omniture

RoboMarkets Group Menubuhkan RM Investment Bank untuk Para Pelanggan Asia

RoboMarkets
2022-06-16 08:00 60

LABUAN, Malaysia, 16 Jun 2022 /PRNewswire/ -- RoboMarkets Group telah menubuhkan bank untuk para pelanggan Asia dengan ibu pejabat yang terletak di Financial Park Complex, Labuan.

 

RM Investment Bank ialah sebuah bank pelaburan yang beroperasi di bawah lesen Labuan FSA bernombor 210138BI. RM Investment Bank Ltd merupakan ahli RoboMarkets Group yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pelaburan kepada pelanggan dari negara-negara Asia.

RM Investment Bank menawarkan pelanggan dan rakan kongsinya:

  • 7 jenis aset dan lebih 10,000 instrumen perdagangan
  • 5 jenis akaun dengan syarat-syarat perdagangan yang kompetitif
  • Platform pelaburan tercanggih
  • Program Affiliate Pelbagai Peringkat

Pada Ogos 2019, RoboMarkets Asia telah membuka sebuah ibu pejabat serantau di Malaysia dan memperoleh lesen dari Labuan yang membolehkannya menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan Asia. Sejak itu, perniagaan syarikat tersebut telah berkembang dengan ketara dan bertambah baik.Pemerolehan lesen dan permulaan RM Investment Bank adalah langkah seterusnya dalam pembangunan syarikat tersebut.

Dr. Rostyslav Prus, Pengarah Urusan RM Investment Bank mengulas: "Syarikat kami telah menubuhkan RM Investment Bank,iaitu sebuah bank pelaburan berlesen yang pertama di dalam RoboMarkets Group, dan ini membuatkan kami sangat gembira. Ia merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah RoboMarkets Group yang pastinya akan membantu kami mengembangkan perniagaan kami dalam bidang kuasa ini. Kami amat berbangga dengan kepelbagaian perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kami kepada pelanggan dan rakan kongsi kerana mereka sama dari segi kualiti untuk sesiapa sahaja tanpa mengira pengalaman dan jumlah yang dilaburkan".

Tentang RM Investment Bank
RM Investment Bank Ltd ialah sebuah bank pelaburan yang beroperasi di bawah lesen Labuan FSA bernombor 210138BI. Maklumat lebih terperinci boleh dilihat pada laman web rasmi www.rmib.com.

Tentang RoboMarkets Group
RoboMarkets Group terdiri daripada:

  • RoboMarkets Ltd, sebuah broker berbilang aset yang beroperasi di bawah lesen CySEC (Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus) bernombor 191/13 dan menyediakan perkhidmatan pelaburan kepada para pelanggan Eropah. Maklumat lanjut boleh didapati di www.robomarkets.com
  • RM Investment Bank Ltd, sebuah bank pelaburan yang beroperasi di bawah lesen Labuan FSA bernombor 210138BI
  • RFund - RFund AIFLNP V.C.I.C. Ltd, sebuah dana pelaburan alternatif yang terletak di Limassol, Cyprus, dan dikawal selia oleh lesen CySEC bernombor N. LPAIF118 / 2014

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1479513/RoboMarkets_Logo.jpg?p=medium600

Source: RoboMarkets
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion