omniture

Institut Aritmia Jantung Texas di Pusat Perubatan St. David menganjurkan persidangan antarabangsa tentang aritmia jantung yang kompleks

Texas Cardiac Arrhythmia Institute at St. David’s Medical Center
2022-06-16 19:50 175

AUSTIN, Texas, 16 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada tanggal 2 dan 3 Jun 2022, Institut Aritmia Jantung Texas (TCAI) di Pusat Perubatan St. David telah menganjurkan simposium antarabangsa yang keenam tentang aritmia kompleks, iaitu EPLive 2022. Acara pada tahun ini menyaksikan pendaftaran peserta seramai lebih 1,250 orang, bilangan yang mencatatkan rekod dengan lebih 150 peserta hadir secara bersemuka. Terdapat para peserta dari seluruh dunia termasuk Singapura, Thailand, Tunisia, Jerman, Korea dan Greece. 

Para peserta ini merangkumi ahli elektrofisiologi jantung klinikal, felo elektrofisiologi dan ahli kardiologi am yang berminat untuk merawat aritmia jantung yang kompleks—suatu keadaan di mana jantung berdenyut dengan irama yang tidak teratur atau abnormal. Alat pengajaran utama merupakan kes langsung yang disiarkan dari Pusat Elektrofisiologi baharu yang canggih di Pusat Perubatan St. David, dengan ulasan pakar.

Kes langsung yang dijalankan semasa EPLive 2022 menampilkan teknologi baharu yang dipelopori oleh pakar perubatan di TCAI, termasuk elektroporasi tanpa pembalikan, yang membantu pesakit aritmia jantung dengan menggunakan medan elektrik terkawal untuk mencipta parut kecil dalam jantung bagi menyekat isyarat elektrik yang tidak teratur dan seterusnya berpotensi mengurangkan risiko kerosakan pada vena, arteri atau saraf pesakit.

"Daripada teknologi canggih yang dilancarkan hingga bilangan pendaftaran kami yang mencatat rekod, ini benar-benar merupakan EPLive yang paling bersejarah bagi kami setakat ini," ujar Andrea Natale, M.D., F.H.R.S. , F.A.C.C., F.E.S.C., ahli elektrofisiologi jantung yang juga merupakan Pengarah Perubatan Eksekutif TCAI dan Pengarah kursus EPLive. "EPLive memainkan peranan utama dalam memperluas skop pilihan rawatan elektrofisiologi yang kami harapkan dapat memberi kesan positif kepada kehidupan pesakit di seluruh dunia."

EPLive menampilkan empat sesi yang terdiri daripada gabungan kes langsung dan kes yang dirakam dari TCAI serta beberapa pusat jantung utama dunia: Pusat Aritmia Yayasan CardioInfantil (Colombia), Pusat Kardiovaskular Brussels, Klinik Cleveland, Institut Irama Jantung Kansas City, Hospital Dada dan Jantung Liverpool (United Kingdom), Hospital Besar Massachusetts, Hospital Methodist (Houston, Texas), Hospital Montefiore (New York), Pusat Jantung Monzino (Itali), Hospital Mt. Sinai (New York), Pacific Heart (California), Pusat Perubatan Universiti Arkansas, UCLA, Universiti Perubatan Chicago, Sekolah Perubatan Universiti Colorado, Universiti Hospital Brussels, Universiti Pennsylvania, Pusat Perubatan Universiti Texas Barat Daya, Universiti Vanderbilt, Pusat Perubatan Serantau Westside (Florida) dan Universiti Yeditepe (Turki).

Selain demonstrasi yang ditunjukkan oleh Dr. Natale, EPLive turut menampilkan pembentangan daripada beberapa orang pakar perubatan TCAI, termasuk pengarah kursus bersama, Amin Al-Ahmad, M.D., serta Shane Bailey, M.D.; Mohamed Bassiouny, M.D.; David Burkhardt, M.D.; David Burkland, M.D.; Robert Canby, M.D.; Paul Coffeen, M.D.; Joseph Gallinghouse, M.D.; Brian Greet, M.D.; Eric M. Hoenicke, M.D.; Rodney Horton, M.D.; Patrick Hranitzky, M.D.; David Kessler, M.D.; Javier Sanchez, M.D.; Kamala Tamirisa, M.D.; Senthil Thambidorai, M.D.; David Tschopp, M.D.; dan Jason Zagrodsky, M.D.

Pakar perubatan menerima maksimum 14 jam Physician's Recognition Award (PRA) Category 1 Credit™ daripada Persatuan Perubatan Amerika (AMA) di persidangan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati EP-Live.com.

Hubungan Media:
Matt Grilli atau Kat Griffith, ECP
MGrilli@EChristianPR.com atau KGriffith@EChristianPR.com
630.800.9533 atau telefon bimbit 512.797.4002

 

Source: Texas Cardiac Arrhythmia Institute at St. David’s Medical Center
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Trade show news