omniture

Plintron memenangi anugerah MVNE Terbaik Tahun 2022 di Kongres Dunia MVNO

Plintron
2022-06-16 08:00 60

BERLIN, 16 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Plintron telah memenangi anugerah Pemboleh Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNE) terbaik tahun ini di Anugerah Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) yang dianjurkan semasa Kongres Dunia MVNO 2022 di Berlin. Anugerah ini diberikan kepada Pemboleh/Pengagregat Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNE/A) yang telah berjaya bekerjasama dengan pelbagai MVNO dan Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) serta memupuk perkongsian dan cadangan yang bermanfaat secara komersial untuk semua pihak. Kriteria penilaian bagi anugerah ini merangkumi kos Penyelesaian, Kebolehpercayaan dan tahap Inovasi.

Subhashree Radhakrishnan, Pengasas Bersama merangkap Naib Pengerusi Plintron berkata, "Plintron berbesar hati memenangi anugerah MVNE Terbaik Tahun 2022 yang berprestij ini di Kongres Dunia MVNO dan ia merupakan pengiktirafan kepada tumpuan berterusan kami terhadap inovasi dan kebolehpercayaan serta kualiti perkhidmatan kami."

Plintron telah melancarkan perkhidmatan di 5 buah negara pada kedua-dua suku tahun yang lalu serta turut mempunyai rancangan pertumbuhan yang agresif untuk beberapa bulan yang akan datang. Plintron menawarkan model Pengagregat Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNA) yang inovatif sebagai tambahan kepada platform MVNE yang boleh disesuaikan, fleksibel dan mampu milik serta menawarkan kontrak masa siaran secara pukal dan pakatan perayauan siap guna. Plintron turut menawarkan penambahan nilai lain seperti portal penjagaan kendiri berlabel putih, aplikasi berlabel putih serta akses kepada lebih 1,000 rakan kongsi pihak ketiga dan pelbagai gerbang bayaran.

Tumpuan Plintron ialah memperkasakan jenama bagi memperluas perkhidmatan mudah alih dengan matlamat untuk menambah aliran hasil tambahan selain turut meningkatkan kesetiaan dan penglibatan pelanggan. Plintron menawarkan pakej hujung ke hujung yang lengkap dan boleh disesuaikan yang ditawarkan sebagai Telekomunikasi sebagai Perkhidmatan (TaaS) dan mengendalikan aspek kawal selia & telekomunikasi sepenuhnya sambil jenama ini menumpukan perhatian kepada kecekapan teras mereka dalam bidang jualan dan pemasaran.

Plintron telah memberi tumpuan kepada tawaran untuk segmen khusus dan juga menyokong semua model pasaran termasuk model pengagregat yang inovatif.

Segmen tumpuannya merangkumi Bank, Teknologi Kewangan, Utiliti, Internet Benda, Pembekal Perkhidmatan Internet, Pembekal Perkhidmatan Talian Tetap, Kelab Sukan, Institusi Pendidikan, Penyedia Perkhidmatan Pelancongan, Peruncitan, Komuniti, Kumpulan Setia Kawan dan Jenama Pengguna.

Tentang Plintron 

Plintron ialah sebuah syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang inovatif yang menawarkan penyelesaian Pendaya Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNE), Pengagregat Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNA), Platform Komunikasi sebagai Perkhidmatan (CPaaS) dan Internet Benda (IoT) dengan menggunakan platform komunikasi awan miliknya. Ia merupakan penyedia MVNA & MVNE berbilang Negara yang serba lengkap dan terbesar di dunia yang memiliki pangkalan pelanggan di 6 buah benua. Dengan perkhidmatan rangkaian mudah alih di lebih 30 buah negara yang meliputi 6 buah benua dengan sokongan lebih 1,000 orang profesional dalam bidang telekomunikasi, Plintron telah melancarkan lebih 143 buah MVNO dan mempunyai  lebih 165 juta orang pelanggan mudah alih.

Sila layari www.Plintron.com

Hubungan:
Shamik Biswas
marketing@plintron.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1839055/Plintron_Logo.jpg?p=medium600

Source: Plintron
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Awards Financial Technology