omniture

Woolpert Menandatangani Kontrak untuk Memperoleh Data Lidar Batimetri dan Topografi serta Imej untuk Tonga

Woolpert
2022-06-09 21:53 189

Projek untuk Komuniti Pasifik ini menggabungkan pemerolehan dan pemprosesan data dan imej yang baru diperoleh bagi membantu meningkatkan keselamatan navigasi, ketahanan bencana dan sokongan terhadap kejadian letusan gunung berapi yang berlaku baru-baru ini.

NUKU'ALOFA, Kerajaan Tonga, 9 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Komuniti Pasifik (SPC) telah menandatangani kontrak dengan Woolpert untuk memperoleh data lidar topografi dan batimetri serta imej udara yang boleh digunakan untuk membangunkan model digital menegak bagi Kerajaan Tonga. Maklumat dan produk yang diperoleh ini akan menyokong pencartaan nautika untuk keselamatan navigasi, perancangan dan pemulihan infrastruktur, serta daya ketahanan dan pemulihan bencana.

Projek ini melengkap dan mengembangkan pemerolehan data geospatial yang sama seperti yang telah dilaksanakan oleh Woolpert di seluruh rantau Pasifik, termasuk projek yang sedang dijalankan di Vanuatu. Data lidar ini akan menyokong pelbagai agensi sektor termasuk Kementerian Meteorologi, Tenaga, Maklumat, Pengurusan Bencana, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Komunikasi (MEIDECC); Kementerian Tanah, Survei dan Sumber Asli; Kementerian Infrastruktur; serta Pihak Berkuasa Pelabuhan Tonga.

Projek ini merupakan sebahagian daripada Program Ketahanan Pasifik SPC, yang dibiayai oleh Bank Dunia, dalam usaha mengukuhkan sistem amaran awal dan meningkatkan daya ketahanan bencana alam serta perubahan iklim di negara-negara Kepulauan Pasifik yang terdedah kepada bencana ini. Pada bulan Januari 2022, Tonga menjadi tapak letusan gunung berapi paling kuat di dunia dalam tempoh 30 tahun, apabila gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai meletus hingga menyebabkan terjadinya tsunami di rantau Pasifik.

Woolpert menggunakan data, imej dan sumber daripada pelbagai rakan kongsi untuk mengoptimumkan penggunaan dan aplikasi koleksi ini. Imej satelit yang ditangkap oleh Planet susulan letusan ini membantu menentukan sama ada kejelasan air sesuai untuk mendapatkan lidar batimetri. Imej dan data lidar tersebut diperoleh menggunakan pesawat peninjau yang disediakan oleh Kiwi Air, sebuah firma penerbangan yang berpangkalan di New Zealand.

Tentang Woolpert

Woolpert ialah sebuah firma perunding ulung dalam seni bina, kejuruteraan, geospatial (AEG) dan strategik dengan visi untuk menjadi salah sebuah syarikat terbaik di dunia. Kami berinovasi di dalam dan di seluruh pasaran untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada para pelanggan awam, swasta dan kerajaan di seluruh dunia. Woolpert merupakan sebuah Firma Reka Bentuk Rekod Berita Kejuruteraan (ENR) 150 Terbaik Global yang memperoleh pensijilan Tempat Hebat untuk Bekerja sebanyak enam kali berturut-turut dan secara aktif memupuk budaya pertumbuhan, keterangkuman, kepelbagaian dan rasa hormat. Ditubuhkan pada tahun 1911 di Dayton, Ohio, Woolpert mempunyai 1,900 orang pekerja dan lebih 60 buah pejabat di empat benua. Untuk maklumat lanjut, sila layari woolpert.com.

Hubungan media: Pengurus Perhubungan Awam Woolpert, Jill Kelley; 937-531-1258, jill.kelley@woolpert.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/463993/Woolpert_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Woolpert
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Environmental Products & Services Contracts STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)