omniture

UFC® dan VeChain Mengumumkan Kerjasama Pemasaran Global Bersejarah

VeChain
2022-06-10 22:24 892

VeChain Menjadi Rakan Kongsi Rasmi Blok Rantai Lapisan 1 Pertama UFC 

VeChain akan Menerima Penyepaduan yang Belum Pernah Berlaku Sebelum Ini ke Dalam Aset UFC 

SAN MARINO dan LAS VEGAS, 10 Jun 2022 /PRNewswire/ -- UFC®, organisasi seni mempertahankan diri campuran yang terulung di dunia dan VeChain, Yayasan blok rantai global terkemuka yang tertumpu kepada kelestarian, hari ini mengumumkan kerjasama jangka panjang yang pertama seumpamanya yang merupakan satu langkah baru dalam bidang pemasaran bagi kedua-dua jenama.

UFC and VeChain Announce Historic Global Marketing Partnership. VeChain Becomes First Official Layer 1 Blockchain Partner of UFC. VeChain to Receive Unprecedented Integration into UFC Assets.
UFC and VeChain Announce Historic Global Marketing Partnership. VeChain Becomes First Official Layer 1 Blockchain Partner of UFC. VeChain to Receive Unprecedented Integration into UFC Assets.

VeChain akan menjadi Rakan Kongsi Rasmi Blok Rantai Lapisan 1 UFC yang pertama, menyediakan Yayasan itu dengan tahap penyepaduan yang belum pernah terjadi sebelum ini ke dalam aset utama UFC, yang terdiri daripada acara langsung, termasuk ciri-ciri penyiaran dan promosi dalam arena, kepada kandungan asal yang diedarkan melalui saluran digital dan sosial UFC yang popular. Melalui jejak global UFC yang meluas, VeChain akan mempunyai kebolehlihatan jenama yang bermakna dalam kalangan kira-kira 900 juta isi rumah TV di 175 buah negara yang menerima siaran UFC.

VeChain merupakan perintis aplikasi blok rantai dunia nyata dengan pejabat antarabangsa yang terletak di Luxembourg, Jepun, China, Singapura, Perancis, Itali, Ireland, San Marino dan Amerika Syarikat. Keupayaan pembangunan yang kukuh digabungkan dengan panduan pematuhan profesional rakan kongsi strategiknya iaitu PwC dan DNV telah menyaksikan VeChain mewujudkan kerjasama dengan perusahaan terkemuka termasuk Walmart, Bayer, BMW Group, BYD Auto, LVMH dan banyak lagi.

Blok rantai awam VeChainThor adalah unik di mana teknologinya telah diguna pakai secara komersial di peringkat perusahaan dan kerajaan. Teknologi mereka mempunyai kuasa untuk mengubah ekonomi global secara radikal dengan mempertingkatkan ketelusan dan keselamatan data secara signifikan sambil memudahkan kerjasama yang belum pernah berlaku sebelum ini menggunakan data 'tanpa percaya'. Selain itu, VeChainThor sedang menjadikan penggunaannya sebagai aliran utama di seluruh industri yang terdiri daripada kelestarian, pengurusan karbon, rantaian bekalan & logistik, perubatan, tenaga dan lain-lain.

INTEGRASI DAN KELAYAKAN BERJENAMA

Sebagai Rakan Kongsi Rasmi Blok Rantai Lapisan 1 UFC yang pertama, VeChain akan menerima salah satu penyepaduan terdalam bagi mana-mana penaja dalam sejarah UFC dalam aset UFC yang terulung.  Pertama sekali, gelaran kedudukan pejuang rasmi UFC akan dimiliki oleh VeChain, iaitu Kedudukan UFC yang Dikuasakan oleh VeChain. Penyepaduan unik dan baharu ini menawarkan kebolehlihatan luar biasa kepada VeChain di seluruh siaran langsung acara terbesar UFC -- iaitu saluran Bayar Mengikut Tontonan-- serta saluran digital dan sosial UFC.  Penyepaduan ini juga menyediakan VeChain dengan perkaitan yang kukuh dengan salah satu komponen yang paling penting dalam pembikinan perlawanan UFC—kedudukan pejuang.

