Meningkatkan kualiti pengimejan kamera telefon pintar ke tahap yang malah dapat menandingi apa yang ditawarkan oleh beberapa kamera DSLR
SHENZHEN, China, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- HONOR, jenama teknologi bertaraf global, hari ini berkongsi pandangan dari perspektif peneraju industri di acara Counterpoint Research. Bertajuk "Trend Pengimejan Telefon Pintar: Hala Tuju Baharu untuk Mengabadikan Detik-detik Magis" ("Smartphone Imaging Trends: New Directions Capturing Magic Moments"), webinar ini menjemput HONOR untuk membincangkan peranan utamanya dalam menyampaikan penyelesaian pengimejan telefon pintar termaju dan trend lazim yang mengarahkan masa depan kamera telefon pintar.
"Fotografi telefon pintar bukanlah hanya mengenai perkakasan atau perisian. Di HONOR, kami unggul dalam memanfaatkan fotografi pengkomputeran gabungan dan berbilang kamera untuk mencapai apa yang kami gelar sebagai sinergi 'semua untuk satu dan satu untuk semua', meningkatkan kualiti pengimejan kamera telefon pintar ke tahap yang dapat menandingi apa yang ditawarkan oleh beberapa kamera DSLR," kata Dr. Weilong Hou, Pakar Teknikal, HONOR Imaging. "HONOR Magic4 Series menunjukkan contoh usaha pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami, membawakan HONOR Image Engine yang bukan sahaja membolehkan pengguna memanfaatkan keupayaan penuh setiap kamera yang dilengkapi pada telefon pintar HONOR, bahkan turut menjadikan kualiti imej yang luar biasa boleh diakses oleh pengguna harian."
Webinar tersebut dikendalikan oleh Peter Ricardson, Naib Presiden Penyelidikan, Counterpoint Research, bersama panel veteran industri dan pakar bidang khusus yang hadir termasuk Dr. Hou; Hervé Macudzinski, Pengarah Sains Imej, DXOMARK; Judd Heape, Naib Presiden Pengurusan Produk, Qualcomm dan Eugenio Recuenco, jurugambar profesional yang terkenal, pengarah filem dan pemenang Cannes Lion Award sebanyak dua kali, yang baru-baru ini turut membuat penggambaran filem secara sepenuhnya pada HONOR Magic4 Pro. Acara berkenaan melengkapkan kertas putih HONOR Magic4 Pro yang diterbitkan hari ini.
HONOR Image Engine: Teras Kamera Telefon Pintar HONOR
Dalam pembentangan beliau, Dr. Hou memperkenalkan HONOR Image Engine, penyelesaian kamera termaju HONOR yang membolehkan perkakasan berfungsi secara serentak dengan AI dan algoritma bagi menghasilkan visual berkualiti tinggi. Menyokong pengalaman kamera, penyelesaian ini membantu pengguna meningkatkan tangkapan kamera yang ringkas kepada persembahan artistik visi kreatif mereka. Sebagai telefon pintar unggulan HONOR yang terkini, HONOR Magic4 Pro dan HONOR Magic4 Ultimate merupakan bukti kecekapan penyelesaian tersebut dengan yang keduanya mendapat markah 146 pada Skor Kamera Keseluruhan DXOMARK – skor tertinggi yang pernah diberikan oleh organisasi penilaian produk berwibawa ini.
Mengatasi masalah utama pengguna sekitar fotografi mudah alih dan tangkapan video, kedua-dua telefon pintar ini diperkenalkan buat julung kali dengan pelbagai jenis ciri termaju termasuk keupayaan untuk mengambil gambar berkualiti tinggi sambil merakam video. Menuju ke hadapan, menurut Dr. Hou, HONOR akan terus berusaha untuk memperkasa pengguna untuk mengambil gambar yang hebat pada bila-bila masa, di mana-mana melalui R&D, dengan tumpuan untuk mencapai kesetaraan prestasi antara kamera mudah alih dan kamera khusus, meningkatkan kualiti imej dan memanfaatkan rangkaian sensor yang lebih luas dengan perisian yang lebih canggih untuk meningkatkan hasil pengimejan dengan komprehensif.
