Fortinet memperkembangkan pasukan mereka untuk mempertingkatkan keupayaan dalam perjuangan memerangi ancaman siber
KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Fortinet®, peneraju global bagi penyelesaian keselamatan siber yang luas, bersepadu dan automatik, hari ini mengumumkan peningkatan pelaburan dan perluasan rangkaian mereka di Malaysia, memperkukuh komitmennya terhadap vertikal-vertikal penting dengan kapasiti dan keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada sektor awam, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan serta pasaran perusahaan dan komersial.
Dickson Woo, Pengurus Negara Fortinet Malaysia, mengumumkan pembukaan rasmi pejabat baru Fortinet di upacara pemotongan reben dan tarian singa tradisional
Fortinet gigih membina ekosistem saluran yang mendalam dan luas, memperkukuh hubungan dengan fokus yang diperbaharui untuk membina dan mengukuhkan komitmen perkongsian untuk menembusi pasaran baharu. Rakan-rakan kongsi Fortinet penting untuk strategi pertumbuhan yang lebih besar – berfungsi untuk memperluas jangkauan dalam penggunaan teknologi dan penyelesaian Fortinet demi membantu perniagaan serta organisasi melindungi rangkaian, pengguna dan data daripada ancaman siber yang amat menggugat.
Berucap di upacara pembukaan pejabat Fortinet yang baharu, Pengurus Negara Fortinet Malaysia, Dickson Woo berkata, "Kadar transformasi digital untuk organisasi-organisasi di Malaysia dan wilayah ini menuntut pembangunan yang sekadar atau lebih besar lagi dalam sekuriti. Ancaman siber sentiasa berkembang dari segi kecanggihan dan kekerapan. Selain daripada tumpuan kepada inovasi, Fortinet percaya bahawa hanya dengan mengembangkan dan memahirkan semula kumpulan bakat kami, kami dapat melangkaui jangkaan pelanggan kami dan juga mengupayakan sokongan pelanggan baharu daripada industri-industri kritikal yang memanfaatkan teknologi untuk berkembang."
Fortinet Malaysia akan terus melabur dalam perekrutan bakat merentas kesemua fungsi teras termasuk penjualan dan pemasaran, penganalisis info-keselamatan, jurutera keselamatan aplikasi dan pengurus pematuhan untuk menyokong Kejuruteraan Sistem yang semakin berkembang, pasukan Bantuan Teknikal serta FortiGuard Labs berpaten di Malaysia.
Selain daripada memperluas pasukan pakar, pejabat baharu akan menempatkan Fortinet Customer Briefing Centre (CBC) yang canggih di pejabat dua tingkat yang baharu. Fortinet Customer Briefing Centre akan menonjolkan rangkaian penyelesaian dan teknologi Fortinet yang terkini dan serentak memberi pelanggan pengalaman secara langsung dalam aplikasi keselamatan siber generasi seterusnya termasuk sokongan perkhidmatan, pra-jualan dan aplikasi.
Di samping itu, sebagai sebahagian daripada rancangan pejabat baharu mereka, Fortinet akan membina ruang latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran dan memahirkan semula pekerja dan ahli profesional keselamatan siber yang berpotensi untuk menangani kekurangan bakat siber di negara ini.
Memperkukuh Strategi Keselamatan Siber Malaysia
Menurut rancangan Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2020-2024 oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), fokus utama adalah meningkatkan keselamatan siber negara dengan meningkatkan set kemahiran dan kepakaran secara berterusan untuk menangani kekurangan bakat siber.
Sebagai peneraju dalam industri ini, Fortinet berjanji untuk melatih sejuta orang di seluruh dunia sepanjang lima tahun akan datang bagi merapatkan jurang kemahiran keselamatan siber. Syarikat ini telah melaksanakannya melalui inisiatif Training Advancement Agenda (TAA) dan program Fortinet Training Institute.
Fortinet juga telah memberi komitmen sumber kepada institusi-institusi pendidikan tempatan seperti Universiti Multimedia untuk membangunkan kumpulan bakat siber Malaysia. Syarikat ini telah menyediakan Latihan dan pensijilan, sumber pertumbuhan kerjaya dan peluang pengambilan pekerja untuk menjadikan kerjaya dalam bidang keselamatan siber dapat dicapai untuk semua.
Fortinet telah memindahkan operasi mereka dari Menara Keck Seng ke ruang pejabat dua tingkat di Equatorial Plaza. Pejabat baharu dengan reka bentuk kontemporari ini dibina pada hari ini untuk masa depan – lebih daripada sekadar sebuah pejabat – ia merupakan kediaman yang selesa untuk pekerja Fortinet, dengan kerjasama dan inovasi menjadi teras dalam reka bentuk ruang kerja. Rupa dan suasananya pasti memberi sambutan yang mesra kepada semua tetamu pada pandangan pertama.
Latar Belakang Fortinet
Fortinet memungkinkan dunia digital yang sentiasa kita boleh percayai melalui misinya untuk melindungi orang ramai, peranti dan data di mana-mana. Atas sebab inilah perusahaan, penyedia perkhidmatan dan pertubuhan kerajaan terbesar di dunia memilih Fortinet untuk mempercepatkan perjalanan digital mereka dengan selamat. Platform Fortinet Security Fabric menyediakan ciri perlindungan yang luas, bersepadu dan automatik pada seluruh permukaan serangan digital, melindungi peranti, data, aplikasi dan sambungan kritikal daripada pusat data ke awan hingga pejabat rumah. Tersenarai di kedudukan #1 bagi perkakas paling selamat yang dihantar di seluruh dunia, lebih daripada 565,000 pelanggan mempercayai Fortinet untuk melindungi perniagaan mereka. Fortinet NSE Training Institute pula, satu inisiatif oleh Training Advancement Agenda (TAA) Fortinet, menyediakan salah satu program latihan terbesar dan paling luas dalam industri ini untuk menjadikan latihan siber dan peluang kerjaya baharu tersedia untuk semua orang. Ketahui lebih lanjut di https://www.fortinet.com, Blog Fortinet atau FortiGuard Labs.