr telah berkembang daripada sebuah produk teknologi muzik untuk artis bebas, kepada penyelesaian pelbagai disiplin yang serba lengkap untuk para pembeli, jenama dan pemegang hak muzik.

Portfolio unik Songtradr yang terdiri daripada syarikat perkhidmatan muzik terkemuka di dunia (Massive Music, Big Sync Music dan Song Zu) di samping produk teknologi dan data yang terkemuka dalam industrinya (Songtradr, Tunefind, Pretzel, Jaxsta (pelaburan sahaja) dan Musicube), memberikan para pelanggannya kelebihan tersendiri dalam memaksimumkan nilai muzik projek mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Songtradr, sila layari songtradr.com.

TENTANG MUSICUBE: 

Penyelesaian AI muzik Musicube menyediakan metadata yang kaya kepada pengadun muzik, penerbit, pemegang hak dan pelbagai pihak lain yang mencari alat untuk meneroka muzik. Pangkalan data ini merangkumi lebih 50 juta tajuk lagu dengan ISRC dan semua penyumbang serta lebih 500 kata kunci (seperti mood, ciri muzik, kandungan daripada lirik lagu dan banyak lagi). Syarikat ini terdiri daripada ahli muzik dan saintis data berpengalaman yang berpangkalan di Hamburg, Jerman. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.musicu.be.

TENTANG SONGTRADR: 

Songtradr ialah sebuah tempat yang menggabungkan muzik dan data, idea dan inovasi, serta misi jenama yang diubah oleh bunyi-bunyian.

Kami bekerjasama dengan jenama, agensi, perniagaan, pengadun muzik, artis dan banyak lagi serta memperkasakan mereka untuk mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Didorong oleh kecerdasan data masa nyata, teknologi serta kepakaran muzik, produk dan perkhidmatan kami yang bersepadu sepenuhnya membantu mengukuhkan jenama serta membolehkan para artis dan pemegang hak merealisasikan potensi katalog mereka sepenuhnya.

Tidak kira sama ada lagu klasik atau lagu sohor kini, strategi muzik global atau identiti sonik, kami membantu menterjemahkan idea kepada penyelesaian yang hebat dan dipacu pulangan pelaburan bagi memastikan kandungan sentiasa mencapai objektif yang tepat.

Kami memperkasakan dunia melalui muzik.

Hubungan Akhbar: 
Kara Gaughan
Perhubungan Awam Jive + Digital
778-872-7676 
kara@jiveprdigital.com   
www.jiveprdigital.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1832398/Songtradr_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1832397/Musicube_Logo.jpg?p=medium600

Source: Songtradr
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics