omniture

HOPIUM MACHINA VISION: sedan berkuasa hidrogen mendedahkan bahagian dalamannya

Hopium
2022-06-14 14:30 71

PARIS, 14 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Setahun selepas pembentangan prototaip bergerak Hopium Machina yang pertama, pengeluar kenderaan sedan mewah berkuasa hidrogen dari Perancis ini, hari ini mendedahkan kereta konsepnya iaitu Hopium Machina Vision dan menawarkan pengalaman berada di dalam kenderaan tersebut buat kali pertama. 

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia ini, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/9058251-hopium-machina-vision-the-hydrogen-powered-sedan-unveils-its-interior/

Diilhamkan oleh pereka automotif Félix Godard yang sebelum ini pernah berkhidmat di Porsche, Tesla dan Lucid, - Hopium Machina Vision membayangkan masa depan yang melibatkan hubungan Manusia/Mesin.

Di bahagian hadapannya, paparan yang bersebelahan antara satu sama lain menyediakan satu landskap maklumat digital yang boleh diakses oleh pemandu dan penumpang. Ia boleh berubah kepada susun atur penuh atau minimum seperti yang diingini, dengan gerakan seperti gelombang. Konsol haptiknya menawarkan sambungan deria baharu dengan antara muka paparannya.

Di bahagian belakang, para penumpang boleh menikmati keselesaan ruang dalaman yang mengagumkan serta pemandangan langit yang tiada tandingan. 

Semua bahan yang digunakan untuk bahagian dalamannya adalah daripada kualiti yang terbaik agar kenderaan itu terus bertahan lama dan mengekalkan ciri istimewanya, serta memastikan ketelusan dan kebolehjejakan. Bahan-bahan ini telah diperoleh dari Eropah bagi mengurangkan impak alam sekitar mereka. 

Reka bentuk luaran kenderaan ini telah diperhalusi: Hopium Machina Vision memaparkan siluet nocbek yang kelihatan atletik dan elegan, dengan keseimbangan perkadaran yang sesuai. Elemen khas Hopium Machina turut disertakan, termasuk geriji mengagumkan yang bertindak untuk mengoptimumkan penyejukan sistem sel bahan api, serta pencahayaan istimewa yang diilhamkan oleh ombak pada permukaan air. 

Model ini akan ditayangkan pada Pameran Motor Paris 2022, dari 17 hingga 23 Oktober.

Sila Lihat Galeri Media Di Sini

Tentang HOPIUM

Olivier Lombard, pemenang termuda 24 jam Le Mans yang mengasaskan Hopium, pengeluar kenderaan berkuasa hidrogen mewah, telah menunjukkan pencapaian hasil daripada pengalamannya yang diperoleh di litar perlumbaan. Dengan budaya automotif yang telah diwarisi oleh beliau, Olivier Lombard telah memandu kereta lumba yang dikuasakan oleh hidrogen selama 7 tahun, menjadikannya pelumba paling berpengalaman di dunia dalam bidang ini. Sebagai sebuah makmal terbuka, perlumbaan ini telah membolehkan Olivier Lombard dan pasukannya menampilkan penyelesaian mobiliti baharu bagi menangani cabaran alam sekitar hari ini. Walaupun sektor pengangkutan sahaja bertanggungjawab ke atas 20% daripada pelepasan gas rumah hijau, syarikat ini meletakkan dirinya sebagai pemain dalam memerangi perubahan iklim. Hopium menghimpunkan satu pasukan pakar dan rakan kongsi terkemuka yang menerajui inovasi dalam bidang sel bahan api hidrogen, teknologi dan kejuruteraan automotif.

www.hopium.com 

Ikuti kami di Instagram, Linkedin, Youtube, Twitter.

ISIN : FR0014000U63
Mnemonik : ALHPI

contact@hopium.com

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1836412/Hopium.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1816222/Hopium_Logo.jpg?p=medium600

 

HOPIUM MACHINA VISION: the hydrogen-powered sedan unveils its interior
HOPIUM MACHINA VISION: the hydrogen-powered sedan unveils its interior

 

 

Source: Hopium
Related Stocks:
Bloomberg:MLHPI@FP EuronextParis:MLHPI ISIN:FR0014000U63 RICS:MLHPI.PA
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Design Automation Environmental Products & Services Transportation Broadcast feed announcements New products/services