NEW YORK, 8 Jun 2022 /PRNewswire/ -- EDM Council, sebuah persatuan perdagangan silang industri dalam pengurusan dan analisis data, telah mengeluarkan laporan Pemilik Asetnya yang merupakan laporan ketiga daripada siri penyelidikan Pengurusan Data Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Penyelidikan ini dijalankan oleh Kumpulan Kerja Data ESG EDM Council dan meneroka cabaran yang dihadapi oleh pemilik aset dalam peranan mereka sebagai penguntuk modal dalam landskap data ESG yang semakin berkembang sambil menawarkan panduan tentang cara institusi boleh menangani halangan ini.
Oleh kerana jangkaan masyarakat berubah dan keperluan pendedahan ESG mencapai kematangan, tanggungjawab pemilik aset menjadi semakin kompleks, seperti pelan pencen sektor korporat dan awam, dana kekayaan berdaulat, syarikat insurans, pejabat keluarga dan pembiayaan universiti. Bagi membolehkan kakitangan pelaburan profesional di institusi ini membuat keputusan yang bijak, mereka mesti mempunyai akses kepada data yang boleh dipercayai, tepat pada masanya dan cukup mahir dalam cabaran yang mencirikan landskap data ESG semasa untuk mempertimbangkan pelbagai input dengan sewajarnya.
Dengan input kolaboratif daripada profesional data, profesional ESG dan pemimpin perniagaan, laporan ini bermatlamat untuk menerangkan pandangan yang timbul daripada usaha menangani cabaran data ESG serta untuk menggariskan amalan terbaik pengurusan data ESG kepada pemilik aset. Laporan ini terdiri daripada tiga bahagian yang meliputi 15 masalah ESG yang berkaitan, menggariskan keadaan sasaran bagi setiap masalah dan menyampaikan cadangan yang disesuaikan secara khusus kepada pemilik aset.
"ESG sebagai peluang strategik kepada para pemilik aset dan pihak berkepentingannya, masih dalam peringkat permulaan. Oleh itu, banyak persoalan kekal berkaitan peranan data dan analisis serta pihak mana yang bertanggungjawab untuk bahagian yang berbeza dalam usaha pengurusan data ESG," kata John Bottega, Presiden EDM Council. "Hasil usaha gigih Kumpulan Kerja ESG kami yang semakin berkembang, laporan ESG kami yang terkini menawarkan kejelasan dan panduan tentang caranya pemilik aset menangani cabaran ini."
Laporan penyelidikan ESG EDM Council untuk Pemilik Aset menyusul setelah dua laporan pertama yang dikeluarkan dalam siri penyelidikan Pengurusan Data ESG EDM Council. Kedua-dua laporan sebelum ini masing-masing memberi tumpuan kepada Entiti Pelaporan Korporat serta Penyedia Penilaian dan Pengagregat Data. Kertas kerja seterusnya akan mengkaji masalah utama yang mempengaruhi keseluruhan ekosistem data ESG.
Untuk maklumat lanjut dan memuat turun laporan penuh Pemilik Aset EDM Council, sila layari: https://app.smartsheet.com/b/form/71f490fed8924ec7be96b3cd39972004
Tentang EDM Council
EDM Council ialah persatuan global yang diwujudkan untuk meningkatkan amalan pengurusan dan analisis data sebagai keutamaan perniagaan dan operasi. EDM Council merupakan penyokong global terkemuka dalam pembangunan dan pelaksanaan piawaian data, amalan terbaik serta program latihan dan pensijilan yang menyeluruh. Dengan lebih 300 ahli organisasi di seluruh dunia dari Amerika, EMEA dan Asia serta lebih 20,000 orang profesional pengurusan data sebagai ahli, EDM Council menyediakan sebuah tempat kepada profesional data untuk berhubung, berkomunikasi dan bekerjasama terhadap cabaran dan kemajuan dalam pengurusan serta analisis data sebagai fungsi organisasi yang penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari edmcouncil.org serta ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.