omniture

Trina Solar terima Sijil LCA untuk kitar hayat karbon-rendah modul Vertex 210

Trina Solar Co., Ltd
2022-06-10 01:16 310

CHANGZHOU, China, 10 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Trina Solar dianugerahkan sijil LCA untuk modul Vertex 210mm oleh TÜV Rheinland, lalu menjadi syarikat solar pertama menerima pensijilan LCA untuk modul 210mm. Dengan kelebihan wafer 210mm, modul Vertex ini dapat mencapai emisi karbon rendah yang utama dalam industri.

Sejak Trina Solar ditubuhkan 25 tahun lalu, ia telah menjadi penggalak tenaga hijau dan juga pengamal pembangunan hijau. Syarikat ini menyediakan bekalan elektrik yang bersih melalui modul fotovolta dan komited untuk menjadikan proses pembuatannya mesra alam dan karbon-rendah.

Life Cycle Assessment (LCA) mengikuti kaedah-kaedah dan syarat-syarat ISO 14040/ISO 14044 untuk menjalankan ujian-ujian saintifik dan ketat berhubung emisi karbon kitar-hayat dan penunjuk-penunjuk lain terhadap subjek yang dinilai. Produk-produk tersebut, mengambil sampel daripada kilang-kilang pengeluaran utama Trina Solar di serata dunia bagi tujuan pengujian dan pensijilan, meliputi rangkaian penuh modul 210mm jenis-p dengan monohabluran daripada Vertex S 410W hingga Vertex 670W.

Keputusan menunjukkan bahawa modul Vertex Trina Solar menonjol dalam industri ini untuk emisi karbonnya yang rendah. Purata emisi karbon daripada penilaian kitar hayat modul PV "awal ke tengah" di China adalah kira-kira 550kg CO2_E/kW. Emisi karbon modul Vertex 210mm Trina Solar adalah serendah kurang daripada 400kg CO2_E/kW, tanpa menggunakan bahan-bahan silikon khas. Emisi karbonnya adalah sekurang-kurangnya 30% lebih rendah berbanding purata industri di China. Menjadikan kitar hayat produk 30-tahun sebagai contoh, modul Vertex Trina Solar mempunyai faktor emisi tenaga elektrik kurang daripada 0.01. Emisi karbon kuasa terma pula adalah lebih tinggi daripada 100 kali ganda.

Selain daripada menguji elemen-elemen berhubung pengaruh potensi pemanasan global, Trina Solar menjalankan analisis LCA yang komprehensif terhadap modul Vertex untuk lebih daripada 10 penunjuk yang menjejaskan alam sekitar termasuk penggunaan tenaga, penggunaan bahan mentah, hujan asid, eutrofikasi, toksin dan sisa, antara lain. Keputusan menunjukkan prestasi modul Vertex yang cemerlang.

Mengurangkan emisi karbon merupakan satu trend global yang akan terus memberi kesan ke atas portfolio produk, pembangunan teknologi, pengeluaran dan pengurusan rantaian bekalan dalam kesemua industri. Pensijilan karbon-rendah akan menjadi satu pertimbangan penting untuk pelanggan apabila mereka memilih produk untuk digunakan. Modul Vertex 210mm Trina Solar telah lulus pensijilan LCA dan akan menyediakan kepada pelanggan dengan data emisi karbon Vertex dan prestasi alam sekitar yang lain untuk membantu mencapai matlamat keneutralan karbon pelanggan.

Pensijilan LCA hanyalah satu aspek berhubung bagaimana Trina Solar berusaha mencapai karbon-rendah. Syarikat ini akan memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan tegas untuk mengurangkan emisi karbon dan mencapai pembangunan hijau melalui inisiatif-inisiatif seperti reka bentuk produk karbon-rendah, mengoptimumkan sistem pengurusan tenaga dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Selain daripada pembangunan hijaunya sendiri, Trina Solar akan turut mendorong penjimatan tenaga dan pengurangan emisi dalam rantai industri.

 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities Awards