omniture

Huawei Cloud Umum 15 Perkhidmatan Inovatif untuk Inspirasikan Nilai Baharu bersama Rakan Kongsi dan Pemaju

Huawei
2022-06-15 14:18 240

SHENZHEN, China, 15 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini di Persidangan Rakan Kongsi dan Pemaju Huawei, Huawei Cloud mengumumkan 15 perkhidmatan yang inovatif dan dua rangka kerja kolaborasi rakan kongsi, GoCloud dan GrowCloud. Di Persidangan tersebut juga, pertandingan ICT utama Huawei, Pertandingan Pemaju Huawei telahpun bermula.

Zhang Ping'an, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Cloud berkata dalam ucapan dasar beliau, "Ketika perusahaan semakin mendalami pendigitalan, penerimaan SaaS menjadi semakin meningkat merentas industri-industri. Sepanjang sepuluh tahun akan datang, kita menuju ke arah dekad emas SaaS. Huawei Cloud menyediakan Segala-gala-sebagai-satu-Perkhidmatan. Kami berusaha untuk membina infrastruktur awan terbaik bagi membawa SaaS dengan lebih pantas kepada industri-industri. Dengan menginovasikan perkhidmatan awan secara berterusan dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi serta pemaju, kami berharap dapat mencetuskan inovasi dan menerangi masa depan bersama-sama."

En. Zhang Ping'an, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Cloud
En. Zhang Ping'an, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Cloud

Lima belas perkhidmatan yang inovatif itu mencakupi Kepakaran sebagai satu Perkhidmatan, Teknologi sebagai satu Perkhidmatan dan Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan. Ia termasuk lima perkhidmatan aPaaS untuk bidang perindustrian, kerajaan, pemanasan, perlombongan arang batu dan pendidikan; dua perkhidmatan teras aPaaS: KooMessage untuk pemesejan media beraneka sehenti dan KooMap untuk peta awan berkembar digital; selain gedung awan baharu KooGallery. En. Zhang turut mengumumkan rancangan tadbir urus data DataArts serta pelbagai perkhidmatan baharu untuk tiga rancangan yang lain. Ia merupakan perkhidmatan insan maya untuk rancangan kandungan digital MetaStudio, ModelBox (rangka kerja pembangunan aplikasi AI) untuk rancangan pembangunan AI ModelArts dan CodeArts IDE untuk rancangan pembangunan perisian DevCloud.

Dua rangka kerja kolaborasi, GoCloud dan GrowCloud turut diumumkan, berkedudukan untuk membantu rakan kongsi meningkatkan kecekapan dan mengembangkan pasaran. GoCloud bermatlamat untuk memupuk kecekapan rakan kongsi, membantu rakan kongsi membina penyelesaian dan perkhidmatan yang tangkas pada Huawei Cloud dan mencipta lebih nilai untuk pelanggan. GrowCloud bermatlamat untuk membantu rakan kongsi meluaskan liputan pelanggan, mempercepatkan pertumbuhan jualan dan mencapai kejayaan bersama.

Huawei Cloud sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi ke atas ekosistem. Ketika ini, Huawei Cloud mempunyai lebih daripada 38,000 rakan kongsi, 3.02 juta pemaju dan 7,400 tawaran Pasaran yang dilancarkan oleh rakan kongsi. Sebagai asas awan untuk dunia pintar, Huawei Cloud berkolaborasi dengan ekosistem termasuk Kunpeng, Ascend, HarmonyOS dan Huawei Mobile Services (HMS) untuk menyokong ekosistem pemaju. Huawei Cloud menyasarkan untuk menarik lebih daripada 1.4 juta pemaju pada tahun ini dan merancang untuk memperkasa 5 juta pemaju secara keseluruhan.

Pertandingan Pemaju Huawei, menerusi tema, "Cetuskan Infiniti" ("Spark Infinity"), dilancarkan secara rasmi di Persidangan tersebut. Sebagai pertandingan utama Huawei untuk ICT, Pertandingan Pemaju Huawei menubuhkan Cloud Foundation Track dan Industry Track, meliputi enam wilayah di serata dunia dan menyediakan hadiah terkumpul bernilai CNY5 juta. Huawei Cloud mengalu-alukan para pelajar, perusahaan dan peminat teknologi untuk turut serta dan mencipta nilai baharu di awan."

Source: Huawei
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news