omniture

BlueVoyant Melancarkan Platform Pertahanan Siber Berdasarkan Hasil yang Baharu: BlueVoyant Elements™

BlueVoyant
2022-06-08 14:16 74

Elements menggabungkan keupayaan keselamatan siber dalaman dan luaran serta memberikan kebolehlihatan, ketepatan dan kebolehtindakan yang tiada tandingan melalui sebuah tawaran yang serba lengkap

NEW YORK, 8 Jun 2022 /PRNewswire/ -- BlueVoyant, sebuah syarikat pertahanan siber yang amat kukuh, hari ini mengumumkan pelancaran BlueVoyant Elements, sebuah platform pertahanan siber natif awan berdasarkan hasil yang menggabungkan pengesanan dan tindak balas terurus, pengurusan risiko siber pihak ketiga, perlindungan risiko digital dan perkhidmatan profesional pakar secara bersama-sama. Elements boleh digunakan sebagai sebuah penyelesaian spektrum sepenuhnya atau sebagai modul individu berdasarkan keperluan pelanggan termasuk:

    • Kestabilan dan kekuatan dalam rangkaian organisasi untuk melindungi daripada landskap yang berubah-ubah di luar.
    • Mengenal pasti kelemahan dan masalah keselamatan siber kritikal yang boleh dilihat secara luaran dengan pantas dalam sebuah ekosistem pihak ketiga pelanggan dan bekerjasama secara langsung dengan vendor untuk menyelesaikan masalah tersebut.
    • Melangkaui operasi biasa dengan sebuah penyelesaian yang serba lengkap untuk mengesan dan menghapuskan ancaman siber pada peringkat terawal rantaian pematian siber.
    • Kepakaran bertaraf dunia yang membantu para pelanggan menilai, mencegah dan bertindak balas terhadap insiden dan ancaman siber

"Pelancaran Elements ini merupakan kemuncak usaha selama lima tahun untuk membawa keupayaan pertahanan siber dalaman dan luaran yang serba lengkap ke dalam satu platform," ujar James Rosenthal, Ketua Pegawai Eksekutif BlueVoyant. "Apabila kami memulakan BlueVoyant, pasukan kami mempunyai pengalaman yang meluas di barisan hadapan yang menangani pelaku ancaman yang amat canggih dengan tanggungjawab untuk melindungi infrastruktur, perkhidmatan dan keselamatan negara yang kritikal daripada pelaku ancaman tertentu. Ia memberikan kami pengalaman dan pengetahuan untuk menyampaikan keupayaan pertahanan siber yang amat kukuh kepada syarikat dan agensi kerajaan di seluruh dunia."

Hari ini, BlueVoyant memiliki lebih 700 pelanggan, 650 orang pekerja merentasi lima benua dan baru-baru ini mengumumkan sebuah siri pengumpulan dana bernilai $250 juta yang lebih tinggi daripada penilaian syarikat unicorn. Syarikat tersebut mempunyai rekod prestasi yang terbukti dengan pertumbuhan tinggi yang mampan. Elements merupakan sebahagian daripada penjenamaan semula BlueVoyant untuk menampilkan tumpuan syarikat ini dalam menyampaikan teknologi canggih yang dibina oleh pakar, disepadukan dengan lancar ke dalam operasi organisasi dan diuruskan bersama secara elegan oleh pasukan pengamal pertahanan siber kami.

"Setelah berkecimpung selama 15 tahun dalam bidang keselamatan siber — yang merangkumi SIEM, pengurusan risiko siber pihak ketiga dan pasaran risikan ancaman — apabila saya diperkenalkan kepada Jim dan pasukan BlueVoyant pada bulan Ogos lalu, saya dengan serta-merta melihat peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya trend utama berkaitan kecekapan, penggabungan alat keselamatan siber dan keperluan untuk hasil keselamatan yang lebih baik," kata Jason Thompson, Ketua Pegawai Pemasaran BlueVoyant. "Platform Elements ini melakukan kesemua tersebut untuk para pelanggan kami dan meletakkan kami pada kedudukan untuk bergerak lebih jauh dan lebih pantas berbanding syarikat lain di pasaran dengan menyampaikan teknologi, telemetri dan bakat bertaraf dunia yang diperlukan untuk menjamin keselamatan dunia moden kita."

BlueVoyant akan menganjurkan sebuah webinar pada pukul 10 pagi Waktu Timur (ET) pada hari Khamis, 16  Jun untuk membincangkan tentang platform Elements baharu dan visi lima tahun syarikat ini. Para pelanggan semasa, profesional keselamatan dan pihak lain digalakkan untuk menyertainya dengan mengklik di sini untuk mendaftar.

Tentang BlueVoyant

BlueVoyant menggabungkan keupayaan pertahanan siber dalaman dan luaran ke dalam sebuah platform natif awan berdasarkan hasil yang diberi nama sebagai BlueVoyant Elements™. Elements secara berterusan memantau rangkaian, titik akhir, permukaan serangan dan rantaian bekalan anda serta laman web terbuka, mendalam dan gelap untuk mengesan kelemahan, risiko dan ancaman; serta mengambil tindakan untuk melindungi perniagaan anda, memanfaatkan automasi didorong pembelajaran mesin dan juga kepakaran diterajui manusia. Elements boleh digunakan sebagai penyelesaian bebas atau secara bersama-sama sebagai sebuah platform pertahanan siber berspektrum penuh. Pendekatan BlueVoyant terhadap pertahanan siber berkisar pada tiga teras utama — teknologi, telemetri dan bakat — yang memberikan keupayaan pertahanan siber yang amat kukuh kepada lebih 700 pelanggan di seluruh dunia.

Sila layari www.bluevoyant.com

Hubungan Akhbar BlueVoyant:

Jennifer Schlesinger  
jenny.schlesinger@bluevoyant.com 
+1 201.397.4976

Source: BlueVoyant
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services