omniture

Platform penyahkarbonan berasaskan pembelajaran mesin, Ecolibrium, dilancarkan di UK

Ecolibrium
2022-06-15 07:00 62

Platform dengan penyelesaian kelestarian berasaskan teknologi iklim dan khidmat nasihat ini telah membuka ibu pejabat baharu di London setelah mengumpulkan dana sebanyak $5 juta dalam pusingan pembiayaan pendahuluan Siri A untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat daripada pemilik hartanah komersial dan perindustrian UK yang berusaha untuk mencapai sasaran karbon sifar bersih

  • Pengembangan di UK merupakan tambahan kepada kejayaan besar syarikat ini di Asia Pasifik, di mana teknologi Ecolibrium telah digunakan pada kawasan seluas 50 juta kaki persegi oleh jenama terkenal di seluruh dunia termasuk Amazon, Fiat, Honeywell, Thomson Reuters, Tata Power dan Delhi Metro
  • Pusingan pembiayaan pendahuluan Siri A bernilai USD5 juta ini diterajui bersama oleh Swordfish Investments milik Amit Bhatia dan firma modal usaha niaga Unbound milik Shravin Bharti Mittal
  • Ia dilancarkan di UK pada hari ini setelah kontrak komersial pertama ditandatangani dengan Integral, sebuah perniagaan perkhidmatan kejuruteraan dan kemudahan yang dimiliki oleh syarikat gergasi hartanah, JLL.

LONDON, 14 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Platform penyahkarbonan mesin berasaskan pembelajaran mesin, Ecolibrium, hari ini melancarkan penyelesaian kelestarian revolusioner di UK, apabila persaingan untuk mengurangkan pelepasan karbon menjadi semakin sengit di seluruh persekitaran binaan.

Ecolibrium’s Head of Commercial Real Estate Yash Kapila (left) and CEO Chintan Soni (right) will lead the business’ UK expansion from its new London HQ. Image credit: Max Lacome
Ecolibrium’s Head of Commercial Real Estate Yash Kapila (left) and CEO Chintan Soni (right) will lead the business’ UK expansion from its new London HQ. Image credit: Max Lacome

Ditubuhkan pada tahun 2008 oleh usahawan bersaudara, Chintan dan Harit Soni, di Pusat Inovasi, Inkubasi dan Keusahawanan IIM Ahmedabad di India, Ecolibrium menyediakan khidmat nasihat pakar serta penyelesaian kelestarian yang dipacu teknologi untuk membolehkan perniagaan dalam hartanah komersial dan perindustrian mengurangkan penggunaan tenaga dan akhirnya mencapai matlamat karbon sifar bersih mereka.

Dengan memindahkan ibu pejabat globalnya ke London, Ecolibrium telah mengumpulkan USD5 juta dalam pusingan pembiayaan pendahuluan Siri A dalam usaha syarikat tersebut untuk memperluas jejak antarabangsanya ke UK. Pusingan ini diterajui bersama oleh Swordfish Investments milik Amit Bhatia dan firma modal usaha niaga Unbound milik Shravin Bharti Mittal serta beberapa buah firma pelaburan strategik yang lain. 

Ecolibrium dilancarkan di UK pada hari ini setelah menandatangani kontrak komersial pertamanya dengan Integral, sebuah perniagaan perkhidmatan kejuruteraan dan kemudahan di UK yang dimiliki oleh JLL.

Pengumpulan dana dan pengembangan di UK merupakan tambahan kepada kejayaan besar Ecolibrium di Asia Pasifik, di mana teknologinya digunakan merentasi 50 juta kaki persegi kawasan oleh lebih 150 buah syarikat termasuk Amazon, Fiat, Honeywell, Thomson Reuters, Tata Power dan Metro Delhi. Pengurangan tahunan jejak karbon sebanyak 5 hingga 15% telah dicapai setakat ini oleh syarikat-syarikat yang telah menggunakan teknologi Ecolibrium.

Ecolibrium juga telah memperkukuh pasukan pengurusan kanannya di UK ketika ia bersedia untuk melancarkan platform hijaunya di seluruh UK, dengan melantik veteran dalam pengurusan aset dan kemudahan, Yash Kapila sebagai ketua hartanah komersialnya yang baharu. Kapila sebelum ini pernah memegang jawatan kepemimpinan kanan dengan JLL di seluruh rantau APAC dan EMEA.

Memperkenalkan SmartSense

Teras tawaran Ecolibrium ialah produk teknologinya yang berasaskan kelestarian iaitu SmartSense, yang mengasimilasikan beribu-ribu titik data internet benda (IoT) dari seluruh infrastruktur tenaga sebuah kemudahan.

Maklumat ini kemudiannya disalurkan melalui algoritma pembelajaran mesin proprietari Ecolibrium yang telah dibangunkan selama lebih 10 tahun oleh pakar subjek dalaman mereka. Para pelanggan boleh melihat data tersebut melalui antara muka pengguna khas yang dapat memberikan cerapan yang boleh dilaksanakan serta pelan tindakan untuk mencapai kecemerlangan operasi, sasaran kelestarian dan bangunan yang sihat.

Infrastruktur terhubung ini menghasilkan pandangan terperinci tentang jejak karbon aset, menunjukkan ketidakcekapan dan membantu dalam membuat keputusan yang bijak sambil memacu program penambahbaikan berterusan untuk memberikan hasil kelestarian dan produktiviti yang jelas dan ketara.

Bersedia untuk peraturan masa hadapan

Titik data dan bukti persekitaran yang berkualiti juga memberikan kelebihan perniagaan yang luar biasa pada masa ini dalam meningkatkan keperluan kawal selia yang memerlukan syarikat korporat untuk mendedahkan prestasi Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta kelestarian. Ecolibrium akan bekerjasama rapat dengan para pelanggan untuk menerajui usaha dalam mencorakkan tadbir urus ESG mereka.

Menurut Deloitte, dengan keperluan minimum Pensijilan Prestasi Tenaga (EPC) Gred B yang dijangka dilaksanakan menjelang tahun 2030, 80% daripada stok pejabat London perlu dinaik taraf – bersamaan dengan 15 juta kaki persegi setahun.

Penyelidikan daripada Forum Ekonomi Dunia mendapati bahawa persekitaran binaan bertanggungjawab terhadap 40% daripada penggunaan tenaga global dan 33% daripada pelepasan gas rumah hijau, dengan satu perlima daripada 2,000 syarikat terbesar di dunia mengguna pakai strategi sifar karbon menjelang tahun 2050 atau lebih awal. Teknologi menjadi kunci utama dalam memenuhi cabaran ini, dengan Ecolibrium dan peneraju perubahan berfokuskan kelestarian yang lain mengetuai usaha penyahkarbonan.

Chintan Soni, Ketua Pegawai Eksekutif Ecolibrium berkata: ""Misi kami adalah untuk mewujudkan keseimbangan antara manusia, planet serta keuntungan dan teknologi kami menangani setiap objektif ini yang membawa perniagaan ke arah kemakmuran lestari. Tidak dapat dinafikan bahawa dunia sedang mengalami kecemasan iklim dan kita mesti bertindak sekarang untuk menyahkarbon dan melindungi planet kita demi generasi akan datang.

"Dengan menggunakan teknologi berasaskan Pembelajaran Mesin proprietari kami dan kepakaran dalaman yang mendalam, Ecolibrium boleh membantu para pemilik hartanah komersial dan perindustrian untuk mencapai objektif ESG, apabila syarikat semakin menyedari hakikat bahawa tindakan segera perlu diambil untuk mengurangkan pelepasan dan mencapai sasaran karbon sifar bersih dalam persekitaran binaan.

"Matlamat kami adalah untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan melatih mereka bekerja dengan lebih pintar, membuat keputusan yang kritikal dengan lebih cepat dan mengurangkan penggunaan. Dengan melakukan perkara ini pada skala yang besar, Ecolibrium akan memberi impak yang signifikan terhadap jejak karbon aset komersial dan perindustrian di seluruh dunia."

Pengembangan di UK telah disokong oleh Program Usahawan Global Jabatan Perdagangan Antarabangsa. Program ini telah menyediakan bantuan yang tidak ternilai dalam penubuhan ibu pejabat Ecolibrium dan penskalaan di pasaran UK.

Sebagai gantinya, Ecolibrium menyokong pertumbuhan inovasi UK, menggalakkan penciptaan pekerjaan lestari dan menyediakan manfaat ekonomi yang ketara sebagai sebahagian daripada peralihan besar-besaran negara tersebut ke arah masa depan yang lebih lestari.

Menteri Pelaburan, Lord Grimstone berkata: "Menangani perubahan iklim adalah perkara penting dalam usaha kami untuk mencapai masa depan yang lebih bersih dan hijau, dengan pelaburan yang akan memainkan peranan penting.

"Sebab itulah saya berasa gembira melihat pengembangan Ecolibrium di UK. Pelaburan ini bukan sahaja akan menyediakan penyelesaian kelestarian revolusioner untuk mengurangkan pelepasan karbon di pelbagai sektor, ia juga merupakan isyarat berterusan yang menunjukkan UK sebagai destinasi pelaburan dalaman yang terkemuka, dengan inovasi dan kepakaran sebagai senjata kami".

Tentang Ecolibrium

Ecolibrium ialah platform penyahkarbonan berasaskan Pembelajaran Mesin yang mengimbangi manusia, planet dan keuntungan untuk memberikan kemakmuran yang lestari kepada perniagaan.

Ditubuhkan pada tahun 2008 oleh usahawan bersaudara, Chintan dan Harit Soni, Ecolibrium menyediakan khidmat nasihat pakar serta penyelesaian kelestarian yang dipacu teknologi untuk membolehkan pemilik hartanah komersial dan perindustrian mengurangkan penggunaan tenaga dan akhirnya mencapai matlamat karbon sifar bersih mereka.

Produk teknologi utama Ecolibrium iaitu SmartSense kini digunakan di kawasan seluas 50 juta kaki persegi oleh lebih 150 buah syarikat termasuk JLL, Amazon, Fiat, Honeywell, Thomson Reuters, Tata Power dan Delhi Metro. SmartSense mengumpul maklumat masa nyata mengenai aset, data operasi dan metrik penting menggunakan teknologi internet benda (IoT). Kecerdasan ini kemudiannya disalurkan melalui algoritma pembelajaran mesin proprietari Ecolibrium untuk memaparkan data dan memberikan cerapan yang boleh dilaksanakan bagi membantu syarikat membuat perubahan transformatif terhadap matlamat kelestarian mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ecolibrium.io

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi: FTI Consulting: ecolibrium@fticonsulting.com, +44 (0) 2037271000

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1837227/Ecolibrium_Yash_Kapila_and_Chintan_Soni.jpg?p=medium600

 

   

Source: Ecolibrium
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Real Estate Utilities Corporate Expansion Corporate Social Responsibility New products/services