omniture

AIS ganding bahu dengan ZTE bina rangkaian 5G paras tinggi pertama di Thailand

ZTE Corporation
2022-06-13 10:12 243

Dengan pembinaan A-Z Center pertama yang dilancarkan menjelang suku ketiga tahun 2022 

SHENZHEN, China, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian kerjasama komprehensif dengan Advanced Info Service Plc. (AIS), penyedia perkhidmatan digital nombor satu Thailand.


Menurut perjanjian tersebut, ZTE akan menjadi rakan kongsi strategik komprehensif AIS untuk menaik taraf teknologi penting seperti 5G bagi meningkatkan kualiti rangkaian dan menyampaikan pengalaman pengguna yang cemerlang kepada pelanggan AIS, sambil membangunkan inovasi untuk meletakkan Thailand di kedudukan hadapan dalam ekonomi digital.

ZTE, dengan komitmen yang hebat untuk menaik taraf rangkaian 5G AIS bagi menjadi rangkaian berautonomi yang berupaya bagi pengurusan rangkaian berautonomi yang tepat semasa pemprosesan data raya dan AI, juga akan bersedia untuk mengembangkan keupayaan 5G AIS untuk industri-industri yang berbeza, diperkukuh dengan kepakaran inovasi khusus ZTE yang telahpun berjaya secara global. Ini akan membolehkan industri-industri Thai berkembang secara besar-besaran melalui pelaksanaan transformasi digital.

Selain itu, AIS dan ZTE akan melancarkan "A-Z Center" (Pusat Inovasi 5G) pertama Thailand sebagai hab untuk kolaborasi penyelidikan dan inovasi 5G bersama untuk infrastruktur mahupun penyelesaian, bagi meningkatkan pertumbuhan dalam sektor-sektor seperti aplikasi 5G dalam vertikal-vertikal industri. Pusat ini dijangka siap menjelang suku ketiga tahun ini.

"Kami merupakan penyedia perkhidmatan hayat digital yang memfokuskan untuk mendedahkan teknologi digital seperti 5G, bahagian infrastruktur yang penting untuk meningkatkan keupayaan negara ini dalam ekonomi digital," kata Somchai Lertsutiwong, Ketua Pegawai Eksekutif AIS. "Ini membawa kepada kami potensi untuk pelaburan kami bagi menyampaikan pelbagai jenis pengalaman dan perkhidmatan pintar kepada pelanggan AIS, masyarakat Thai dan pelbagai sektor industri."

"Kami sentiasa yakin bahawa 5G akan menjadi pembolehubah utama dalam masa terdekat untuk memberi kesan kepada transformasi, bermula daripada tingkah laku pengguna kepada konteks sosial dan pertumbuhan ekonomi digital Thailand," tambah Somchai Lertsutiwong.

"ZTE, sebagai salah satu peneraju global bagi 5G, benar-benar percaya bahawa 5G memacu pembangunan vertikal-vertikal dan transformasi digital industri-industri," kata En. Xu Ziyang, Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Corporation. "Kami akan terus berinovasi dalam penyelesaian dan aplikasi teknikal 5G dan bekerjasama dengan AIS untuk bersama-sama meneroka potensi rangkaian 5G yang amat besar dalam era ekonomi digital."

AIS kini merupakan satu-satunya penyedia yang terus mengembangkan rangkaian 5Gnya agar meliputi kesemua 77 wilayah Thailand, seterusnya mencapai 78% penduduk. Bermatlamat untuk meningkatkan bilangan kepada 85% dalam tahun ini, AIS terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bertaraf dunia seperti ZTE untuk bersama-sama membangunkan inovasi.

Pada bulan Mac 2022, AIS, Qualcomm dan ZTE mengumumkan pameran 5G NR-DC (Dwi Ketersambungan Radio Baharu) yang pertama di dunia di lapangan dengan 2.6GHz dan 26GHz, mencapai kelajuan paut turun puncak 8.5Gbps dan kelajuan paut naik puncak 2.17Gbps dengan peranti mudah alih tunggal. Sebagai sebahagian daripada usaha bersama ini, kolaborasi ini menggabungkan dua jalur frekuensi 5G utama, Sub-6 dan 5G mmWave bagi meningkatkan keupayaan rangkaian 5G Thailand dan meluaskan landskap aplikasi 5G.

Selain itu, pada bulan Mei 2021, AIS, ZTE dan Suranaree University of Technology berkolaborasi untuk menguji Kilang Pintar 5G. Ini menyokong kakitangan untuk memperoleh kepakaran dalam AI, Awan, IoT, VR dan AR. Kemudian, kemahiran ini boleh diaplikasikan untuk membangunkan penyelesaian bagi sektor pembuatan, terutama sekali di timur laut Thailand.

Hubungan Media:
Margaret Ma   
ZTE Corporation   
Tel: +86 755 26775189   
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements