![]() |
JAKARTA, Indonesia, 15 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Vymo, peneraju yang diiktiraf oleh Gartner dalam penyelesaian penglibatan jualan untuk perkhidmatan kewangan, telah menerbitkan sebuah kajian yang menunjukkan trend tenaga kerja pengedaran & jualan digital Indonesia ketika industri perkhidmatan kewangan kembali kepada keadaan seperti sedia kala.
Laporan tersebut, bertajuk 'Realiti Baharu Personalisasi Pelanggan dalam Perkhidmatan Kewangan (New Realities of Customer Personalization in Financial Services)', juga menggariskan pelbagai cabaran yang perlu diatasi oleh institusi kewangan untuk memberikan perkhidmatan kepada demografi baharu dan bagaimana pihak bank dan penanggung insurans perlu menaik taraf strategi penglibatan sedia ada untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan akhir mereka.
Menurut Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia OJK, "Revolusi Industri 4.0 adalah tentang transformasi digital. Revolusi ini menuntut pihak bank untuk melakukan penyesuaian dan melaksanakan perubahan." Laporan ini menganalisis tentang bagaimana:
Institusi perkhidmatan kewangan perlu membina pasukan jualan yang boleh menyesuaikan diri, menarik dan mengekalkan kesetiaan kelas pengguna celik digital Indonesia dengan kuasa membeli yang agak besar.
"Sebelum ini, insurans gaya hidup adalah berdasarkan pada peringkat hayat. Seseorang memulakan sebuah keluarga, anda bercakap dengan mereka tentang peningkatan perlindungan yang mereka perlukan. Mereka menukar pekerjaan mereka, terdapat kenaikan gaji, anda menasihati mereka untuk mengetepikan sebahagian gaji mereka sebagai insurans. Tetapi hari ini, anda tidak boleh bertemu mereka secara peribadi. Di sinilah teknologi membolehkan penglibatan jarak jauh dengan para pelanggan," kata Rajesh Sabhlok, Pengarah Urusan - Vymo Asia Pasifik. "Anda membaca jejak digital pelanggan, menganalisis dan menjadikannya sebagai preskripsi bagi para penasihat untuk melibatkan diri dan menjual lebih banyak lagi."
Walaupun kualiti produk dan perkhidmatan kewangan daripada penggunaan data telah meningkat dengan ketara, jangkaan pelanggan dari segi kesesuaian produk, pengalaman pembelian yang diperibadikan dan sokongan pascajualan merupakan pembeza utama dalam landskap digital. Laporan Vymo menganalisis bagaimana cara bank dan penanggung insurans boleh memanfaatkan pembeza ini untuk mewujudkan pangkalan pelanggan yang setia.
Untuk maklumat lanjut tentang cara tenaga kerja digital Indonesia berkembang dan memuat turun versi penuh laporan secara percuma, sila layari https://info.getvymo.com/future-of-workforce-indonesia.
Tentang Vymo
Vymo ialah sebuah Platform Penglibatan Jualan pilihan untuk lebih 65 institusi kewangan global termasuk AIA, Berkshire Hathaway, BNP Paribas, AXA, Generali, Sunlife dan FE Credit. Vymo membantu meningkatkan hasil jualan melalui pemahaman dan campur tangan dari peringkat bawah ke atas. Vymo diiktiraf oleh Gartner® sebagai Wakil Pembekal dalam Panduan Pasaran Penglibatan Jualan dan dibiayai oleh Bertelsmann India Investments, Emergence Capital dan Sequoia Capital.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.getvymo.com.
Sumber
Muat turun laporan secara percuma - https://info.getvymo.com/future-of-workforce-indonesia Ketahui lebih lanjut tentang keberkesanan penglibatan jualan - https://www.getvymo.com/why-vymo Berbincang dengan pakar - https://www.getvymo.com/request-a-demo
Hubungan Media:
Gunjan Saha
pr@getvymo.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1026997/Vymo_Logo.jpg?p=medium600