omniture

Smart AdServer Dijenamakan Semula sebagai Equativ

Smart AdServer
2022-06-08 19:00 47

Jenama ini bersedia untuk mengharmonikan kepentingan pasaran dengan cekap mengikut piawaian etika bagi memenuhi janji teknologi pengiklanan yang tiada kompromi terhadap para pengguna 

NEW YORK, PARIS dan LONDON, 8 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi iklan global, Smart AdServer, telah melancarkan semula penampilan globalnya di 14 buah negara dengan nama baharu, Equativ. Ini menyusul selepas pengambilalihan DynAdmic dan LiquidM dengan syarikat-syarikat tersebut yang kini digabungkan di bawah jenama Equativ. Equativ akan memanfaatkan kepakaran bersepadu ini bagi memenuhi janjinya terhadap teknologi pengiklanan; dengan menawarkan penyelesaian pengiklanan dan pengewangan yang komprehensif dan bersepadu secara menegak kepada para pelanggan sisi penawaran dan permintaan.

 

Smart rebrands as Equativ
Smart rebrands as Equativ

 

Nama Equativ memperkukuh cara syarikat melayani para pelanggan dengan saksama; menggalakkan keterbukaan, keadilan dan sifat tanggungjawab dalam industri. Equativ memudahkan interaksi langsung antara pembeli dan penjual sambil menawarkan perjalanan pengiklanan yang kurang rumit, lebih telus dan cekap yang memberi manfaat kepada keseluruhan rantaian nilai.

Ditubuhkan pada tahun 2006 dalam lingkungan syarikat penerbitan media digital, Smart bergerak bebas pada tahun 2015 dan telah berkembang maju sebagai sebuah perniagaan global yang sangat menguntungkan dengan pertumbuhan hasil pendapatan bersih sebanyak 3 kali ganda sepanjang 3 tahun lalu, daripada €31 juta pada tahun 2019 kepada €100 juta yang dijangkakan pada tahun 2022. Syarikat ini kini beroperasi di 14 buah negara dengan hampir 500 orang pekerja dalam sebuah pasukan yang bersepadu sepenuhnya, yang berganding bahu untuk menyediakan akses terhadap teknologi, kepakaran dan peluang pasaran terbaik kepada para pelanggan.

Pertumbuhan berterusan ini sejajar dengan strategi penyepaduan menegak syarikat - untuk beralih daripada platform berorientasikan bekalan kepada penyelesaian global yang komprehensif dengan pembangunan dari sudut permintaan dan tawaran CTV. Equativ kekal komited dalam menyokong web terbuka dengan menawarkan ekosistem pengiklanan digital dengan suatu alternatif yang bebas dan berskala untuk melindungi platform secara monopolistik.

"Jenama Equativ menunjukkan penyepaduan sebenar pasukan kami di bawah satu entiti bersepadu," kata Arnaud Créput, Ketua Pegawai Eksekutif Equativ. "Evolusi ini memenuhi keperluan web terbuka untuk memperoleh sebuah pasaran yang cekap dengan bekalan dan permintaan wujud bersama dan berinteraksi dari hujung ke hujung pada platform kami sambil menghormati pengguna. Kami menyediakan industri ini dengan pelbagai alat dan kepakaran yang lengkap untuk mengawal semula aktiviti pengiklanan mereka sambil memastikan ketelusan, privasi, pengaktifan data pihak pertama, pelaporan, prestasi dan kecekapan kos yang lebih baik. Itulah janji teknologi pengiklanan kami sejak awal lagi. Equativ komited untuk memenuhi janji tersebut."

About Equativ:

Equativ is the new single name for Smart AdServer, DynAdmic and LiquidM—three proven innovators in advertising technology. Our vertically integrated company provides brand and privacy-safe solutions that empower our clients to achieve maximum impact while respecting the rights of consumers. The union combines client expertise and engineering excellence to serve the interests of both the supply-side and demand-side with equal professionalism and technical sophistication.

Headquartered in Paris and New York, Equativ operates globally with a team of more than 450 in 20 offices. We offer the market our own independent ad server, SSP, buyer tools, and media services to fulfill the promise of advertising technology.

Learn more at Equativ.com.

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1835377/Equativ.jpg?p=medium600

Source: Smart AdServer
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services