BRESCIA, Itali, 14 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Untuk tahun kedua berturut- turut, 1000 Miglia bakal bermula semula sebagai persediaan menghadapi musim panas. Bermula dari Rabu, 15 Jun hingga Sabtu, 18 Jun, sebanyak 425 buah kereta luar biasa akan menghidupkan semula mitos Red Arrow di jalan raya di Itali, melalui kira-kira 250 majlis perbandaran sepanjang hampir 2,000 kilometer dalam masa empat hari.
1000 Miglia 2022 akan kembali dalam perjalanan merentasi Itali, bermula dan berakhir di Brescia selepas persaingan liga di Cervia-Milano Marittima, Rom dan Parma.
Pada hari Rabu, 15 Jun, para kru akan meninggalkan Brescia ke arah Tasik Garda sebelum menuju ke selatan dan terus ke Laut Adriatik. Makan malam semasa perlumbaan di adakan di Teatro Comunale di Ferrara dan penamat persaingan diadakan di Cervia-Milano Marittima.
Pada hari Khamis, 16 Jun, kereta-kereta ini akan melakukan pendakian curam menuju ke San Marino, turun ke Urbino untuk terus ke Rom dan tiba dengan barisan perarakan di Via Veneto.
Pada hari Jumaat, 17 Jun, Perlumbaan ini akan merangkumi empat wilayah di Lazio dan Tuscany, dengan perhentian untuk makan tengah hari di Piazza del Campo di Siena, seterusnya di Liguria dan Emilia Romagna dan berakhir di Parma.
Pada hari Sabtu, 18 Jun, Perlumbaan ini akan melalui Autodromo di Monza dan Bergamo dan berakhir di Brescia.
Dari sudut sukan, mata akan tertumpu pada juara bertahan, Andrea Vesco, yang telah menjadi juara pada tahun 2020 dan 2021.
LALUAN
KERETA 1000 MIGLIA
NEGARA
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1838537/Mille_Miglia_Car.jpg?p=medium600
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1838536/1000_MIGLIA_2022.pdf