![]() |
HERNDON, Virginia, 8 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Metron Aviation, sebuah peneraju global dalam penyelesaian perisian untuk Pengurusan Trafik Udara (ATM) dan Sistem Pengurusan Aliran Trafik Udara (ATFM) akan menyertai pameran di World ATM Congress 2022, di Madrid, Sepanyol.
Metron Aviation akan mempamerkan Harmony System dan Alat Penilaian Pasca Operasi untuk khalayak utamanya — iaitu syarikat penerbangan, lapangan terbang dan penyedia perkhidmatan navigasi udara (ANSP).
Harmony System ini ialah satu penyelesaian Pengurusan Aliran Trafik Udara (ATFM) yang komprehensif dan bersepadu yang membolehkan pihak berkuasa penerbangan memantau dan menguruskan operasi seluruh sistem di peringkat tempatan, negara dan serantau secara proaktif. Harmony memberikan pandangan umum kepada para pemegang taruh tentang keadaan trafik udara semasa dan akan datang serta automasi lanjutan untuk mengenal pasti dan mengurus persekitaran yang berubah secara dinamik.
Alat Penilaian Pasca Operasi (P.O.E.T.) merupakan sebuah alat analitik canggih yang digunakan oleh komuniti penerbangan untuk melihat dan menganalisis operasi ATM dan prestasi sistem ruang udara. Antara muka P.O.E.T yang intuitif dan berasaskan pertanyaan membolehkan pihak berkepentingan menangani masalah sistematik dengan menggabungkan sumber data untuk mencipta satu gambaran yang lengkap bagi operasi dalam bahagian pesawat, aliran lalu lintas dan prestasi. P.O.E.T., memberikan keupayaan kepada syarikat penerbangan, lapangan terbang dan ANSP untuk mengenal pasti ketidakcekapan melalui analisis yang boleh digunakan untuk mengurangkan kos bahan api, meningkatkan prestasi alam sekitar, meningkatkan penjimatan penyelenggaraan serta menambah baik dasar dan prosedur.
Semasa acara pameran tersebut, Metron Aviation and NAVBLUE menjemput para peserta untuk melawat Reruai #1229 di Recinto Ferial Ifema Madrid untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian serta pilihan perisian ATM dan ATFM mereka untuk penggunaan pada lokasi atau model penghantaran awan melibatkan perisian sebagai perkhidmatan.
Tentang Metron Aviation
Metron Aviation merupakan inovator yang paling dipercayai dan terbukti dalam industri Pengurusan Trafik Udara (ATM). Merupakan anak syarikat kepada Airbus, Metron Aviation mempunyai sejarah yang dikagumi dalam membangunkan penyelesaian ATM dan ATFM untuk industri penerbangan global. Melalui kerjasama dengan semua para pemegang taruh dalam arena Pengurusan Trafik Udara — penyedia perkhidmatan navigasi udara, syarikat penerbangan, lapangan terbang, pihak berkuasa penerbangan awam dan pempengaruh yang lain — Metron Aviation memahami apa yang menjadi isu utama penerbangan, bahkan mampu menangani cabaran pengurusan trafik udara yang paling kompleks.
Untuk butiran lanjut, sila layari www.metronaviation.com | Hubungi: Toni Evans, Pemasaran Metron Aviation | PR@MetronAviation.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1632815/Metron_Aviation_1_Logo.jpg?p=medium600