omniture

Imagine a World Free of Plastic: Corona Membersihkan Pantai di Seluruh Dunia

Corona
2022-06-10 19:22 185

Corona memaparkan sebuah visual global yang hebat daripada pembentukan sisa plastik yang dikumpulkan dari lautan kita

LONDON, 10 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada Hari Lautan Sedunia hari ini, Corona, sebuah jenama global AB InBev, merealisasikan jejak plastik sifar karbonnya yang terkemuka dalam industri* dengan pembentukan visual huruf yang menarik. Jenama ini melancarkan huruf bertulis yang diperbuat daripada sisa plastik lautan dengan mesej penyatuan, "Imagine a World Free of Plastic" (Bayangkan Sebuah Dunia Tanpa Plastik) untuk menggambarkan krisis alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia. Plastik yang digunakan dalam paparan ini diperbuat daripada bahan yang diambil daripada aktiviti pembersihan pantai yang dijalankan oleh Corona dan rakan kongsinya di seluruh dunia.

Pembentukan huruf ini menarik perhatian umum kepada 300 juta tan plastik yang dilupuskan ke dalam lautan kita setiap tahun dan membentuk lebih 80% daripada keseluruhan serpihan marin.** (IUCN, 2021). Pasaran berikut membentuk semula huruf plastik Mexico ini menggunakan plastik lautan daripada laluan air/lautan di tempat mereka: Brazil, Chile, Republik Dominica, Jerman, Kepulauan Canary, Itali dan Puerto Rico.

"Hari Lautan Sedunia merupakan peluang untuk merenung dan memahami kesan aktiviti manusia terhadap sumber semula jadi yang penting. Dengan sejarah Corona yang telah sekian lama melindungi syurga pantai, kami perlu menyampaikan mesej yang penting kepada dunia," kata Felipe Ambra, Naib Presiden Corona Global. "Kami melakukan pembentukan huruf plastik ini untuk menekankan bahawa ini adalah masa untuk bertindak, bukan sekadar ungkapan. Kita mesti berusaha dengan segera untuk terus melindungi lautan daripada pencemaran plastik setiap hari dan kami berharap agar visual ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menilai semula peranan yang boleh mereka mainkan serta kesannya."

Selain daripada huruf plastik tersebut, Corona turut mencapai perkembangan yang signifikan melalui cara baharu yang inovatif dalam memerangi pencemaran plastik di lautan. Untuk Hari Kitar Semula Global tahun ini, Corona telah menganjurkan Kejohanan Memancing Global yang pertama di China, Brazil, Israel, Afrika Selatan, Colombia dan Mexico yang mengeluarkan hampir 10 tan serpihan plastik dari lautan serta menyokong komuniti nelayan tempatan. Di Jerman, Corona mencipta program tong boleh dikembalikan yang bijak, menggunakan lebih 90% plastik kitar semula untuk mengelak daripada penghasilan plastik baharu. Setakat ini, Corona telah melaksanakan lebih 1,400 pembersihan yang melibatkan lebih 68,000 orang sukarelawan dan mengumpul sisa plastik daripada pantai dengan jumlah keluasan melebihi 44 juta meter persegi.

"Apa yang penting untuk diberi perhatian ialah plastik yang kami kumpulkan ini bukan berasal dari Mexico. Ia adalah plastik yang datangnya dari seluruh dunia dan berakhir di mana-mana pantai melalui arus lautan," kata Mercedes Guzman, Pengasas Lamerced, rakan kongsi pembersihan pantai dan kitar semula Corona untuk huruf plastik Mexico. "Walaupun kerja-kerja kami di lapangan adalah sangat sukar, saya rasa berpuas hati apabila dapat menyampaikan mesej ini, walaupun ia bukan plastik saya, ia adalah dunia yang perlu kita lindungi bersama-sama."

Dengan huruf plastik di tepi pantai ini, Corona terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri bagi jenama minuman global yang pertama mencapai jejak plastik sifar karbon pada tahun 2021. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jenama ini untuk mengumpulkan semula lebih banyak plastik daripada alam sekitar, berbanding yang dilepaskan. Lihat bagaimana huruf plastik Hari Lautan Sedunia direalisasikan melalui filem pendek Wieden+Kennedy.

Sila layari www.protectparadise.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif kelestarian Corona berkaitan pencemaran plastik.

Laporan *Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus AB InBev 2021. Dipetik daripada https://www.ab-inbev.com/assets/pdfs/ABINBEV_ESG_2021_Final.pdf - page 37.

