omniture

SMARTFREN DAN MOBILEUM MENANDATANGANI PERJANJIAN BERBILANG TAHUN UNTUK MENINGKATKAN PENGALAMAN PELANGGAN DAN PEMBANGUNAN PRODUK YANG DIPERIBADIKAN

Mobileum
2022-06-08 09:00 82

Analitik Rangkaian Mendalam dan Pembelajaran Mesin Gunaan Menyediakan Kecerdasan Berkaitan Rangkaian untuk Menambah Baik Pengalaman Pelanggan 

CUPERTINO, Calif., 8 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), sebuah penyedia penyelesaian analitik global yang terkemuka bagi perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, ujian serta pemantauan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai kerjasama berbilang tahun dengan PT Smartfren Telecom Tbk ("Smartfren"), sebuah pengendali mudah alih yang progresif dan terkemuka di Indonesia. Kontrak baharu ini menyampaikan pandangan digital dan analitik rangkaian Mobileum yang akan membolehkan Smartfren memperkukuh serta meningkatkan pengalaman Pelanggan dan pembangunan produk yang diperibadikan serta meningkatkan kualiti dan prestasi perkhidmatan kepada lebih 33 juta pelanggannya di Indonesia.

Smartfren akan memanfaatkan perisian Analitik Rangkaian Mendalam (DNA) Niometrics yang baru-baru ini diperoleh Mobileum untuk memperoleh cerapan daripada jumlah data pengguna yang merentasi rangkaiannya. Melalui penyepaduan dengan rangkaian teras data sedia ada Smartfren dan gudang datanya, penyelesaian tersebut mengenal pasti atribut data berbilang dimensi yang mendedahkan cara rangkaian bertindak balas terhadap permintaan penggunaan tertentu, menyediakan Smartfren dengan trend ke dalam pengalaman aplikasi dan prestasi keseluruhan peranti dalam rangkaian tersebut.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penstriman video di Indonesia, Smartfren akan turut menggunakan penyelesaian Analitik Penstriman Video (VSA) Mobileum untuk menyampaikan pengalaman video dalam talian yang berkualiti tinggi kepada para pelanggannya. VSA menggunakan algoritma pembelajaran mesin yang canggih untuk menentukan metrik prestasi dan pengalaman, contohnya seperti resolusi yang lemah atau masa penimbalan yang lama serta memberikan keupayaan kepada Smartfren untuk mengukur, menilai dan meningkatkan kualiti strim video yang dihantar ke seluruh rangkaiannya.

Kerjasama ini mengesahkan lagi komitmen Smartfren sebagai penyedia telekomunikasi terkemuka di Indonesia untuk terus melabur dalam teknologi baru muncul dan menawarkan kualiti perkhidmatan yang luar biasa kepada para pelanggannya.

Mengulas tentang kerjasama antara Smartfren dengan Mobileum, Sandeep Mishra, Ketua Pegawai Eksekutif Sinarmas Cognitive dan Big Data berkata: "Smartfren teruja untuk memanfaatkan analitik rangkaian mendalam Mobileum ke arah penawaran produk yang lebih baik dan pengalaman yang dipertingkatkan kepada pada pelanggan kami. Maklumat daripada penyelesaian ini akan membantu kami memacu penambahbaikan prestasi dan pengalaman di seluruh segmen pelanggan.

Mengulas tentang kerjasama tersebut, Sam Lau, Naib Presiden Kanan Jualan, Analitik dan Penglibatan Global Mobileum berkata: "Kami sangat berbesar hati dengan peluang untuk bekerjasama dengan Smartfren dalam mengejar kecemerlangan rangkaian digitalnya yang kompleks. Sebagai pengendali mudah alih yang progresif dan terkemuka di Indonesia, syarikat ini memberi Mobileum keistimewaan untuk meluaskan teknologi analitik rangkaian kami ke dalam ruangan kebolehskalaan rintis. Kami yakin bahawa penyelesaian analitik kami akan memenuhi keperluan Smartfren dalam usaha mencapai kecemerlangan perkhidmatannya."

Tentang Smartfren

PT Smartfren Telecom Tbk (IDX: FREN) merupakan salah sebuah penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Indonesia. Pada tahun 2015, Smartfren melakukan inovasi dengan melancarkan perkhidmatan 4G LTE Advanced komersial yang pertama di Indonesia dan pada awal tahun 2016, Smartfren sekali lagi mencipta sejarah sebagai syarikat telekomunikasi di Indonesia yang menyediakan perkhidmatan rakaman Suara LTE (VoLTE) secara komersial. Pada tahun 2017, Smartfren mengesahkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan pengendali telekomunikasi terkemuka dalam menyediakan perkhidmatan telekomunikasi berasaskan 4G dan menjadikan Smartfren sebagai satu-satunya pengendali yang beroperasi pada rangkaian 4G sepenuhnya. Pada tahun 2019, Smartfren berjaya menjalankan percubaan rangkaian 5G yang telah dijalankan di Jakarta dan pada tahun ini, Smartfren menjadi pengendali pertama di Indonesia yang memperkenalkan inovasi eSIM. Dengan inovasi eSIM ini, Smartfren memberikan kelebihan kepada para pelanggannya untuk mengakses rangkaian Smartfren pada peranti komunikasi mereka tanpa menggunakan kad SIM fizikal. eSIM menyimpan nombor telefon, pakej langganan dan konfigurasi rangkaian yang membolehkan peranti anda disambungkan ke Smartfren. Kini, dengan kawasan liputan rangkaian yang luas, melibatkan kira-kira 42,000 BTS 4G yang tersebar di 220 buah bandar di seluruh Indonesia, Smartfren telah diminta untuk menjadi rakan kongsi telekomunikasi rasmi bagi jenama telefon pintar global yang terkenal seperti Samsung. Bagi pakej perkhidmatan internet, Smartfren kini mengukuhkan syarikatnya sebagai pengendali telekomunikasi yang menyediakan pelbagai pek permulaan dan perkhidmatan pakej internet. Smartfren mempunyai Kad Permulaan dan pakej internet Smartfren GOKIL MAX, Tanpa Had, Kuota Tanpa Henti dan 1ON+. Selain menawarkan pelbagai produk serta perkhidmatan data dan suara, Smartfren turut menyediakan penyelesaian perniagaan korporat untuk penyelesaian perniagaan bagi institusi dan syarikat di Indonesia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.smartfren.com

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Active Intelligence miliknya yang menyediakan penyelesaian analitik canggih yang membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Emiriyah Arab Bersatu, Jerman, Greece, India, Indonesia, Portugal, Singapura dan UK.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/ dan ikuti @MobileumInc di Twitter 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Mobileum
Related Stocks:
Jakarta:FREN
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts Joint ventures Licensing/marketing agreements New products/services Data Analytics