omniture

Cardo Systems, Midland dan Uclear Lancarkan 'Intercom Bluetooth Terbuka'

Cardo Systems
2022-06-14 21:02 96

Persetujuan di dalam industri bagi pengguna bersambung tanpa kesulitan

PLANO, Texas, 14 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Cardo System, Midland dan Uclear dengan serentaknya telah mengumumkan pelancaran ('Open Bluetooth Intercom' – OBI) – yang merupakan piawaian intercom Bluetooth yang terbuka bagi industri tersebut.

OBI
OBI

Kerjasama ini dapat mengatasi berbagai kesulitan yang dihadapi oleh pengguna intercom yang dikatakan 'boleh disambung dengan intercom jenama berlainan.' Justeru ia akan menambahbaik pengalaman pautan intercom di antara jenama-jenama yang berlainan.

Pengguna intercom Bluetooth sentiasa dibelenggui kesulitan apabila membuat pautan di antara intercom yang berlainan jenama berbanding dengan pautan untuk intercom jenama yang sama. Tambah lagi, proses pemautan agak kompleks, pautan yang lama tidak disimpan, selain ciri membuat panggilan telefon atau mendengar musik tidak selalu dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, objektif kerjasama ini ialah bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

Bercakap sebagai pihak kepada kerjasama antara ketiga-tiga syarikat itu, Shachar Harari, yang merupakan VP of Business Development di Cardo Systems berkata, "Setelah melancarkan ciri 'Universal Communication Solution' kami (Cardo), pelancaran 'Open Bluetooth Intercom' ini menguatkan lagi komitmen kami untuk memberikan solusi perhubungan yang terbaik bagi penunggang motosikal. Kerjasama ini akan memberikan manfaat pautan Bluetooth yang tiada had kepada penunggang motosikal tidak kira jenama intercom, serta menggalakkan penggunaan solusi komunikasi di kalangan penunggang motosikal di serata dunia."

'Open Bluetooth Intercom' bermaksud berbagai penambahan kepada 'Bluetooth Handsfree Profile' (Profil Bebas Tangan Bluetooth) yang memberikan komunikasi dua arah (duplex) yang disambung secara langsung. Ia bermaksud pengguna intercom Bluetooth boleh memaut kepada mana-mana jenama peranti komunikasi Bluetooth di dalam pasaran. Oleh itu, pengguna peranti ini tidak lagi terpaksa membeli daripada jenama yang sama.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1830648/OBI.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1772689/Cardo_Systems_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

 

Source: Cardo Systems
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts New products/services