**International Union for Conservation of Nature: IUCN (November 2021). Ringkasan Isu: Pencemaran Plastik Marin. Dipetik daripada https://www.iucn.org/resources/issues-briefs/marine-plastic-pollution.

Tentang Corona Global 

Diasaskan di Mexico, Corona merupakan jenama bir terkemuka di negara ini iaitu bir Mexico yang paling popular di seluruh dunia dan dieksport ke lebih 180 buah negara. Corona Extra pertama kali dibuat pada tahun 1925 di Cervecería Modelo, Bandar Raya Mexico. Corona merupakan perintis dalam industri bir sebagai syarikat pertama yang menggunakan botol lutsinar, memaparkan ketulenan dan kualitinya yang tinggi ke seluruh dunia. Karya seni yang terdapat pada botol ini dicat untuk menyerlahkan komitmen kami terhadap kualiti pembungkusan serta warisan Mexico kami. Corona tidak lengkap tanpa adanya limau. Menambahkan ciri semula jadi, perisa dan kesegaran, limau merupakan ritual yang penting dalam menyampaikan pengalaman yang benar-benar unik bagi Corona. Jenama ini bersinonim dengan pantai dan menghargai detik-detik berada di luar rumah. Ia mengalu-alukan orang ramai untuk berhenti sejenak, berehat dan menikmati keseronokan hidup yang sederhana.

Corona mempunyai komitmen yang berterusan terhadap mengurangkan penggunaan plastik. Sejak kerjasamanya dengan Parley for the Oceans pada tahun 2017, ia telah melangkaui misinya untuk melindungi 100 buah pulau sebelum tahun 2020 dan terus menjalankan usaha pembersihan global secara konsisten.

 

Tentang Anheuser-Busch InBev

Anheuser-Busch InBev ialah sebuah syarikat yang didagangkan secara awam (Euronext: ABI) yang berpangkalan di Leuven, Belgium dengan penyenaraian sekunder di Mexico (MEXBOL: ANB) dan Bursa Saham Afrika Selatan (JSE: ANJH) serta dengan Resit Depositari Amerika pada Bursa Saham New York (NYSE: NID). Sebagai sebuah syarikat, kami mempunyai impian yang besar untuk mewujudkan masa depan dengan lebih banyak kegembiraan. Kami sentiasa berusaha untuk mencari cara baharu memenuhi detik-detik kehidupan, memajukan industri kami dan memberi kesan yang bermakna kepada dunia. Kami komited untuk membina jenama yang hebat dan bertahan dalam jangka masa yang panjang serta membuat bir terbaik menggunakan bahan terbaik. Kepelbagaian portfolio kami merangkumi lebih 500 jenama bir termasuk jenama global Budweiser®, Corona® dan Stella Artois®; jenama pelbagai negara Beck's®, Hoegaarden®, Leffe® dan Michelob ULTRA®; dan jenama terkemuka tempatan seperti Aguila®, Antarctica®, Bud Light®, Brahma®, Cass®, Castle®, Castle Lite®, Cristal®, Harbin®, Jupiler®, Modelo Especial®, Quilmes®, Victoria®, Sedrin® dan Skol®. Tradisi pembuatan bir kami bermula sejak lebih 600 tahun dahulu merentasi benua dan generasi. Daripada asal-usul kami di Eropah iaitu kilang pembuatan bir Den Hoorn di Leuven, Belgium. Kepada kilang pembuatan bir rintis Anheuser & Co di St. Louis, A.S. Kepada pembinaan Castle Brewery di Afrika Selatan semasa gerakan pencarian emas besar-besaran di Johannesburg. Kepada Bohemia, kilang pembuatan bir pertama di Brazil. Dengan kepelbagaian geografi serta pendedahan yang seimbang kepada pasaran maju dan membangun, kami memanfaatkan kekuatan kolektif kira-kira 169,000 orang pekerja yang berpangkalan di hampir 50 buah negara di seluruh dunia. Untuk tahun 2021, AB InBev melaporkan pendapatan bernilai USD54.3 bilion (tidak termasuk usaha sama dan ahli bersekutu).

 

For World Oceans Day, Corona unveils installations around the world made from ocean bound plastic to illustrate their net-zero plastic footprint.
For World Oceans Day, Corona unveils installations around the world made from ocean bound plastic to illustrate their net-zero plastic footprint.

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=VhBqJAZCVmw
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1835335/World_Oceans_Day.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1835359/Corona_Logo.jpg?p=medium600

Source: Corona
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Environmental Products & Services Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility