![]() |
CHESTERBROOK, Pa., 9 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Boomi™, sebuah syarikat peneraju kesalinghubungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan bahawa ia telah meraih lebih 20,000 pelanggan, mewakili pangkalan pelanggan terbesar bagi mana-mana penyedia platform integrasi awan sebagai perkhidmatan (iPaaS). Syarikat Fortune 500 dan jenama terkenal di seluruh dunia seperti AT&T, Cisco, LinkedIn, Moderna dan Novartis, serta syarikat antarabangsa terkemuka seperti Ampol, Australian Red Cross, Environmental Protection Agency dan Sky, memanfaatkan Platform AtomSphere™ Boomi untuk memacu hasil perniagaan dengan lebih baik. Pelanggan Boomi bergantung pada teknologi perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) global syarikat ini yang terkemuka dalam kategorinya dan memenangi anugerah, serta komuniti yang mantap dan rakan kongsinya yang bertaraf dunia untuk memesatkan produktiviti, memacu inovasi dan berkembang maju apabila berlakunya perubahan.
Selain bekerjasama dengan jenama di seluruh dunia, Boomi juga berganding bahu dengan organisasi bukan berasaskan keuntungan terkemuka yang menumpukan perhatian untuk menghubungkan dunia demi kebaikan, seterusnya memperluaskan misi Boomi untuk menghubungkan semua orang kepada semua benda dan di mana-mana sahaja."Pasukan kami menyokong para pekerja dan sistem yang menyatukan para penyelidik, dengan matlamat utama untuk menyembuhkan penyakit kanser," kata Craig Eisenberger, Pengarah Perkhidmatan Platform Perusahaan dan Pengurusan Data, Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika. "Boomi membolehkan kami mewujudkan kesalinghubungan antara sistem yang lancar dalam masa nyata supaya kami dapat memiliki satu versi kebenaran yang dikongsi bersama-sama di seluruh organisasi kami. Melalui platform Boomi, kami akan menghasilkan serta mengedarkan data yang lebih tepat manakala maklumat yang kami perolehi akan membolehkan pihak berkepentingan kami memendekkan masa menyediakan laporan dan seterusnya mempunyai lebih banyak masa untuk memacu misi kami ke hadapan."
"Organisasi global hari ini semakin memerlukan kesalinghubungan dan automasi pintar berbanding sebelum ini," kata Chris Port, Ketua Pegawai Operasi Boomi. "Gangguan rantaian bekalan telah menyebabkan unjuran kerugian hasil pendapatan sebanyak $4 trilion. Perubahan Besar ini serta keperluan untuk menyokong tenaga kerja hibrid dan jarak jauh yang semakin meningkat telah menyukarkan lagi usaha untuk mendapatkan sumber yang semakin terhad. Pengasingan atau bekerja secara individu akan terus mencegah syarikat daripada merealisasikan nilai data mereka," tambah Port. "Perniagaan pelbagai saiz di seluruh industri dan rantau, beralih kepada Boomi dan ekosistem kami yang luas untuk menyelesaikan cabaran seperti ini dengan jayanya serta cepat dan mudah."
Rangkaian Boomi di seluruh dunia dengan lebih 800 rakan kongsi termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake, serta tiga penyedia awan terbesar — Amazon Web Services, Google Cloud dan Microsoft — telah membantu menjana pertumbuhan pelanggan syarikat dengan pesat apabila permintaan terhadap kesalinghubungan dan automasi pintar terus meningkat dengan pantas.
Platform penyepaduan gred perusahaan, natif awan dan berkod rendah milik Boomi ditingkatkan untuk menyokong penggunaan pelanggan yang paling meluas – ia baru-baru ini memproses lebih satu trilion dokumen dan 65 bilion penyepaduan – membolehkan perusahaan menyatukan ekosistem digital penuh mereka dengan cepat dan mudah. Dengan menghubungkan data dan sistem di seluruh persekitaran digital hibrid, organisasi boleh mencegah pengasingan perniagaan, memanfaatkan kuasa data dan memperkemas aliran kerja untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, pekerja dan rakan kongsi.
Sebagai perintis iPaaS berasaskan awan, Platform AtomSphere Boomi berfungsi sebagai tulang belakang bagi inovasi organisasi yang menjimatkan beribu-ribu jam pembangunan yang rumit dan memacu masa menjadi nilai sambil menangani keperluan transformasi digital. Boomi berbangga dengan komuniti penggunanya yang semakin berkembang dengan lebih 100,000 ahli serta merupakan salah satu penyepadu sistem global (GSI) terbesar dalam bidang iPaaS. Dilantik sebagai Ketua dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk platform perusahaan sebagai perkhidmatan (EiPaaS)2 selama lapan tahun berturut-turut, syarikat ini baru-baru ini menerima Gold Globee® Award dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS) dan telah memenangi pelbagai anugerah majikan pilihan termasuk disenaraikan sebagai salah sebuah Tempat Kerja Terbaik oleh Inc. Magazine.
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant merupakan tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di dalam siaran ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Nota: Boomi dikenali sebagai Dell Boomi dari tahun 2014 hingga 2019.
Boomi menghubungkan semua orang kepada semua benda, di mana-mana sahaja dengan platform natif awannya yang pintar, terbuka dan bersepadu. Platform penyepaduan sebagai perkhidmatan (iPaaS) Boomi dipercayai oleh lebih 20,000 pelanggan di seluruh dunia dari segi kepantasan, kemudahan penggunaan dan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah. Sebagai perintis yang mendayakan penggunaan data pintar, visi Boomi adalah untuk mempercepat serta memudahkan para pelanggan dan rakan kongsi meneroka, mengurus dan menyusun data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan orang ramai untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.boomi.com.
© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo 'B', Boomiverse dan AtomSphere merupakan tanda dagangan Boomi, LP, anak syarikat atau sekutunya. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.
Hubungan Media:
Kristen Walker
Komunikasi Korporat Global
kristenwalker@boomi.com
+1-415-613-8320
1 Pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor iPaaS
2 Gartner, Magic Quadrant for Enterprise Integration Platform as a Service, Eric Thoo, Keith Guttridge, Bindi Bhullar, Shameen Pillai, Abhishek Singh, 29 September 2021
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1834753/20KCustomers_customer_base.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1002945/Boomi_Dell_Business_Logo.jpg?p=medium600