omniture

Microsoft mengumumkan Viva Sales, mentakrifkan semula pengalaman penjual dan meningkatkan produktiviti

Microsoft Corp.
2022-06-16 15:01 73

Viva Sales berfungsi dengan mana-mana CRM penjual untuk mengautomasikan kemasukan data dan membawa kepintaran kepada para penjual dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) bagi Microsoft 365 dan Microsoft Teams

REDMOND, Washington, 16 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari Khamis, Microsoft Corp. mengumumkan Microsoft Viva Sales, sebuah aplikasi pengalaman penjual yang baharu. Viva Sales memperkayakan mana-mana sistem CRM dengan data penglibatan pelanggan daripada Microsoft 365 dan Microsoft Teams dan manfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) untuk memberikan cadangan yang diperibadikan dan cerapan kepada para penjual untuk lebih terhubung dengan pelanggan mereka. Aplikasi ini membantu para penjual memperibadikan penglibatan pelanggan mereka dengan lebih lancar untuk mencapai urus niaga yang lebih pantas.

Para pekerja menuntut lebih banyak daripada majikan mereka dalam dunia hibrid hari ini — daripada peralatan yang digunakan, kepada masa yang diluangkan dan juga lokasi bekerja. Ini adalah benar terutamanya untuk jurujual. Viva Sales membolehkan penjual mendapatkan cerapan daripada seluruh Microsoft 365 dan Microsoft Teams, menghapuskan kemasukan data secara manual dan menerima cadangan dan peringatan yang dipacu AI — kesemuanya sambil berada dalam aliran kerja. Viva Sales menyelaraskan pengalaman penjual dengan menampilkan cerapan dalam konteks yang tepat melalui peralatan yang sudah digunakan oleh jurujual, menjimatkan masa penjual dan menyediakan organisasi dengan pandangan pelanggan yang lebih lengkap.

"Masa depan penjualan bukanlah satu sistem yang baru. Ia membawa maklumat yang diperlukan oleh penjual pada masa yang tepat, dengan konteks yang betul, melalui peralatan yang mereka ketahui, supaya pengalaman kerja mereka boleh diselaraskan," ujar Judson Althoff, Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Komersial Microsoft. "Memperkasakan para penjual untuk meluangkan lebih banyak masa dengan pelanggan mereka sudah menjadi matlamat kami — dan kami telah melakukannya dengan memperbaharui pengalaman penjualan dengan Viva Sales."

"Para penjual bergantung pada kerjasama digital dan peralatan produktiviti untuk berhubung dengan pelanggan dan melengkapkan urus niaga, tetapi kebanyakan cerapan yang mereka temui dengan peralatan ini tidak dimasukkan ke dalam sistem CRM," kata Paul Greenberg, Pengasas merangkap Prinsipal Urusan, The 56 Group. "Microsoft menyahut cabaran ini dengan menawarkan penyelesaian yang melengkapkan CRM. Viva Sales mengautomasikan kerja yang banyak, menampilkan maklumat penting tentang pelanggan dan membantu penjual menyelesaikan tugas."

Memperbaharui pengalaman penjual 

Viva Sales dibina berdasarkan Microsoft Viva, yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Viva menyediakan platform pengalaman pekerja bersepadu yang menyatukan komunikasi, pengetahuan, pembelajaran, matlamat dan cerapan untuk memperkasakan setiap orang dan pasukan menjadi yang terbaik dari mana-mana sahaja. Viva Sales menyampaikan aplikasi Viva berasaskan peranan yang pertama direka khusus untuk para penjual:

  • Viva Sales menyediakan peralatan kepada penjual untuk menjalankan tugas mereka, sambil memberikan cerapan yang diperlukan oleh pasukan kepimpinan jualan. Sambil penjual menjalankan tugas, pelanggan boleh di tag dalam aplikasi Microsoft Outlook, Microsoft Teams atau Microsoft Office seperti Excel dan Viva Sales akan merakamnya secara automatik sebagai rekod pelanggan, disertakan dengan semua data yang berkaitan dengan pelanggan itu. Keupayaan untuk merekodkan data penglibatan pelanggan secara automatik pada tahap seperti ini tidak tersedia sebelum ini. Data ini boleh dikongsi dengan mudah dengan ahli pasukan sambil bekerjasama dalam Microsoft Office dan Microsoft Teams tanpa menaip semula atau mencarinya dalam CRM.
  • Dikuasakan oleh data dan Kecerdasan Buatan (AI), Viva Sales mengesyorkan langkah seterusnya untuk memajukan pelanggan melalui saluran jualan, mengutamakan kerja dan langkah seterusnya serta membolehkan penjual mengakses sejarah lengkap dan bahan interaksi dengan pelanggan. Cerapan pelanggan dalam masa nyata memberikan pemahaman yang lebih mendalam untuk setiap pelanggan dalam perjalanan pembelian mereka dan cara untuk membimbing hubungan itu.
  • Viva Sales juga menyediakan cadangan dipacu Kecerdasan Buatan (AI) untuk membolehkan penjual meningkatkan penglibatan pelanggan mereka — mengoptimumkan susulan dengan langkah-langkah terbaik seterusnya, peringatan yang boleh dilaksanakan dan cadangan untuk mempercepatkan dan menutup lebih banyak jualan. Viva Sales menggunakan Context IQ, yang diumumkan pada musim luruh yang lepas, untuk memastikan kandungan yang berkaitan dihubungkan ke seluruh aplikasi dan perkhidmatan Microsoft — seperti Dynamics 365 dan Microsoft 365 — membolehkan penjual menjimatkan masa dan kekal dalam aliran kerja mereka.

Dengan Viva Sales, kami mencipta kategori aplikasi baharu yang menangani pengalaman penjualan. Microsoft berada pada kedudukan yang unik untuk menawarkan jenis penggunaan ini dalam aplikasi produktiviti dan kerjasama yang sudah digunakan oleh para pekerja. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Blog Rasmi Microsoft dan blog Microsoft Dynamics 365

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) membolehkan transformasi digital menuju era awan pintar dan pinggir pintar. Misi syarikat tersebut adalah untuk memperkasakan setiap individu dan setiap organisasi di dunia untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1702517/Microsoft_Company_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT NEO:MSFT
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services