omniture

LIGHTSPEED STUDIOS Perkenal LIGHTSPEED Universe, Visinya untuk Dekad Seterusnya

LIGHTSPEED STUDIOS
2022-06-15 14:03 210

Menyatukan Studio dan Permainan untuk Sokong Fasa Pertumbuhan dan Pembangunan Seterusnya 

LOS ANGELES, 15 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pembangun permainan global yang terkemuka LIGHTSPEED STUDIOS (dahulunya LIGHTSPEED & QUANTUM STUDIOS) mengumumkan LIGHTSPEED Universe, visinya untuk mencipta sebuah ekosistem yang menghubungkan pemain dan pembangun di seluruh dunia berdasarkan kepada kisah yang hebat, corak permainan yang hebat dan teknologi generasi seterusnya.

Salah satu studio permainan yang terkemuka di dunia dan pembangun bersama bagi blokbuster global PUBG MOBILE (dibangunkan secara bersama dengan KRAFTON, Inc.) dan Apex Legends Mobile (dibangunkan secara bersama dengan Electronic Arts), LIGHTSPEED STUDIOS telah menyampaikan lebih daripada 50 permainan PC dan mudah alih untuk lebih 4 bilion pengguna berdaftar merentas 200 negara dan wilayah.

LIGHTSPEED Universe bertujuan untuk mencipta dunia dengan pengalaman tiada tandingan yang boleh dinikmati oleh pemain di mana-mana, pada bila-bila masa dan melalui sebarang platform atau peranti dan melaluinya pembangun dapat membangunkan permainan dengan lebih cepat dan lebih mudah. Visi ini menyokong dekad pertumbuhan dan pembangunan global yang seterusnya, dipacu oleh pelaburan yang berterusan dalam bakat yang luar biasa, penyelidikan dan pembangunan termaju serta platform gobal.

"LIGHTSPEED Universe ialah konsep holistik dengan penyelidikan dan pembangunan sebagai terasnya," kata Jerry Chen, presiden LIGHTSPEED STUDIOS. "Dipacu oleh penyepaduan pengalaman digital dan dunia sebenar serta didorong oleh keupayaan pembangunan LIGHTSPEED, kami beraspirasi untuk menetapkan standard baharu untuk pengalaman interaktif rentas-platform, rentas-budaya asal. Matlamat kami adalah untuk memikat hati dan memberi inspirasi kepada pembangun dan pemain serta memberi tanggapan yang positif dan berkekalan ke atas generasi-generasi masa depan."

LIGHTSPEED Universe akan menampilkan dunia terbuka yang bercita-cita tinggi berdasarkan kepada IP asal dan pengalaman generasi seterusnya. Untuk meneroka bagaimana IP diterjemahkan kepada animasi, TV dan filem, hari ini LIGHTSPEED STUDIOS mengumumkan "LIGHTSPEED PICTURES", jenama subsidiari baharu untuk mencipta pengalaman melangkaui permainan.

Hari ini, LIGHTSPEED STUDIOS mengemas kini nama dan identiti jenamanya untuk memajukan visinya dan menjadikannya mudah untuk pemain dan pembangun mengasyikkan diri mereka dalam LIGHTSPEED Universe. LIGHTSPEED STUDIOS menyatukan studio, permainan dan bakat sedia ada untuk memfokuskan kepada masa depan yang melibatkan pembangunan permainan baharu untuk pasaran konsol dan PC.

LIGHTSPEED STUDIOS turut menaik taraf infrastruktur pembangunannya untuk membangunkan permainan yang lebih baik dengan lebih cepat menerusi reka bentuk canggih dan nilai penghasilan yang berkualiti tinggi. LIGHTSPEED mendedahkan pusat teknologi dan seni khusus dan berpengalamannya, sebahagian daripada platform pembangunan global yang menyediakan perkhidmatan kepada LIGHTSPEED dan rakan-rakan kongsinya. Pejabat Singapura LIGHTSPEED kini berperanan sebagai pusat inovasi dan integrasi R&D, membantu menyelaraskan rancangan R&Dnya dan operasi global selain bertindak sebagai pangkalan untuk meneroka teknologi canggih seperti AR, VR dan permainan awan.

Menghasilkan permainan yang hebat memerlukan bakat besar dan LIGHTSPEED STUDIOS berkembang ke sepuluh negara pada tahun ini, mengembangkan pasukannya di serata dunia, menggaji pembangun cemerlang yang ingin melakukan penemuan baharu dan mencetuskan impak global. Dua contoh termasuk studio AS – LIGHTSPEED LA dan UNCAPPED GAMES, dipimpin oleh pembangun-pembangun bertaraf dunia yang dahulunya bertanggungjawab untuk beberapa permainan yang lebih popular, inovatif dan paling digemari di dunia. LIGHTSPEED LA membina permainan dunia terbuka bercita-cita tinggi dengan corak permainan berpandukan pemain yang sofistikated, memberi pencerahan kepada penceritaan. UNCAPPED GAMES mencipta PC RTS yang padat dengan aksi.

"Jalan di hadapan tidak menentu, namun impian kami kekal sama - untuk menjadi salah satu pembangun permainan yang terbaik di dunia. LIGHTSPEED Universe, ekosistem yang menghubungkan pemain dan pembangun di serata dunia, merupakan visi dan pelan tindakan kami untuk dekad seterusnya," tambah Jerry Chen.

Latar Belakang LIGHTSPEED STUDIOS 

LIGHTSPEED STUDIOS ialah salah satu pembangun permainan yang paling inovatif dan berjaya di dunia, dengan pasukan-pasukan di negara China, Amerika Syarikat, Singapura, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Emiriah Arab Bersatu.

Ditubuhkan pada tahun 2008, LIGHTSPEED STUDIOS telah mencipta lebih 50 permainan merentas pelbagai platform dan genre untuk lebih 4 bilion pengguna berdaftar. Ia merupakan pembangun bersama bagi PUBG MOBILE dan Apex Legends Mobile yang terkenal di seluruh dunia.

LIGHTSPEED STUDIOS terdiri daripada pemain-pemain bersemangat yang memajukan seni & sains pembangunan permainan melalui kisah yang hebat, corak permainan yang hebat dan teknologi canggih. Kami memberi tumpuan untuk membawakan pengalaman generasi seterusnya kepada pemain yang ingin menikmatinya di mana-mana, pada bila-bila masa, merentas pelbagai genre dan peranti.

Maklumat lanjut tentang LIGHTSPEED STUDIOS sila kunjungi www.lightspeed-studios.com dan ikuti kami di TwitterFacebook dan YouTube.

Source: LIGHTSPEED STUDIOS
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services