omniture

IUCN dan Huawei menyeru penerimaan teknologi lebih hebat untuk melindungi alam semula jadi

Huawei
2022-06-08 08:55 257

Menggemakan tema "Hanya Satu Bumi" ("Only One Earth") pada Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), Huawei serta rakan-rakan kongsi global meneroka peranan teknologi dalam pemuliharaan alam semula jadi di sidang kemuncak Tech for a Better Planet.

SHENZHEN, China, 8 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (International Union for Conservation of Nature, IUCN), Huawei serta rakan-rakan kongsi projek pemuliharaan berkumpul pada hari ini untuk menyeru peningkatan pemacu global bagi membangunkan dan menggunakan teknologi baharu demi melindungi Bumi dengan lebih baik.

Kedua-dua rakan kongsi ini menganjurkan sidang kemuncak dalam talian "Tech for a Better Planet" untuk menunjukkan sejauh mana teknologi dapat meningkatkan hasil pemuliharaan alam semula jadi secara meluas, mendedahkan teknologi digital baharu yang bakal menjadi pendaya penting terhadap perlindungan alam sekitar.

Proses bertindak balas kepada ancaman alam sekitar telah meningkatkan kesedaran bahawa teknologi dapat membawa perubahan penting dalam pemuliharaan alam semula jadi.

"Kami percaya bahawa teknologi digital merupakan pendorong penting untuk perlindungan alam semula jadi," kata Tao Jingwen, Pengarah Lembaga dan Pengarah Jawatankuasa Pembangunan Mampan Korporat untuk Huawei. "Semua sektor masyarakat harus saling bekerjasama dalam persekitaran pasaran yang terbuka dan kolaboratif untuk mengaplikasikan inovasi teknologi kepada industri-industri dan mentransformasikan teknologi-teknologi baharu menjadi penyelesaian dan perkhidmatan yang dapat membantu membina planet hijau."

Tao Jingwen, Pengarah Lembaga dan Pengarah Jawatankuasa Pembangunan Mampan Korporat,  Huawei
Tao Jingwen, Pengarah Lembaga dan Pengarah Jawatankuasa Pembangunan Mampan Korporat, Huawei

Huawei mendorong pembangunan hijau dalam industri-industri melalui inovasi ICT yang menyokong perjalanan karbon-sifar global. Dari sisi bekalan tenaga, syarikat ini telah mengintegrasikan elektronik kuasa dan teknologi digital bagi mempercepatkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui. Dari segi penggunaan tenaga pula, Huawei akan terus menginovasi teknologi yang menjimatkan tenaga untuk terus meningkatkan kecekapan tenaga dalam infrastruktur ICT, yang hasilnya dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan emisi dalam industri-industri.

Huawei juga telah menjalin perkongsian jangka panjang bagi meningkatkan hasil pemuliharaan alam semula jadi dengan membangunkan penyelesaian teknologi yang dapat memahami alam semula jadi dengan lebih baik dan menghasilkan langkah-langkah yang lebih efektif untuk melindungi biodiversiti dalam pelbagai ekosistem. Pada tahun 2020, IUCN dan Huawei melancarkan projek Tech4Nature global dan sejak itu memulakan projek-projek perintis yang berasaskan kepada Standard Senarai Hijau IUCN di Switzerland, Sepanyol, China, Mexico dan Mauritius.

Di luar pantai Mauritius, IUCN, Huawei dan Ecomode Society menggunakan sistem bawah air pertama di Lautan Hindi Barat yang dapat memantau ekosistem terumbu karang pada waktu sebenar. Tujuan projek berkenaan adalah untuk memulihkan ekosistem terumbu karang yang amat terancam dengan menanam terumbu karang hidup di tapak semaian, memindahkannya dan memantau pertumbuhan, keadaan air serta ancaman seperti alga. Penyelesaiannya merangkumi kamera bawah air dengan kanta khas, sensor, rangkaian 4G untuk membawa data serta AI untuk mentafsir penemuan. Setakat ini, hampir 10,000 serpihan karang telah dipindahkan ke terumbu yang terdegradasi dengan sejumlah 25,000 ditanam untuk akhir tahun 2022.

"Projek Tech4Nature perkongsian IUCN-Huawei merupakan satu contoh yang baik bagi projek yang inovatif antara sektor-sektor pemuliharaan dan ICT bagi merealisasikan potensi transformatif penggunaan teknologi digital yang sesuai untuk impak pemuliharaan alam semula jadi mengikut kawasan," kata Stewart Maginnis, Timbalan Ketua Pengarah - Program, IUCN.

IUCN meletakkan kombinasi "Teknologi, Data dan Inovasi" sebagai pusat untuk mencapai matlamat yang bercita-cita tinggi daripada Program Alam Semula Jadi IUCN 2030. Organisasi tersebut juga percaya bahawa inovasi dalam penderiaan data, data raya, pembelajaran mesin dan AI dapat meningkatkan dengan ketara ilmu pengetahuan serta pemahaman tentang kawasan-kawasan impak seperti daratan, perairan, lautan dan iklim. Hasilnya, ini akan dapat membantu pihak berkepentingan merancang tindakan pemuliharaan yang lebih bermaklumat dan memantau sistem untuk spesies serta ekosistem.

Stewart Maginnis, Timbalan Ketua Pengarah (Program), IUCN
Stewart Maginnis, Timbalan Ketua Pengarah (Program), IUCN

Selain itu, di sidang kemuncak tersebut juga, pakar-pakar dan para penyokong pemuliharaan daripada sektor-sektor alam sekitar dan sains termasuk Ecomode Society, WWF Italy, Berlevåg jeger og fiskeforening, Shan Shui Nature Conservation Center dan Huawei Digital Energy Product Line, berkongsi pandangan dan amalan global mereka tentang perubahan iklim dan pemuliharaan sumber alam semula jadi.

Dr. Nadeem Nazurally, Presiden, Ecomode Society
Dr. Nadeem Nazurally, Presiden, Ecomode Society

Kunjungi sidang kemuncak Tech for a Better Planet untuk maklumat lanjut

Latar Belakang IUCN – Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi

IUCN ialah Kesatuan keahlian yang secara uniknya terdiri daripada organisasi-organisasi kerajaan dan masyarakat awam. Ia menyediakan kepada organisasi-organisasi awam, swasta dan bukan kerajaan dengan pengetahuan serta alatan yang mengupayakan kemajuan insan, pembangunan ekonomi dan pemuliharaan alam semula jadi agar berjalan seiringan.

Ditubuhkan pada tahun 1948, IUCN berkembang menjadi rangkaian alam sekitar yang terbesar dan paling pelbagai di dunia. Ia memanfaatkan pengalaman, sumber dan jangkauan dengan lebih daripada 1,400 organisasi Ahlinya dan input daripada kira-kira 18,000 pakar. IUCN merupakan pihak berkuasa global bagi status dunia alam semula jadi dan langkah-langkah yang diperlukan untuk melindunginya. Pakar-pakar kami disusun dalam enam suruhanjaya yang dikhususkan untuk kelangsungan spesies, undang-undang alam sekitar, kawasan dilindungi, dasar sosial dan ekonomi, pengurusan ekosistem serta pendidikan dan komunikasi.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi IUCN secara dalam talian di www.iucn.org

Latar Belakang TECH4ALL
TECH4ALL ialah satu inisiatif jangka panjang dan pelan tindakan yang dilancarkan oleh Huawei untuk menggalakkan rangkuman digital. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan bahawa tiada sesiapapun yang ditinggalkan dalam dunia digital. Huawei bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk menggalakkan rangkuman digital serta pembangunan mampan dalam empat domain – pendidikan, alam sekitar, kesihatan dan pembangunan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi TECH4ALL secara dalam talian di https://www.huawei.com/en/tech4all dan ikuti kami di:
https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Environmental Issues