omniture

PROXIMIE MEMPEROLEH $80 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SIRI C UNTUK MEMPERCEPAT PENGEMBANGAN PRODUK PLATFORM PEMBEDAHAN TERHUBUNG PERKHIDMATAN PENUH

Proximie
2022-06-15 01:21 119

Pusingan pembiayaan ini diketuai oleh Advent Life Sciences. Pelabur baharu termasuk Emerson Collective, SoftBank Vision Fund 2, British Patient Capital, Mubadala dan Minderoo Foundation. 

Hasil daripada pembiayaan ini ialah untuk mempercepatkan pembangunan dan skala Sistem Pembedahan bagi Dewan Bedah Proximie - sebuah platform terpusat yang memberikan penjagaan pembedahan yang terhubung 

LONDON, 14 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Proximie, platform teknologi kesihatan global yang menghubungkan dewan bedah (OR) secara digital mengumumkan bahawa ia telah berjaya memperoleh $80 juta dalam sebuah pembiayaan ekuiti Siri C. Pelaburan ini menyusul setelah setahun Proximie menyaksikan peningkatan yang besar dalam Jumlah Nilai Kontraknya yang menyokong lebih 13,000 pembedahan dan memperluas jejak globalnya kepada 100 buah negara.

Proximie’s platform in action in the Operating Room
Proximie’s platform in action in the Operating Room


Pusingan pembiayaan ini telah diketuai oleh Advent Life Sciences - salah sebuah syarikat pelabur usaha niaga yang terkemuka di rentas-Atlantik yang membangunkan perniagaan sains hayat inovatif, dengan penyertaan daripada pelabur baharu, Emerson Collective - pelabur berimpak yang diasaskan oleh Laurene Powell Jobs, SoftBank Vision Fund 2, British Patient Capital, Mubadala Investment Company dan Minderoo Foundation. Pelabur sedia ada iaitu F-Prime Capital, Eight Roads, Questa Capital, Global Ventures dan Maverick Ventures turut mengambil bahagian dalam pusingan ini.

Hasil daripada pembiayaan ini akan digunakan untuk mempercepat pembangunan produk dan perkhidmatan utama, membangun ekosistem pasaran Proximie dan meningkatkan Sistem Operasi bagi Dewan Bedahnya - sebuah platform terpusat yang memberikan penjagaan pembedahan yang terhubung. Hospital dan pusat pembedahan yang memanfaatkan teknologi Proximie akan mempunyai akses kepada data prapembedahan yang boleh membantu memaklumkan penjagaan pesakit, alat kolaboratif masa nyata untuk merekod, melatih dan memberi penjagaan serta alat pengurusan kandungan pascapembedahan untuk merakam dan mengedar kandungan kepada rakan sekerja mereka. Secara keseluruhan, Proximie akan membolehkan sistem kesihatan mewujudkan lapisan digital yang pintar kepada dewan bedah yang sekaligus menjimatkan masa, wang dan menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Proximie telah digunakan untuk kes-kes kepakaran pembedahan di lebih 500 buah hospital di seluruh dunia. Hospital telah menggunakan teknologi Proximie untuk memacu kecekapan dalam tunggakan pembedahan yang disebabkan oleh COVID-19, meningkatkan kepantasan latihan pakar bedah sambil mengekalkan kos serta telah membangunkan hab dan model khusus yang menumpukan perhatian kepada penjagaan dan kepakaran pembedahan di lokasi yang terletak di tengah-tengah bagi mengurangkan masa dan kos yang berkaitan dengan perjalanan.

Dr. Nadine Hachach-Haram, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Proximie berkata: 

"Visi kami ialah untuk mendemokrasikan pembedahan melalui data yang lebih baik dengan menghubungkan setiap Dewan Bedah atau Makmal Pengkateteran di dunia.  Kami memulakan usaha ini yang membolehkan pakar bedah menyertai mana-mana dewan bedah secara maya.  Kami kini menggunakan keupayaan ini untuk mendigitalkan dewan bedah dengan membawa kepakaran kolektif pakar bedah terbaik di dunia kepada para pesakit - di mana data yang dikumpul dan dikongsi pada Proximie dapat membantu mereka menerima penjagaan yang menyelamatkan nyawa tanpa mengira walau di mana mereka tinggal."

