omniture

ATLAS RENEWABLE ENERGY MELUASKAN TAWARAN PASARAN DENGAN MENGAMBIL ALIH PROJEK ANGIN PERTAMA DI BRAZIL

Atlas Renewable Energy
2022-06-16 02:54 106

Atlas memperluas portfolio angin dengan mengambil alih sebuah projek daripada Voltalia di Brazil. Pengambilalihan ini menyusul selepas pengumuman yang dibuat baru-baru ini oleh syarikat tersebut tentang cadangan portfolio anginnya, Alpaca di Chile. Dengan pengambilalihan ini, Atlas terus memperluas tawaran pasarannya untuk menyediakan pelanggan dengan rangkaian penyelesaian tenaga bersih yang serba lengkap. 

SAO PAULO, 15 Jun 2022  /PRNewswire/ -- Atlas Renewable Energy, sebuah syarikat penjana tenaga boleh baharu antarabangsa, telah mengambil alih sebuah projek angin di Minas Gerais, Brazil daripada pengeluar dan pembekal tenaga dari Perancis, Voltalia. Projek tersebut yang dinamakan sebagai Juramento, bakal menampung kapasiti penjanaan sebanyak 378 MW dengan 63 buah turbin angin.

Atlas has acquired development rights to the 378MW Juramento project in Brazil
Atlas has acquired development rights to the 378MW Juramento project in Brazil


Juramento ialah projek angin kedua Atlas Renewable Energy, selepas syarikat tersebut mengumumkan Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) yang ditandatangani dengan Enel Energía Chile pada bulan lepas untuk pembangunan portfolio angin Alpaca (417 MW).  Berbeza daripada Alpaca, Juramento tidak mempunyai PPA dan terbuka kepada mana-mana syarikat yang ingin menjalankan projek kuasa boleh baharu di Brazil.

"Dengan adanya Juramento, kami terus memperluas dan mempelbagaikan tawaran produk kami di seluruh rantau tempat kami beroperasi," kata Luis Pita, Pengurus Besar Atlas Renewable Energy di Brazil. "Projek ini kini tersedia untuk mana-mana pengguna tenaga berskala besar yang ingin memeterai PPA untuk beralih daripada sumber tenaga konvensional kepada tenaga boleh baharu."

Juramento bakal menjana tenaga sebanyak 1,650 GWh setahun, bersamaan dengan memberi manfaat kepada 799,524 keluarga Brazil, mencegah 123,750 tan CO2 (anggaran) yang setara dengan menghapuskan 49,500 buah kereta dari jalan-jalan di Sao Paulo. Struktur urus niaga ini akan disemak dan dimuktamadkan melalui Majlis Pentadbiran Pertahanan Ekonomi Brazil (CADE) dalam beberapa hari lagi.

Tentang Atlas Renewable Energy 

Atlas Renewable Energy ialah sebuah syarikat penjanaan tenaga boleh baharu antarabangsa yang telah membangun, membiayai, membina dan mengendalikan projek tenaga boleh baharu di seluruh Amerika sejak awal tahun 2017. Atlas Renewable Energy mempunyai pasukan berpengalaman dengan rekod prestasi paling lama dalam industri tenaga boleh baharu di Amerika Latin. Syarikat ini diiktiraf atas piawaiannya yang tinggi dalam projek pembangunan, pembinaan dan operasi berskala besar. 

Pertumbuhan Atlas Renewable Energy memberi tumpuan kepada pasaran yang paling stabil di rantau ini dengan menggunakan kepakarannya yang terbukti dalam pembangunan, pemasaran dan penstrukturan untuk mempercepatkan peralihan ke arah tenaga bersih. Melalui penglibatan yang aktif bersama komuniti dan pihak berkepentingan yang menjadi keutamaan strateginya, syarikat ini berusaha setiap hari untuk menyampaikan masa depan yang lebih bersih.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1839397/Atlas_Renewable_Energy.jpg?p=medium600

Source: Atlas Renewable Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers