omniture

Xinhua Silk Road: Belia Cina dinamakan SDG Pioneer 2022 oleh UN Global Compact

Xinhua Silk Road
2022-06-13 08:58 209

BEIJING, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Tong Chong, seorang pekerja State Grid Suzhou Power Supply Company di bawah State Grid Jiangsu, dinamakan antara 10 SDG Pioneer baharu yang diumumkan oleh UN Global Compact semasa Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin UN Global Compact yang diadakan mulai 1 hingga 2 Jun.

Foto menunjukkan Tong Chong menjalankan penyahpepijatan di lapangan pada sistem perlindungan kilat yang dinamik.
Foto menunjukkan Tong Chong menjalankan penyahpepijatan di lapangan pada sistem perlindungan kilat yang dinamik.

Pemilihan untuk SDG Pioneer merupakan satu kempen seluruh dunia yang dilancarkan oleh UN Global Compact sejak tahun 2016, dengan tujuan untuk meraikan individu-individu di serata dunia yang telah melakar pencapaian yang luar biasa untuk memajukan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Penyertaan SDG Pioneer pada tahun ini diadili oleh panel daripada UN Global Compact Expert Network, SDG Pioneer terdahulu dan wakil-wakil daripada dunia akademia, organisasi sosial serta agensi PBB.

Diiktiraf sebagai SDG Pioneer 2022 untuk Adaptasi Iklim, Tong merupakan satu-satunya rakyat Cina antara 10 calon yang dipilih tahun ini. Beliau juga merupakan rakyat Cina kedua yang telah dipilih sebagai SDG Pioneer dan individu pertama dalam bidang perniagaan.

Hasil ciptaan Tong, teknologi perlindungan kilat dinamik (DLP), menyediakan sistem pintar untuk mengelakkan impak sambaran kilat melalui inovasi berteknologi yang disokong oleh penyelidikan dan pembangunan peranti pengesanan kilat yang berkejituan tinggi. DLP diiktiraf sebagai pencapaian yang luar biasa oleh persatuan-persatuan profesional baik di peringkat nasional mahupun global.

Semasa menjalankan kajian perlindungan kilat, Tong juga telah mendorong kerjasama antara disiplin dalam bidang tersebut bagi mencapai pembangunan mampan. Beliau bekerjasama dengan hampir 20 organisasi akademik antarabangsa dan melancarkan projek kerjasama antarabangsa pimpinan China.

Tong juga telah berusaha dengan aktif untuk mendorong penyepaduan antara sektor-sektor industri, pendidikan dan penyelidikan yang berbeza, membolehkan teknologi DLP diuji dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara. Tahun lalu, pasukan beliau memenangi hadiah emas "Program Penginovasi SDG Muda UNGC & Cabaran Inovasi SDG Belia China Pertama".

State Grid Corporation of China telah memfokuskan kepada matlamat puncak dan keneutralan karbon bagi menjamin bekalan tenaga dan menggalakkan transformasi tenaga hijau dan karbon-rendah. "Dengan sokongan syarikat ini, kami berupaya menerapkan prinsip-prinsip pembangunan mampan kepada inovasi teknologi dan mempersembahkan sistem teknologi DLP yang pertama kepada dunia," kata Tong yang komited untuk meningkatkan perlindungan kilat global di tengah-tengah perubahan iklim.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/328397.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Publishing/Information Service Utilities Awards Trade show news