omniture

INFINOX melancarkan 22 produk CFD kripto baharu

INFINOX
2022-06-11 02:26 842

NASSAU, Bahamas, 10 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Platform dagangan global INFINOX telah mengumumkan pelancaran 22 produk CFD kripto baharu pada platformnya. Dengan pelancaran tersebut, syarikat tersebut kini menawarkan sejumlah 43 syiling kripto yang boleh didagangkan oleh pedagang runcit dan profesional di seluruh Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara.

Syiling baharu yang ditambah ke platform tersebut termasuklah antaranya Ethereum Classic, NEAR protocol, Cosmos, The Sandbox, Sushi dan Axie Infinity. Ini adalah tambahan kepada mata wang kripto lain yang telah tersedia, termasuk Bitcoin, Cardano, Polkadot, Ethereum, Ripple, Solana, Dogecoin dan banyak lagi.

Penambahan ini membolehkan para pelanggan INFINOX mempelbagaikan portfolio kripto mereka sambil memperkukuh penawaran CFD kripto INFINOX.

INFINOX membolehkan para pedagang mengakses dagangan kripto berkeumpilan dengan segera pada setiap masa, tanpa deposit atau yuran pengeluaran. Produk CFD kripto tersebut telah dilancarkan pada bulan Mac tahun ini. Ia membolehkan para pedagang untuk:

  • Membeli dan menjual kripto dengan serta-merta
  • Manfaatkan dagangan kripto pada setiap masa dengan ketersediaan waktu dagangan di hujung minggu
  • Melindungi nilai risiko melalui kedudukan panjang dan pendek dalam pasaran kripto
  • Menikmati manfaat kecairan dengan kemasukan dan keluaran pantas
  • Membayar sifar yuran ke atas deposit atau pengeluaran
  • Berdagang kripto melalui sebuah platform yang dikawal selia
  • Menyalin strategi yang terbukti melalui IX Social, sebuah aplikasi komuniti dagangan salinan automatik

"Tidak dapat dinafikan bahawa Kripto adalah salah satu instrumen yang paling diperhatikan dengan teliti dalam pasaran pada masa ini, terutamanya dengan ketidaktentuan yang dapat dilihat baru-baru ini. Di INFINOX, kami inginkan para pelanggan kami memanfaatkan peluang-peluang ini, dengan akses kepada semua mata wang kripto kegemaran mereka dalam satu platform," kata Sam Chaney, Ketua Jualan INFINOX. "Produk CFD kripto kami telah dilancarkan pada bulan Mac tahun ini dan dapat menyaksikan pertumbuhan yang pesat pada masa ini. Salah satu cara untuk kami mengekalkan momentum ini adalah dengan penambahan 22 syiling baharu pada platform kami."

Tentang INFINOX 

INFINOX  ialah sebuah syarikat penyedia dagangan global dalam talian dengan kehadirannya di 15 buah negara. Ditubuhkan pada tahun 2009, ia telah meletakkan kuasa dagangan bertaraf dunia ke dalam tangan para pelabur selama hampir 12 tahun. Setiap hari ia membolehkan ribuan pelanggan di seluruh Eropah, Asia dan yang lain untuk berdagang dengan kelas aset yang lengkap, daripada tukaran mata wang asing hinggalah kepada ekuiti dan komoditi, serta kini turut menawarkan kripto.

Perniagaannya dibina berdasarkan integriti dan kepercayaan serta menawarkan pelanggan akses kepada pelbagai alat kecerdasan pasaran serta produk yang dinamik, parameter dagangan yang kompetitif dan premium serta perkhidmatan pelanggan secara bersemuka.

Source: INFINOX
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology