JEDDAH, Arab Saudi, 9 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Arab Saudi menganjurkan pembukaan rasmi Mesyuarat Majlis Eksekutif UNWTO ke-116 hari ini, sebuah platform yang berkuasa yang menyatukan para pemimpin pelancongan global untuk membentuk masa depan sektor ini.
Sebagai Naib Pengerusi pertama Majlis Eksekutif UNWTO, Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb telah berbincang dengan pemimpin global tentang bagaimana pelancongan mesti menjadi bahagian utama dunia yang lebih kukuh dan lebih lestari dan menyeru kerjasama yang lebih besar untuk mempercepat pemulihan sektor ini.
Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi mengulas: "Pelancongan merupakan pemacu penting untuk pertumbuhan, peluang dan pembangunan dan hari ini, kami berada di landasan global. Sektor kita boleh mewujudkan 58 juta pekerjaan pada tahun 2022, untuk mencapai lebih daripada 330 juta, hanya 1% di bawah tahap prapandemik. Ini hanya boleh dicapai dengan kepemimpinan yang kukuh, visi yang jelas dan sumber.
"Permulaan semula pelancongan di kebanyakan negara di seluruh dunia menawarkan peluang yang unik untuk memikirkan semula tadbir urus pelancongan, komunikasi dan seterusnya. Kita mempunyai peluang yang luar biasa untuk menetapkan cara baharu ke hadapan, untuk mewujudkan masa depan yang kukuh bagi sektor pelancongan global dan kita mesti merebut peluang tersebut."
Menerapkan agenda Mesyuarat, Negara-negara Anggota mengalu-alukan laporan tentang trend semasa dalam pelancongan antarabangsa yang disediakan oleh Setiausaha Agung UNWTO, Zurab Pololikashvili bersama-sama UNWTO memantau laporan dan alat yang dibangunkan sejak penularan COVID-19.
Setiausaha Agung UNWTO, Tuan Yang Terutama Zurab Pololikashvili dan Tuan Yang Terutama Siandou Fofana, Menteri Pelancongan Côte d' Ivoire merangkap Pengerusi Majlis Eksekutif UNWTO, berkata: "Ia adalah tanggungjawab bersama kita untuk membentuk sektor pelancongan yang lebih lestari. Kita mesti memikirkan semula pembangunan pelancongan, mencipta semula destinasi dan perniagaan pelancongan serta membina semula keseluruhan ekosistem pelancongan. Majlis Eksekutif UNWTO yang ke-116 ini merupakan tempat kita bersama-sama mengambil langkah pertama ke arah matlamat yang tinggi namun kekal penting ini. Terima kasih, Arab Saudi, kerana membolehkan kita bertemu secara peribadi dan memulakan perjalanan ini."
Mesyuarat selama dua hari ini yang diadakan di bandar bersejarah Jeddah, merupakan mesyuarat majlis eksekutif yang terbesar secara bersemuka yang diadakan sejak pandemik bermula. Bermatlamat untuk memupuk penyelarasan yang kukuh antara negara-negara anggota untuk meningkatkan pemulihan pelancongan global, mesyuarat ini menunjukkan kesungguhan Majlis Eksekutif untuk mengguna pakai pendekatan penglibatan.
Tuan Yang Terutama telah menyertai Jeddah bersama-sama para Menteri dan wakil daripada 35 buah Negara Anggota Majlis Eksekutif, berserta pemimpin pelancongan global dan para pembuat keputusan sektor swasta.
***NOTA KEPADA EDITOR
Kementerian Pelancongan Arab Saudi
Kementerian Pelancongan Arab Saudi mengetuai ekosistem Pelancongan Arab Saudi dengan sokongan daripada Pihak Berkuasa Pelancongan dan Dana Pembangunan Pelancongan Arab Saudi.
Kementerian ini menetapkan strategi sektor pelancongan Kerajaan tersebut dan bertanggungjawab ke atas pembangunan dasar dan peraturan, pembinaan modal insan, pengumpulan statistik dan tarikan pelaburan. Ia bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi yang mempromosikan Arab Saudi sebagai destinasi pelancongan global dan juga Dana Pembangunan Pelancongan yang melaksanakan strategi pelaburan Kementerian dengan menyediakan pembiayaan untuk pembangunan sektor tersebut.
Dipimpin oleh Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Kementerian tersebut telah ditubuhkan pada bulan Februari 2020, berikutan pembukaan Arab Saudi kepada para pelancong percutian antarabangsa buat kali pertama dalam sejarah pada tahun 2019. Arab Saudi menyasarkan untuk mengalu-alukan 100 juta kunjungan pelancongan menjelang tahun 2030 yang akan meningkatkan sumbangan sektor ini kepada KDNK daripada 3% kepada 10%.
Tentang Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab terhadap promosi pelancongan yang bertanggungjawab, lestari dan boleh diakses oleh penduduk sejagat.
Sebagai organisasi antarabangsa yang terkemuka dalam bidang pelancongan, UNWTO mempromosikan pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, pembangunan yang inklusif dan kelestarian alam sekitar serta menawarkan kepemimpinan dan sokongan kepada sektor tersebut dalam memajukan dasar pelancongan serta pengetahuan ke seluruh dunia.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1834982/Ministry_of_Tourism_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1834983/Ministry_of_Tourism_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1834984/Ministry_of_Tourism_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1834985/Ministry_of_Tourism_4.jpg?p=medium600