Ketika ini, semua telefon pintar HONOR Magic Series dan HONOR N Series dilengkapi dengan HONOR Image Engine yang berfungsi pada latar belakang bagi memastikan hasil tangkapan foto dan video yang lebih baik.
Menilai Kamera Telefon Pintar
Dari perspektif pakar penilaian produk yang dipercayai, Macudzinski berkongsi pandangan beliau tentang keperluan untuk fotografi yang hebat – kemahiran jurugambar untuk mengenal pasti dan membingkai pandangan, berlakunya detik penentu untuk dirakam dengan jelas dan keupayaan kamera untuk memahami hasrat pengguna dan mengubah suai imej sewajarnya. Untuk kamera telefon pintar dianggap sebagai luar biasa, menurut Macudzinski, ia perlu menyokong ciri-ciri ini dalam mod tangkapan asal kamera. Pakar tersebut menggambarkan pandangan beliau dengan HONOR Magic4 Ultimate yang kekal di kedudukan teratas dalam senarai kedudukan kamera telefon pintar DXOMARK sejak laporan ujiannya diterbitkan pada bulan Mac. Memuji telefon pintar unggulan HONOR atas pengalaman penggunanya yang luar biasa, keupayaan tangkapan dan pemprosesan AI, Macudzinski membincangkan sorotan penting daripada laporan DXOMARK, memfokuskan kepada prestasi zum HONOR Magic4 Ultimate dalam pelbagai jarak fokus dan gabungan antara perkakasan dan perisian membolehkan pelbagai kanta kamera berfungsi bersama dan menghasilkan kualiti imej yang lebih baik secara objektif.
Fotografi Telefon Pintar dari Perspektif Profesional
Terkenal dengan hasil kerja beliau sebagai jurugambar dan pengarah filem, baru-baru ini Recuenco membuat penggambaran filem beliau Kaleidoscope secara sepenuhya melalui HONOR Magic4 Pro. Menceritakan pengalaman beliau semasa pembentangan, Recuenco berkata penggambaran filem dengan telefon pintar HONOR terasa biasa, kerana pelbagai ciri profesional seperti sistem kamera berkuasa dan Magic-Log memberikan kepada beliau kebebasan kreatif yang beliau nikmati dengan peralatan profesional, namun dengan faktor bentuk yang jauh lebih kecil. Recuenco, sebagai salah seorang hakim untuk pertandingan HONOR Magic Moments, turut memilih beberapa penyertaan daripada pertandingan tahun ini dan mengulas tentang pelbagai kemungkinan yang didayakan oleh kamera telefon pintar hari ini untuk orang ramai menjadi lebih ekspresif pada tangkapan mereka berbanding sebelum ini.
Penyepaduan Teknologi
Mewakili Qualcomm, Heape berkongsi pandangan tentang kolaborasi yang telah dapat merealisasikan HONOR Image Engine. HONOR Magic4 Series memanfaatkan sepenuhnya Platform Mudah Alih Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 dan Qualcomm AI Engine yang terkini untuk Fotografi Gabungan Ultra, membolehkan imej diambil oleh kanta yang berbeza dan diproses oleh berbilang ISP untuk saling melengkapi bagi mencapai penambahbaikan dalam kualiti imej. Algoritma inovatif yang dibangunkan oleh HONOR melancarkan sepenuhnya keupayaan fotografi pengkomputeran domain RAW. Dengan rangka kerja fleksibel HONOR Image Engine, sementara ISP Qualcomm pula dapat menyokong daya pemprosesan tinggi pemprosesan multijalur dan selari, yang membawa kepada fungsi-fungsi yang inovatif dan pengalaman pengguna seperti "Sesi Foto Termaju Sambil Merekod Video."
Kertas Putih Counterpoint Research Pelengkap
Webinar ini merupakan pelengkap kepada kertas putih Counterpoint Research baharu yang menawarkan pandangan holistik berhubung trend industri yang lebih luas dengan sumbangan daripada ahli-ahli panel webinar. Kertas putih ini tersedia untuk dimuat turun di laman sesawang Counterpoint Research.
Latar Belakang HONOR
HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial