![]() |
Analisis subkumpulan pesakit tanpa kemoterapi terdahulu dalam EMERALD: Percubaan fasa 3 yang menilai elacestrant, sejenis pendegrad reseptor estrogen selektif (SERD) oral percubaan, berbanding pilihan penyelidik bagi monoterapi endokrin untuk ER+/HER2- kanser payudara lanjutan/metastatik (mBC)
FLORENCE, Itali dan BOSTON, 8 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Menarini Group ("Menarini") dan Radius Health, Inc. ("Radius") (NASDAQ: RDUS) (secara kolektif, "Syarikat") hari ini mengumumkan pembentangan pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Onkologi Klinikal Amerika (ASCO) 2022 bagi data daripada percubaan klinikal fasa 3 EMERALD (NCT03778931). Dalam analisis subkumpulan bukan pratetap pesakit dengan kanser payudara metastatik (mBC) ER+/HER2− tanpa kemoterapi sebelumnya dalam tetapan metastatik, elacestrant memanjangkan kelangsungan hidup tanpa perkembangan (PFS) secara ketara berbanding dengan standard penjagaan (SOC) terapi endokrin.
Dr. Virginia Kaklamani, pakar onkologi perubatan payudara dan profesor perubatan UT Health San Antonio, MD Anderson Cancer Center mengulas, "Elacestrant ialah sebuah terapi endokrin baharu yang menarik dan berpotensi selepas perkembangan perencat CDK4/6 pada wanita yang menghidap kanser payudara ER+ metastatik. Ujian EMERALD menunjukkan bahawa elacestrant aktif walaupun pada pesakit yang menghidap mutasi ESR1 dengan kewujudan tumor. Analisis subset ini juga menunjukkan bahawa pesakit yang tidak pernah dirawat sebelum ini dengan kemoterapi dalam persekitaran metastatik mempunyai kelangsungan hidup bebas yang lebih lama sehingga 5.32 bulan."
Menarini merancang untuk meneruskan kajian gabungan serta mengkaji potensi keberkesanan elacestrant dalam menangani keperluan tertinggi pesakit ER+/HER2 yang belum dipenuhi.
Pembentangan Poster: 477
Tajuk Abstrak: Analisis subkumpulan pesakit tanpa kemoterapi terdahulu dalam EMERALD: Percubaan fasa 3 yang menilai elacestrant, pendegrad reseptor estrogen selektif (SERD) oral percubaan, berbanding pilihan penyelidik bagi monoterapi endokrin untuk ER+/HER2- kanser payudara lanjutan/metastatik (mBC)
Nombor Abstrak: 1100
Sesi Poster: Kanser Payudara – Metastatik
Tentang Elacestrant (RAD1901) dan Kajian Fasa 3 EMERALD
Elacestrant ialah sejenis pendegrad reseptor estrogen selektif (SERD) dalam kajian yang dilesenkan kepada Menarini Group, yang sedang dinilai untuk potensi penggunaannya sebagai rawatan oral sekali sehari kepada pesakit yang menghidap kanser payudara ER+/ HER2- lanjutan. Pada tahun 2018, elacestrant telah menerima laluan pantas daripada FDA. Kajian praklinikal yang telah dilengkapkan sebelum EMERALD menunjukkan bahawa sebatian ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagai ejen tunggal atau kombinasi dengan terapi lain untuk rawatan kanser payudara. Ujian Fasa 3 EMERALD ialah satu kajian secara rawak, berlabel terbuka, dengan kawalan aktif yang menilai elacestrant sebagai monoterapi barisan kedua atau ketiga kepada pesakit kanser payudara ER+/HER2- lanjutan/metastatik. Kajian ini telah mendaftarkan 477 orang pesakit yang telah menerima rawatan sebelum ini dengan satu atau dua barisan terapi endokrin termasuk perencat kinase CDK 4/6. Pesakit dalam kajian ini telah dirawakkan untuk menerima sama ada elacestrant atau agen hormon yang diluluskan daripada pilihan penyelidik. Titik akhir utama kajian ini ialah kelangsungan hidup bebas perkembangan (PFS) dalam keseluruhan populasi pesakit dan kepada pesakit dengan mutasi gen reseptor estrogen 1 (ESR1). Titik akhir sekunder merangkumi penilaian terhadap kelangsungan hidup keseluruhan (OS), kadar tindak balas objektif (ORR) dan jangka masa tindak balas (DOR).
Rujukan
1. Bidard FC, kalamani VG, Neven P, et al. Elacestrant (oral selective estrogen receptor degrader) Versus Standard Endocrine Therapy for Estrogen Receptor–Positive, Human Epidermal Growth Factor Receptor 2–Negative Advanced Breast Cancer: Results From the Randomized Phase III EMERALD Trial. J Clin Oncol. 18 Mei 2022:JCO2200338. doi.org: 10.1200/JCO.22.00338. E-penerbitan sebelum dicetak.
