omniture

MOET HENNESSY MELANTIK NAIB PRESIDEN KOMUNIKASI BAHARU

Moët Hennessy
2022-06-15 15:17 75

PARIS, 15 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Jean-Martial Ribes sebagai Naib Presiden Komunikasi Moët Hennessy, berkuat kuasa pada pertengahan bulan Jun 2022. Beliau akan melaporkan diri kepada Philippe Schaus, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Moët Hennessy serta menjadi ahli Pasukan Kepimpinan Moët Hennessy.

Jean-Martial Ribes, VP Communication for Moët Hennessy
Jean-Martial Ribes, VP Communication for Moët Hennessy

Dalam jawatan baharunya di Moët Hennessy, Jean-Martial akan mengambil alih kepimpinan langsung bagi pasukan utama Komunikasi & Acara yang kini diuruskan oleh Anne-Catherine Grimal, serta kepimpinan fungsian untuk keseluruhan pemimpin Komunikasi Maison serta di Rantau dan Pasaran kami.

"Saya gembira untuk mengalu-alukan kedatangan Jean-Martial ke Moët Hennessy. Beliau akan membantu meneruskan misi kami untuk mencipta pengalaman dan strategi komunikasi yang luar biasa untuk Moët Hennessy dan 25 buah Maison kami di seluruh dunia. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Anne-Catherine atas segala jasanya selama ini, terutamanya atas merancang dan melaksanakan acara luar biasa yang meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk semua pasukan, rakan kongsi dan pelanggan kami", kata Philippe Schaus ketika beliau mengumumkan pelantikan ini.

Jean-Martial mempunyai rekod prestasi selama 30 tahun dalam membina dan menguruskan operasi komunikasi yang berprestasi tinggi dan menguntungkan dalam sektor mewah. Jean-Martial menamatkan pengajian dalam bidang Sains Politik dan Pemasaran dari Universiti Clark di Massachusetts, serta dalam bidang Pemasaran dari Universiti KANSAI GAIDAI di Jepun. Beliau kemudian berpindah ke AS, mengambil alih peranan kepemimpinan secara berturut-turut di pelbagai agensi komunikasi antarabangsa, terutamanya di Ketchum di mana beliau merupakan Naib Presiden Operasi Global Eropah.

Sebagai seorang pakar dalam bidang Komunikasi Korporat, Gaya Hidup dan Krisis, Jean-Martial pernah menjadi Pengarah Urusan Komunikasi untuk Paris Saint-Germain sejak tahun 2014 serta Pengarah Komunikasi bagi pelaburan Qatar Sport.

Selepas 25 tahun berada di Moët Hennessy dan LVMH, Anne-Catherine Grimal telah memutuskan untuk bersara dan beralih arah kepada jawatan perundingan komunikasi bebas, di mana beliau akan terus menyokong Moët Hennessy dalam misi yang berbeza.

Tentang Moët Hennessy 

Moët Hennessy, bahagian Wain & Minuman Keras LVMH, mengumpulkan semula dua puluh lima Maison yang diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana kekayaan terroir, kualiti produk dan kemahiran pembuatan wain yang dihasilkannya. Selama bertahun-tahun, Moët Hennessy telah komited terhadap program alam sekitar dan sosialnya iaitu 'Living Soils Living Together' atau Hidupan Tanah Hidup Bersama-sama. 

Ao Yun, Arbeg, Armand de Brignac, Belvedere, Bodega Numanthia, Cape Mentelle, Chandon, Château d'Esclans, Château Galoupet, Cheval des Andes, Clos19, Cloudy Bay, Dom Pérignon, Eminente, Glenmorangie, Hennessy, Krug, Mercier, Moët & Chandon, Newton, Ruinart, Terrazas de los Andes, Veuve Clicquot, Volcán de mi Tierra, Woodinville. 

Hubungi: Moët Hennessy
Jabatan Komunikasi
Alain Lavital
alavital@moethennessy.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1839047/Jean_Martial_Ribes.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1839048/Jean_Martial_Ribes_Greyscale.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1660736/Moet_Hennessy_Logo2.jpg?p=medium600

 

Jean-Martial Ribes, VP Communication for Moët Hennessy
Jean-Martial Ribes, VP Communication for Moët Hennessy

 

Moët Hennessy
Moët Hennessy

 

Source: Moët Hennessy
Keywords: Banking/Financial Service Beer, Wine & Spirits Beverages Personnel announcements