JEDDAH, Arab Saudi, 9 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Kementerian Pelancongan Arab Saudi hari ini melancarkan sebuah program baharu untuk menyediakan kemahiran hospitaliti yang diperlukan oleh 100,000 orang belia Arab Saudi bagi meneruskan kerjaya dalam industri pelancongan yang sedang berkembang maju di negara tersebut.
Dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi pada sesi ke-116 Majlis Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Sedunia di Jeddah, 'Perintis Pelancongan' akan menyediakan pengalaman global secara terperinci kepada para pemimpin masa depan ini dalam industri pelancongan.
Program ini bertujuan untuk melatih 100,000 rakyat Arab Saudi pada tahun 2022. Kempen tersebut telah dilancarkan pada akhir tahun 2020 dengan pelancaran strategi pembangunan modal insan baharu dalam industri pelancongan yang semakin berkembang di negara ini serta bertujuan untuk menarik lebih ramai rakyat Arab Saudi menyertai sektor tersebut.
Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata:"Penting bagi kami untuk melabur dalam pembangunan belia kami pada masa ini. Pembangunan tenaga kerja mahir yang berbakat dan bercita-cita untuk menyokong dan memacu sektor pelancongan serantau dan seluruh dunia merupakan kunci untuk merealisasikan Wawasan 2030. Program ini menunjukkan komitmen kami dalam memperkasakan golongan belia dengan menyediakan kemahiran, sokongan dan peluang yang tepat kepada mereka demi membentuk masa depan industri pelancongan."
Menurut Tuan Yang Terutama, program ini mempunyai tiga objektif utama yang bermatlamat untuk melahirkan, membangun dan menyokong bakat dalam industri tersebut. Program ini juga disasarkan untuk menyebar luas budaya profesionalisme, membantu para profesional baharu memperoleh pengetahuan dan kelayakan yang diperlukan untuk menembusi industri ini serta menyokong kejayaan mereka melalui kemahiran yang diperhalusi. Program ini akan membantu para pelatih mendapat pekerjaan dalam sektor ini, termasuk peluang pekerjaan bermusim, sambilan, atau sepenuh masa di seluruh negara.
Tuan Yang Terutama seterusnya menekankan bahawa inisiatif ini serta inisiatif lain bermatlamat untuk merealisasikan sasaran dalam Strategi Pelancongan Kebangsaan dan Wawasan 2030 Arab Saudi, termasuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan baharu dalam sektor pelancongan menjelang tahun 2030.
Mohammed Bushnag, Timbalan Menteri Modal Insan berkata: "Pelaburan kewangan bersaiz seperti ini menunjukkan keazaman kami untuk menyiapkan para belia kami dengan alat yang mereka perlukan untuk berjaya. Tiga perempat daripada rakyat Arab Saudi kini menganggap industri pelancongan sebagai pilihan kerjaya yang berdaya maju. Menyokong impian Perintis Pelancongan kami dan mendayakan pendidikan berterusan bagi golongan ini di sekolah global terbaik adalah penting sambil kami meneruskan kemunculan sebagai peneraju global dalam sektor ini."
Para peserta dalam program ini diharapkan untuk mendapat manfaat daripada biasiswa latihan yang disediakan di institusi global terkemuka di Perancis, Sepanyol, Switzerland, UK, Australia dan Itali. Permohonan bukan sahaja diterima dari kalangan para graduan baharu, malah daripada rakyat Arab Saudi yang telah pun berkhidmat dalam industri ini dan para belia yang bercita-cita untuk memulakan kerjaya dalam bidang pelancongan, hospitaliti, kulinari, perkhidmatan dan penjualan.
Tuan Yang Terutama menambah bahawa program yang sangat khusus ini akan memperkasakan para pelatih yang dibiaya dengan cara melengkapkan kemahiran serta kelayakan yang mereka perlukan untuk menembusi pasaran buruh dengan keyakinan.
Tuan Yang Terutama menambah bahawa program yang sangat khusus ini akan memperkasakan para pelatih yang dibiaya dengan cara melengkapkan kemahiran serta kelayakan yang mereka perlukan untuk menembusi pasaran buruh dengan keyakinan.
Tentang Kementerian Pelancongan Arab Saudi
Kementerian Pelancongan Arab Saudi mengetuai ekosistem Pelancongan Arab Saudi dengan sokongan daripada Pihak Berkuasa Pelancongan dan Dana Pembangunan Pelancongan Arab Saudi. Kementerian ini menetapkan strategi sektor pelancongan Kerajaan tersebut dan bertanggungjawab ke atas pembangunan dasar dan peraturan, pembinaan modal insan, pengumpulan statistik dan tarikan pelaburan.
Ia bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi yang mempromosikan Arab Saudi sebagai destinasi pelancongan global dan juga Dana Pembangunan Pelancongan yang melaksanakan strategi pelaburan Kementerian dengan menyediakan pembiayaan untuk pembangunan sektor tersebut.
Dipimpin oleh Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Kementerian tersebut telah ditubuhkan pada bulan Februari 2020, berikutan pembukaan Arab Saudi kepada para pelancong percutian antarabangsa buat kali pertama dalam sejarah pada tahun 2019. Arab Saudi menyasarkan untuk mengalu-alukan 100 juta kunjungan pelancongan menjelang tahun 2030 yang akan meningkatkan sumbangan sektor ini kepada KDNK daripada 3% kepada 10%.
Tentang Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab terhadap promosi pelancongan yang bertanggungjawab, lestari dan boleh diakses oleh penduduk sejagat.
Sebagai organisasi antarabangsa yang terkemuka dalam bidang pelancongan, UNWTO mempromosikan pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, pembangunan yang inklusif dan kelestarian alam sekitar serta menawarkan kepemimpinan dan sokongan kepada sektor tersebut dalam memajukan dasar pelancongan serta pengetahuan ke seluruh dunia.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1834904/Ministry_of_Tourism_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1834902/Ministry_of_Tourism_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1834903/Ministry_of_Tourism_3.jpg?p=medium600