Tentang Menarini
Menarini Group ialah sebuah syarikat farmaseutikal dan diagnostik antarabangsa terkemuka, dengan perolehan bernilai melebihi $4 bilion dan mempunyai lebih 17,000 orang pekerja. Menarini memberi tumpuan kepada bidang terapeutik dengan keperluan tinggi yang tidak terpenuhi dengan produk untuk kardiologi, onkologi, pneumologi, gastroenterologi, penyakit berjangkit, diabetologi, keradangan dan analgesia. Dengan 18 buah tapak pengeluaran serta 9 buah pusat Penyelidikan dan Pembangunan, produk Menarini boleh didapati di 140 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.menarini.com.
Tentang Radius
Radius ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang memberi tumpuan untuk menangani keperluan perubatan yang tidak terpenuhi dalam bidang kesihatan tulang, penyakit orphan dan onkologi. Produk utama Radius, suntikan TYMLOS® (abaloparatide) telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. untuk rawatan wanita pascamenopaus yang menghidap osteoporosis yang berisiko tinggi mengalami patah tulang. Rangkaian klinikal Radius merangkumi suntikan abaloparatide percubaan untuk potensi penggunaan dalam rawatan lelaki yang menghidap osteoporosis; merupakan suatu sistem ujian transdermal abaloparatide untuk potensi penggunaan dalam rawatan wanita pascamenopaus yang menghidap osteoporosis; ubat percubaan, elacestrant (RAD1901), untuk potensi penggunaan dalam rawatan kanser payudara positif reseptor hormon yang dilesenkan kepada Menarini Group; dan ubat percubaan RAD011, larutan oral cannabidiol sintetik dengan potensi penggunaan dalam pelbagai bidang penyakit neuroendokrin, neuroperkembangan, atau neuropsikiatri yang pada asalnya menyasarkan sindrom Prader-Willi, sindrom Angelman dan kekejangan bayi.
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Semua pernyataan yang terkandung dalam siaran akhbar ini yang tidak berkaitan dengan perkara yang melibatkan fakta sejarah harus dianggap sebagai pernyataan berpandangan ke hadapan, termasuklah pernyataan tanpa had berhubung dengan jangkaan penyerahan kawal selia kepada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah; dan aktiviti pembangunan klinikal yang berterusan berkenaan dengan elacestrant.
Pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa pihak pengurusan. Pernyataan ini bukanlah suatu janji atau pun jaminan, tetapi melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian serta faktor penting yang lain yang mungkin mengakibatkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar kami, berbeza dengan ketara daripada sebarang hasil pada masa hadapan, prestasi atau pencapaian yang dinyatakan atau tidak dinyatakan oleh pernyataan berpandangan ke hadapan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara berikut: kesan buruk pandemik COVID-19 yang berterusan yang sedang dihadapi dan dijangka akan terus dihadapi oleh perniagaan kami, keadaan kewangan dan kesan daripada operasi, termasuk operasi komersial dan jualan kami, ujian klinikal, kajian praklinikal, dan pekerja; turun naik status kewangan suku tahunan kami; kebergantungan kami kepada kejayaan TYMLOS, dan ketidakupayaan kami untuk memastikan bahawa TYMLOS akan mendapat kelulusan kawal selia di luar A.S. atau berjaya dikomersialkan di mana-mana pasaran di mana ia diluluskan, termasuk hasil daripada risiko yang berkaitan dengan liputan, harga dan bayaran balik; risiko yang berkaitan dengan produk kompetitif; risiko yang berkaitan dengan keupayaan kami untuk berjaya terlibat dalam kerjasama, perkongsian, lesen atau perjanjian yang serupa; risiko yang berkaitan dengan ujian klinikal, termasuk kebergantungan kami kepada pihak ketiga untuk menjalankan bahagian utama ujian klinikal dan ketidakpastian bahawa hasil daripada ujian tersebut akan menyokong tuntutan calon produk kami; risiko yang berpunca daripada kesan sampingan akan dikenal pasti semasa pembangunan calon produk kami atau semasa pengkomersialan, jika diluluskan; risiko yang berkaitan dengan pembuatan, bekalan dan pengedaran; dan risiko litigasi atau cabaran lain berkenaan hak harta intelek kami. Risiko-risiko ini serta risiko penting dan ketidakpastian lain yang dibincangkan dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa atau SEC, termasuk di bawah kapsyen "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021 dan pemfailan berikutnya dengan SEC, boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan ketara daripada yang ditunjukkan oleh pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini. Mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan adalah mewakili jangkaan pihak pengurusan setakat tarikh siaran akhbar ini. Walaupun kami boleh memilih untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini pada masa akan datang, kami menafikan sebarang tanggungjawab untuk berbuat demikian, walaupun peristiwa seterusnya menyebabkan pandangan kami berubah. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini tidak boleh disandarkan sebagai mewakili pandangan kami pada mana-mana tarikh selepas tarikh siaran akhbar ini.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/652491/MENARINI_Group_Logo.jpg?p=medium600