Penonjolan VeChain di acara langsung UFC akan diperkukuhkan dengan dua pengaktifan kebolehlihatan tinggi tambahan.  VeChain akan mempunyai kehadiran berjenama di dalam Octagon® UFC yang terkenal di seluruh dunia pada kesemua 42 acara UFC setiap tahun dan 10 acara Siri Pesaing Dana White.  VeChain juga akan dipromosikan di semua tempat acara UFC berlangsung, diserlahkan dengan penjenamaan yang dinamik secara kerap pada Dek Perlawanan UFC, iaitu paparan dek LED rintis baharu yang diletakkan di sekitar Octagon dan meningkatkan tontonan acara UFC dengan menggabungkan kesan pencahayaan, grafik, animasi, video dan banyak lagi elemen yang mendebarkan.

Selain itu, UFC dan VeChain akan bekerjasama dalam pelbagai kandungan tersuai dan asli yang menampilkan bakat dan atlet UFC yang akan diedarkan di seluruh saluran media sosial dan platform digital UFC yang popular, yang menjangkau hampir 200 juta orang pengikut di seluruh dunia.

Selain daripada pengaktifan berjenama, UFC juga akan menyediakan VeChain dengan akses unik kepada kemudahan terkini UFC, seperti Performance Institute dan APEX, untuk membangunkan aktiviti dan acara korporat yang eksklusif, serta akan melibatkan UFC dan VeChain bekerjasama bagi mewujudkan promosi cabutan bertuah VIP kepada para peminat untuk menghadiri acara-acara terbesar UFC.

Atlet UFC juga akan mendapat manfaat kerana perjanjian itu turut menyediakan dana Duta Jenama tahunan yang akan menawarkan peluang pemasaran berbayar yang signifikan kepada para atlet UFC yang mengambil bahagian.

Aset berjenama VeChain akan mula dilancarkan pada hari Sabtu ini, 11 Jun semasa acara UFC® 275: TEIXEIRA melawan PROCHAZKA di Stadium Tertutup Singapura.  Acara ini menandakan siaran Bayar Mengikut Tontonan UFC bernombor yang pertama dianjurkan di Asia Tenggara dan turut menampilkan pertarungan kejuaraan UFC yang pertama di rantau ini, di mana juara heavyweight ringan dunia UFC Glover Teixeira menentang pesaing Nombor 2 Jiri Prochazka, dan juara flyweight wanita dunia UFC Valentina Shevchenko berdepan dengan pesaing Nombor 5 Taila Santos.

Tentang UFC®

UFC ialah organisasi seni mempertahankan diri campuran (MMA) yang unggul di dunia dengan lebih 688 juta peminat dan 198 juta pengikut media sosial. Organisasi ini menghasilkan lebih 40 acara langsung setiap tahun di beberapa buah gelanggang yang paling berprestij di dunia, sambil menyiarkannya kepada hampir 900 juta isi rumah yang menonton TV di lebih 170 buah negara. Atlet UFC menampilkan atlet MMA terbaik di dunia yang mewakili lebih 75 buah negara. Tawaran digital organisasi ini termasuk UFC FIGHT PASS®, salah satu perkhidmatan penstriman terkemuka di dunia untuk sukan pertarungan. UFC dimiliki oleh syarikat hiburan, sukan dan kandungan global, Endeavour, yang beribu pejabat di Las Vegas, Nevada. Untuk maklumat lanjut, sila layari UFC.com dan ikuti UFC di Facebook.com/UFC, Twitter, Snapchat, Instagram dan TikTok: @UFC.

Tentang VeChain

Dilancarkan pada tahun 2015 sebagai rangkaian konsortium persendirian, Yayasan VeChain terus membangunkan blok rantai awam VeChainThor, sebuah platform kontrak pintar lapisan pertama yang serasi EVM yang boleh disesuaikan dengan pelbagai keperluan dunia nyata. Ia kini telah digunakan di seluruh rantaian bekalan, inisiatif kelestarian, pengurusan pelepasan karbon, SDG, sektor automotif, perubatan, tenaga dan banyak lagi.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1836799/VeChain_Partnership.jpg?p=medium600 

Source: VeChain
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements Blockchain Future Events