OTTAWA, ONTARIO, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Kerubut Emas Klondike, satu titik perubahan dalam sejarah perlombongan Kanada serta kaedah cari gali yang digunakan untuk mencari emas yang pertama kali ditemui di anak sungai Bonanza terkenal di Yukon pada tahun 1896, diperingati pada syiling bulion emas tulen 99.999% (5-9s) yang baharu keluaran Royal Canadian Mint. Keluaran baharu yang menggambarkan operasi kotak kunci air tradisional ini merupakan syiling kedua dalam siri syiling emas tulen 1 auns 5-9s yang memperingati "kerubut emas hebat terakhir" yang selama-lamanya telah mengubah Kanada, Yukon dan kehidupan orang Asli yang telah mendiami tanah itu selama beribu-ribu tahun.
Syiling bulion yang diperbuat daripada emas paling tulen di dunia ini telah dilancarkan pada hari ini di Toronto, Ontario, di PDAC 2022, sebuah persidangan penerokaan dan perlombongan mineral utama dunia yang dianjurkan oleh Persatuan Pencari Gali dan Pembangun Kanada. Ia dipamerkan di reruai Royal Canadian Mint dan akan tersedia tidak lama lagi melalui rangkaian pengedar bulion rasmi Mint.
Bahagian belakang Syiling $200 Emas Tulen 99.999% seberat 1 auns Klondike Gold Rush: Prospecting For Gold 2022 telah direka oleh artis Kanada, Steve Hepburn, yang telah mengilustrasi kotak kayu kunci air yang sedang digunakan, diisi dengan "kaksa" di mana kepingan dan ketulan emas berharga sedang dipisahkan dengan teliti. Latar belakang pada bahagian belakang dan hadapan syiling ini menampilkan tatasusunan garis jejari terukir tepat yang telah menjadi ciri penentu bagi syiling bulion Mint. Ciri keselamatan syiling ini juga telah dipertingkatkan dengan tanda khas daun mapel berukiran mikro Mint yang tersendiri yang menunjukkan nombor 22 yang bersamaan dengan tahun keluarannya.
Syiling bulion emas tulen 5-9s Mint yang terbaru ini ditampilkan dalam pembungkusan gaya kad kredit yang direka bentuk dengan mewah yang disertakan dengan sijil ketulenan yang ditandatangani oleh Ketua Penguji Mint.
Imej syiling baharu ini boleh didapati di sini.
Selaras dengan model pengedaran yang sama dengan pengeluar utama syiling bulion dunia, Mint tidak menjual bulion secara terus kepada orang ramai. Pembeli yang berminat digalakkan untuk menghubungi peniaga bulion terkenal untuk memesan syiling bulion baharu.
Tentang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan yang berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.
SILA HUBUNGI: Alex Reeves, Pengurus Kanan Perhubungan Awam, Telefon: (613) 884-6370, reeves@mint.ca