omniture

Alphawave IP Mengumumkan Ketersediaan Dua Produk IP Antara Sambung Baharu dalam Proses Lanjutan TSMC

Alphawave IP Group Plc
2022-06-13 19:29 157

Produk baharu mengembang dan memanjangkan kepimpinan teknologi Alphawave dalam penyelesaian chiplet dan optik 

LONDON dan TORONTO, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Alphawave IP (LN: AWE), peneraju global dalam kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia, dengan sukacitanya mengumumkan ketersediaan dua buah IP Antara Sambung baharu ke dalam portfolio produk mereka. AresCORE16 ialah antara muka selari Die-to-Die (Acuan-ke-Acuan) yang mengukuhkan lagi kedudukan ciplet Alphawave sebagai peneraju dengan mendayakan produk chiplet generasi baharu. OptiCORE100 ialah Penyiri-Penyahsiri ("SerDes") optik PAM4 112Gbps yang membolehkan pemacuan optik secara langsung dan merangkumi teknik DSP canggih untuk menerima gelombang optik. 

Alphawave IP
Alphawave IP

Tony Pialis, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Alphawave menyatakan, "Penambahan AresCORE16 dan OptiCORE100 mencipta peluang baharu yang sangat menarik kepada Alphawave IP, untuk terus membantu pelanggan kami menyelesaikan cabaran kesalinghubungan yang semakin rumit. IP Die-to-Die AresCORE16 ialah teknologi kesalinghubungan utama yang mendayakan masa depan pakej 2.5D dan 3D untuk pasaran Ciplet yang baru muncul serta menyokong standard baharu, seperti uCIE, Bunch of Wires (BOW), Open-HBI dan lain-lain antara muka Die-To-Die. OptiCORE100 menyelesaikan cabaran unik elektrik kepada komunikasi optik dalam pemasaran kuasa, prestasi dan kawasan terkemuka. IP antara muka optik dan Chiplet adalah penting untuk menyampaikan sambungan generasi seterusnya dalam pusat data kami."

Tony Chan Carusone, Ketua Pegawai Teknologi Alphawave menyatakan, "Semua IP silikon kami memanfaatkan kuasa Pemprosesan Isyarat Digital (DSP), yang menjadikan sambungan berprestasi tinggi lebih dipercayai pada kelajuan yang sangat tinggi seperti 224Gbps dan seterusnya. Kami sentiasa mendorong halangan prestasi, kuasa dan ruang silikon dengan IP kesalinghubungan kami dan dengan memanfaatkan seni bina DSP canggih kami, kami dapat memberikan manfaat maksimum kepada pelanggan kami dari segi proses TSMC N7, N5, N4 dan N3 termaju."

Portfolio kesalinghubungan IP bagi IP Alphawave yang termasuk PCIe Gen6, CXL 3.0 dan 800G Ethernet PHY, tersedia untuk pelesenan dan penghantaran sekarang pada proses TSMC N12, N7, N6, N5, N4 dan N3. Tawaran IP terbaru Alphawave IP, AresCORE16 dan OptiCORE100 kini tersedia untuk reka bentuk bermula pada proses TSMC N5 dan N4.

Tentang Alphawave IP 

Berhadapan dengan pertumbuhan data yang pesat, perkhidmatan teknologi Alphawave merupakan suatu keperluan yang penting: membolehkan data bergerak dengan lebih pantas, lebih dipercayai dan dengan prestasi yang lebih tinggi pada kuasa yang lebih rendah. Alphawave ialah peneraju global dalam kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia. Dengan itu, penyelesaian IP kami memenuhi keperluan para pelanggan peringkat pertama global dalam pusat data, pengkomputeran, rangkaian, AI, 5G, kenderaan autonomi dan storan. Ditubuhkan di Toronto, Kanada pada tahun 2017 oleh pasukan teknikal pakar dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pelesenan IP semikonduktor, misi kami adalah untuk memberi tumpuan kepada cabaran kesalinghubungan yang paling sukar untuk diselesaikan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Alphawave IP, sila layari: awaveip.com

Tanda Dagangan 

Semua tanda dagangan berdaftar dan tanda dagangan yang lain adalah milik pemiliknya masing-masing.

Alphawave IP Group plc, John Lofton Holt, Pengerusi Eksekutif, Daniel Aharoni, Ketua Pegawai Kewangan, ir@awaveip.com, +44 (0) 20 7717 5877; Perhubungan Awam Gravitate, Wynton Yu, alphawave@gravitatepr.com, +1 415 528 0468

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1837557/Alphawave_IP_Group_Plc_Alphawave_IP_Announces_Availability_of_Tw.jpg?p=medium600

Source: Alphawave IP Group Plc
Related Stocks:
LSE:AWE
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components New products/services