Pada masa ini, lima bilion orang kekurangan akses kepada pembedahan yang selamat, dengan lebih 18 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat kekurangan akses kepada pembedahan. Dilancarkan pada tahun 2016, Proximie ialah sebuah alat yang membolehkan pakar bedah untuk "turut serta" dalam mana-mana dewan bedah di dunia secara maya, menyampaikan keupayaan pakar bedah terbaik ke kawasan yang tiada akses kepada penjagaan pembedahan terbaik. Disebabkan pandemik COVID-19 menghalang perjalanan dan akses, Proximie telah berkembang pesat dan diperluas kepada lima buah benua dan lebih 100 buah negara dengan membantu pakar bedah menyampaikan penjagaan yang menyelamatkan nyawa semasa tempoh berlakunya gangguan penjagaan kesihatan. 

Dr. Shahzad Malik, Rakan Kongsi Am Advent Life Sciences berkata:

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Proximie dan sebuah kumpulan pelabur bertaraf dunia ketika syarikat ini memperluas jejak global dan keupayaan produknya. Syarikat ini amat sesuai dengan etos kami yang menyokong perniagaan sains hayat inovatif terbaik yang mempunyai keupayaan untuk memberi kesan positif kepada kesihatan manusia dan penyampaian penjagaan kesihatan dalam cara yang merubah paradigma." 

Kejayaan pengumpulan dana yang dilengkapkan pada hari ini bermakna Proximie telah mengumpul sejumlah $130 juta sejak penubuhannya.

John Cassidy, Pengarah Pelaburan SoftBank Investment Advisers berkata: 

"Pandemik ini telah mempercepatkan penerimagunaan penjagaan klinikal maya di seluruh dunia. Platform teknologi Proximie menggabungkan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan realiti terimbuh untuk memudahkan perkongsian dewan bedah secara langsung serta mewujudkan sebuah ekosistem penjagaan pembedahan yang terhubung untuk membantu para pesakit dan hospital dengan lebih baik. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Dr. Nadine Hachach-Haram dan pasukan Proximie untuk menyokong misi mereka dalam menyelamatkan nyawa dengan berkongsi amalan klinikal terbaik di dunia."

Nota kepada Editor 

Tentang Proximie 

  • Proximie ialah sebuah platform teknologi kesihatan global yang memberi tumpuan kepada pendigitalan dewan bedah dan bilik diagnostik;
  • Misi Proximie ialah untuk menyampaikan sebuah platform pembedahan yang terhubung bagi membantu menyediakan penjagaan pembedahan yang berkualiti di seluruh dunia. Setiap prosedur Proximie boleh direkod, dianalisis dan dimanfaatkan untuk kegunaan masa hadapan bagi membantu memaklumkan amalan terbaik;
  • Dengan menghubungkan dewan bedah di seluruh dunia, Proximie memudahkan satu set data yang kaya dan berwawasan yang akan memberi amalan terbaik kepada keseluruhan ekosistem penjagaan kesihatan;
  • Diasaskan oleh Dr. Nadine Hachach-Haram, Proximie kini telah menjalankan puluhan ribu prosedur pembedahan dan telah digunakan di lebih 500 buah hospital di lebih 100 buah negara di lima buah benua;
  • Proximie mempunyai kontrak dengan lebih 35 buah syarikat peranti perubatan utama – memiliki akses kepada 90% dewan bedah dan bilik diagnostik di U.K., A.S. dan E.U – dan telah diterbitkan dalam lebih 20 jurnal perubatan;
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari www.proximie.com atau ikuti @ProximieAR di Twitter.

Tentang Advent Life Sciences 

  • Advent Life Sciences mengasas dan melabur dalam syarikat sains hayat peringkat awal dan pertengahan yang mempunyai pendekatan pertama atau terbaik bagi keperluan perubatan yang tidak dipenuhi
  • Pasukan pelaburannya terdiri daripada para profesional berpengalaman, masing-masing dengan pengalaman saintifik, perubatan dan operasi yang meluas serta rekod kejayaan keusahawanan dan pelaburan sejak sekian lama di AS dan Eropah
  • Firma ini melabur dalam pelbagai sektor sains hayat termasuk penemuan ubat-ubatan, mendayakan teknologi, kesihatan digital dan teknologi perubatan dengan penekanan terhadap pendekatan yang inovatif dan mengubah paradigma
  • Advent Life Sciences mempunyai kehadiran di UK, AS dan Perancis
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adventls.com
Dr Nadine Hachach-Haram - Surgeon, Founder & CEO of Proximie.
Dr Nadine Hachach-Haram - Surgeon, Founder & CEO of Proximie.

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1838600/Proximie_in_action_OR.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1838599/Dr_Nadine_Hachach_Haram_headshot.jpg?p=medium600

Source: Proximie
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Financing agreements Venture Capital