omniture

SAUDIA Mengumumkan Pelan Operasi untuk Musim Haji 2022

SAUDIA Group
2022-06-16 23:49 196

JEDDAH, Arab Saudi, 16 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Saudi Arabian Airlines (SAUDIA), syarikat penerbangan negara Arab Saudi, telah mengumumkan rancangan operasinya bagi mengangkut para jemaah haji ke Arab Saudi untuk musim haji yang akan datang pada tahun ini.

 

SAUDIA unveils operational plans for 2022 Hajj season
SAUDIA unveils operational plans for 2022 Hajj season

 

Para jemaah haji yang datang melawat Arab Saudi sedia untuk berlepas dari seluruh dunia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah atau Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdul Aziz di Madinah. Dari sana, para tetamu akan memulakan perjalanan keimanan dan kesyukuran ke kota suci Mekah. Setelah menziarahi Masjid Nabawi di Madinah, mereka akan diterbangkan pulang ke negara asal selepas berjaya melengkapkan ibadah haji.

SAUDIA sudah bersedia untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada para jemaah haji di setiap titik sentuhan di sepanjang perjalanan mereka di samping keprihatinan untuk menyediakan penerbangan dan kapasiti tempat duduk bagi memenuhi permintaan para tetamu.

Tuan Yang Terutama Engr. Ibrahim Al-Omar, Ketua Pengarah Kumpulan Saudia, menegaskan yang syarikat penerbangan rasmi nasional telah melengkapkan segala persiapan untuk mula mengangkut para jemaah haji. Pelan tersebut adalah berdasarkan arahan Jawatankuasa Tertinggi Haji yang diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Putera Muda Abdulaziz bin Saud bin Nayef bin Abdulaziz , Menteri Dalam Negeri, dan Jawatankuasa Haji Pusat, yang diketuai oleh Yang Teramat Mulia Putera Muda Khalid Al-Faisal bin Abdulaziz , Penasihat kepada Penjaga Dua Masjidil Haram dan Gabenor Wilayah Mekah , dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah dan Program Pengalaman Jemaah Visi 2030.

Sejak penubuhannya, SAUDIA terus menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia yang komprehensif kepada para jemaah haji di sepanjang perjalanan mereka ke Tanah Suci Mekah dan Madinah , sambil memastikan kepulangan para tetamu ke negara asal mereka dengan selamat.

SAUDIA telah mendedikasikan sejumlah 14 buah pesawat untuk para jemaah haji, yang dijangka akan melakukan 268 penerbangan antarabangsa dari dan ke 15 stesen di seluruh dunia, serta 32 penerbangan domestik dari dan ke enam buah stesen.

Secara keseluruhan , syarikat penerbangan tersebut akan bertanggungjawab menyediakan 107,000 tempat duduk antarabangsa dan 12,800 tempat duduk domestik semasa Musim Haji.

Syarikat penerbangan tersebut menyediakan bahagian perniagaan khusus untuk Haji dan Umrah yang bertanggungjawab bagi menilai dan memilih pasaran dengan permintaan tertinggi untuk pengembara haji serta memeterai perjanjian dengan agensi rasmi di negara-negara tersebut. Di samping itu, SAUDIA turut menjalankan penerbangan tambahan tetap ke dan dari destinasi ini, yang berjumlah melebihi 100 penerbangan domestik dan antarabangsa.

Jemaah haji akan menikmati pelbagai faedah semasa penerbangan, termasuk mendengar panggilan Haji, serta notis setengah jam sebelum penerbangan sampai ke Miqat (sempadan bagi jemaah Islam untuk berniat melaksanakan ibadah haji  atau Umrah). Para tetamu turut boleh menikmati kandungan hiburan dalam penerbangan termasuk dokumentari bermaklumat tentang Haji dan Umrah melalui saluran khusus, dengan kandungan audio selama 162 minit, grafik gerakan selama 70 minit, pengaturcaraan maklumat selama 210 minit, serta kandungan doa dan bimbingan selama 210 minit dalam kedua-duanya, iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Penerbangan tersebut akan turut memaparkan kandungan untuk menyediakan para jemaah dengan ibadat haji mereka di kedua-dua skrin utama dan atas.

Melalui pelan strategiknya, SAUDIA menyasarkan untuk menerbangkan lebih ramai jemaah dari lokasi yang menyaksikan peningkatan permintaan untuk perjalanan Haji dan Umrah .

Syarikat penerbangan tersebut berhasrat mengekalkan rekod keselamatan 100 peratusnya sambil menyediakan segala keselesaan kepada para jemaah haji bagi memastikan pengalaman yang selamat serta tidak dapat mereka lupakan. Untuk tujuan ini, SAUDIA telah menggerakkan pasukan khusus yang bekerja sepanjang masa bagi memastikan perkhidmatan yang lancar dalam setiap detik perjalanan. Syarikat penerbangan itu turut berkoordinasi dengan Kementerian Haji dan Umrah , Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam, dan semua pihak kerajaan lain yang beroperasi di lapangan terbang, serta pihak lain yang terlibat dalam penyampaian perkhidmatan haji termasuk persatuan haji, Persatuan Automotif, dan penganjur perjalanan di Arab Saudi dan seterusnya.

Perkhidmatan tambahan SAUDIA termasuk penyusunan semula kru penerbangan dan pegawai darat yang bertutur dalam bahasa jemaah haji, pemindahan bekas air zam-zam ke negara asal jemaah haji, serta menyediakan penerbangan tambahan kepada mereka yang ingin melawat Madinah . Syarikat penerbangan itu turut memastikan yang terdapat tenaga kerja dan peralatan darat yang mencukupi bagi memenuhi jumlah operasi yang dijangkakan.

Bagi tujuan menyelaraskan operasi dan mengurangkan tekanan di lapangan terbang, SAUDIA akan mengangkut bagasi jemaah haji ke tempat kediaman mereka di Mekah atau Madinah , dan kemudian kembali ke kawasan pemprosesan bagasi di lapangan terbang berlepas . Syarikat penerbangan itu turut akan mengadakan kempen kesedaran bagi membiasakan para jemaah haji dengan peraturan dan peraturan pengendalian bagasi serta prosedur berkaitan bagi memastikan kelancaran pemprosesan barang mereka.

Tentang Saudi Arabian Airlines (SAUDIA):

Saudi Arabian Airlines (SAUDIA) adalah syarikat penerbangan rasmi  Kerajaan Arab Saudi.

Ditubuhkan pada tahun 1945, syarikat tersebut  merupakan salah satu syarikat penerbangan terbesar di Timur Tengah.

SAUDIA adalah ahli Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Pertubuhan Pengangkutan Udara Arab (AACO) serta ahli syarikat penerbangan dalam perikatan SkyTeam sejak 2012.

Paling terkini, organisasi tersebut telah menerima gelaran berprestij Kelas Dunia oleh Persatuan Pengalaman Penumpang Syarikat Penerbangan (APEX) dan mengekalkan kedudukannya sebagai Syarikat Penerbangan Utama Global Lima Bintang. Syarikat penerbangan itu turut dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Paling Meningkat di Dunia pada 2021 oleh Skytrax . SAUDIA turut pernah menerima anugerah tersebut pada 2017.

Bagi maklumat lanjut berhubung Saudi Arabian Airlines, sila layari www.saudia.com

Source: SAUDIA Group
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Religion