omniture

MOBILEUM MENEROKA RANGKAIAN GENERASI SETERUSNYA DI WEMEET AMERICAS 2022

Mobileum
2022-06-15 23:25 138

Persidangan selama dua hari ini menyatukan para pakar dan pemimpin telekomunikasi dari seluruh dunia untuk membincangkan tentang masa depan industri dan mempamerkan penyelesaian baharu yang transformatif

CUPERTINO, Calif, 15 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia penyelesaian analitik telekomunikasi terkemuka, telah menganjurkan persidangan WeMeet Americas tahunannya di Miami, Florida pada minggu lepas. Persidangan ini menampilkan pelanggan dan rakan kongsi Mobileum serta para penceramah yang terdiri daripada para eksekutif industri terbaik daripada Amazon Web Services, T-Mobile, Verizon, Dish dan banyak lagi. Persidangan tahun ini berkisar tentang pengendalian rangkaian generasi seterusnya.




"Ekosistem penyelesaian Mobileum merupakan asas kepada masa depan terhubung kami," kata Ron Haberman, Ketua Pegawai Produk Mobileum. "Daripada penstriman yang lancar, kediaman pintar dan pemanduan autonomi hingga peningkatan pertahanan keselamatan siber, pembedahan jarak jauh dan kilang automatik sepenuhnya, perkhidmatan komprehensif Mobileum dalam perayauan, rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, ujian dan pemantauan mendayakan sebuah dunia yang lebih terhubung." Di WeMeet Americas, pelan hala tuju strategi produk Haberman menggariskan peranan penting yang dimainkan oleh syarikat dalam setiap bahagian dalam rantaian nilai rangkaian mudah alih yang merangkumi pengendali rangkaian hingga pengguna akhir.

Pada persidangan ini, Mobileum mempersembahkan versi baharu Active Intelligence Platform™ (AIP) miliknya. AIP menyepadukan semua penyelesaian terkemuka dalam industri milik syarikat ini ke dalam satu platform yang lancar, membolehkan para penyedia mengukuhkan keseluruhan portfolio perniagaan digital, kesalinghubungan dan perkhidmatan nilai tambah mereka dalam pelbagai domain fungsian. Salah sebuah pengendali rangkaian terbesar di A.S. telah menggunakan versi AIP baharu ini dan beberapa buah perusahaan lain di seluruh dunia kini memanfaatkan maklumat masa nyata milik syarikat ini yang boleh dilaksanakan.

Penyelesaian transformatif lain yang dipamerkan di WeMeet Americas termasuk:

  • Roamflow : Membolehkan pengendali memastikan pengalaman pelanggan dan hasil pendapatan pukal yang tidak terganggu apabila mereka menghentikan rangkaian 2G/3G dan memperkemas semula spektrum untuk 5G
  • 5G Edge Analytics : Memberi pengendali keterlihatan penuh dan pemahaman mendalam terhadap semua aset yang disambungkan pada infrastruktur 5G Edge mereka
  • GSMA eBusiness Network GSMA : Rangkaian blok rantai industri Telekomunikasi menawarkan cara yang diperkemas dan automatik untuk menjalankan proses perniagaan antara pengendali seperti penjelasan dan penyelesaian perayauan pukal

Dengan lebih 1,000 pelanggan merentasi 180 buah negara, lebih 9 daripada 10 pengendali telekomunikasi di dunia adalah pelanggan Mobileum. "Kami bukan sahaja membantu pengendali rangkaian mudah alih meningkatkan pendapatan, kecekapan operasi dan pengalaman pelanggan secara langsung," kata Bernardo Lucas, Ketua Pegawai Pemasaran dan Strategi. "Kami juga merupakan rakan kongsi penting dalam mengembangkan perniagaan syarikat perusahaan dan memanfaatkan jalur perniagaan baharu secara strategik yang sedang diteroka melalui penerimagunaan IoT dan 5G yang membantu meletakkan batu asas untuk para pengguna dalam talian dan mesin generasi seterusnya."

150 orang peserta dari 20 buah negara menghadiri persidangan ini, termasuk wakil daripada 30 buah syarikat pengendali rangkaian mudah alih.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta risikan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Active Intelligence milik syarikat ini, yang menyediakan penyelesaian analitik canggih serta membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Emiriyah Arab Bersatu, Jerman, Greece, India, Indonesia, Portugal, Singapura dan UK.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/  dan ikuti @MobileumInc di Twitter.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

Source: Mobileum
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Accounting news, issues Data Analytics