omniture

Casio bakal Lancar G-SHOCK Tampilkan Karakter Master of G Berturut-turut

CASIO COMPUTER CO. LTD
2022-06-15 17:07 220

Karakter-karakter istimewa dihidupkan dengan reka cipta kamoflaj

TOKYO, 15 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan penambahan terkini kepada jam tangan kalis-hentakan G-SHOCK. DW-5600GU-7 mempersembahkan karakter-karakter terdahulu daripada model-model Master of G yang direka bentuk untuk digunakan di darat mahupun di laut serta udara, kesemuanya disarikan menjadi satu jam tangan.

DW-5600GU-7
DW-5600GU-7

Muka dan tali jam DW-5600GU-7 diliputi sepenuhnya dengan reka cipta kamoflaj yang digayakan daripada karakter-karakter ikonik setelah diukir pada belakang bekas jam tangan Master of G. Daripada kesemua jam tangan G-SHOCK, rangkaian Master of G telah memenangi hati pengembara yang ingin mencabar batas ketahanan. Penambahan yang terkini ini menghidupkan 18 karakter rangkaian ini, termasuk katak ikonik daripada siri FROGMAN, tikus mondok daripada siri MUDMAN serta kucing liar RANGEMAN. Tali dan bezel jam tangan ini direka khas untuk menampilkan ciri-ciri tersendiri setiap karakter, lalu menjadikannya mudah dikenali di tengah-tengah penyamaran.

Karakter-karakter yang amat bersifat individu ini dipersembahkan dengan reka cipta kamoflaj menerusi skema warna hitam-dan-putih asas untuk reka bentuk yang bergaya dan menarik.

DW-5600GU-7
DW-5600GU-7

 

Susun atur direka untuk mewujudkan watak yang mudah dikenal pasti
Susun atur direka untuk mewujudkan watak yang mudah dikenal pasti

 

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services