![]() |
Dengan TAS, para pembangun boleh mempercepat ujian mereka dan mencapai masa yang lebih pantas ke pasaran
SAN FRANCISCO, 17 Jun 2022 /PRNewswire/ -- LambdaTest, sebuah platform awan ujian kualiti berterusan yang terkemuka, baru-baru ini telah melancarkan Test-at-Scale (TAS) atau Ujian pada Skala Besar iaitu sebuah platform kebolehcerapan dan kecerdasan ujian bagi membantu pasukan pembangunan dengan ujian perisian awal.
Perniagaan pada hari ini amat bergantung pada ujian automasi untuk mempercepat kitaran pembangunan mereka, namun para pembangun masih perlu menunggu masa yang lama untuk mendapat maklum balas kerana terdapat banyak ujian yang tidak perlu telah dijalankan yang menyebabkan kelewatan, produktiviti yang rendah, kurang kejelasan dan kitaran pelepasan yang lebih perlahan.
TAS menyelesaikan masalah yang berakar umbi ini dengan penyelesaian tiga serampangnya–Pilihan Ujian Pintar, Pengurusan Ujian dengan Hasil yang Tidak Konsisten dan Analisis Mendalam.
Pilihan Ujian Pintar mentafsir dengan pintar dan hanya menjalankan subset ujian berkaitan yang terkesan oleh kemas kini atau perubahan kod, yang seterusnya membantu pasukan mengurangkan masa ujian sebanyak 95%. Pengurusan ujian dengan hasil yang tidak konsisten membantu para pengguna mencari, menanda, mengkuarantin dan mengurus ujian dengan hasil yang tidak konsisten.
Selain itu, pasukan pembangunan dan pembuat keputusan boleh mendapatkan kebolehlihatan dengan mudah ke dalam KPI seperti Masa Min Pembaikan (MTTR), Masa Min Antara Kegagalan (MTBF), kadar hasil ujian yang tidak konsisten dan ujian yang kerap gagal serta banyak lagi bagi membantu membuat keputusan yang lebih baik.
Pada masa ini, TAS menyokong Mocha, Jest dan Jasmine untuk menguji pangkalan kod JavaScript dan merancang untuk memperluas sokongan produk kepada Java, Python dan Golang dalam masa terdekat.
"Dalam dunia pembangunan perisian yang mencabar pada masa kini, ujian merupakan tanggungjawab semua orang. Pembangun, jaminan mutu dan pembuat keputusan perlu bekerjasama untuk memastikan produk yang sempurna. Ujian perisian awal merupakan keperluan pada masa ini dan TAS akan membantu perniagaan dalam hal tersebut," ujar Asad Khan, Ketua Pegawai Eksekutif LambdaTest. "TAS sehingga kini masih dalam peringkat beta, namun kami yakin bahawa sudah tiba masanya kini untuk dunia mendapatkan TAS. Pasukan pembangunan boleh menyepadukan TAS ke dalam saluran CI/CD sedia ada dengan mudah dan hasilnya akan dapat dilihat dengan serta-merta. TAS ialah sumber terbuka dan kami mengalu-alukan sumbangan daripada komuniti untuk membantu para pembangun memanfaatkan platform ini mencapai potensinya yang terbaik."
LambdaTest baru-baru ini telah memperoleh $45 juta dalam pusingan modal teroka yang diketuai oleh Premji Invest dengan penyertaan daripada para pelabur sedia ada. Syarikat ini turut melancarkan HyperExecute, sebuah platform pengorkestraan ujian pintar generasi seterusnya yang membantu para penguji dan pembangun menjalankan ujian automasi serba lengkap pada kelajuan yang terpantas.
Platform LambdaTest digunakan oleh lebih satu juta pembangun dan penguji di seluruh dunia. Syarikat ini telah menjalankan lebih 100 juta ujian sejak penubuhannya dan telah mengembangkan perniagaannya sebanyak 300% pada tahun lepas. Dengan memanfaatkan tawaran daripada syarikat ini, para pelanggannya dapat mencapai masa ke pasaran yang 95% lebih pantas, meningkatkan produktiviti keluaran mereka sebanyak 62% dan mengenal pasti 67% isu sebelum sesuatu pelancaran.
Tentang LambdaTest
LambdaTest ialah sebuah platform awan ujian kualiti berterusan yang membantu pembangun dan penguji menghantar kod dengan lebih pantas. Lebih 7,000 pelanggan serta satu juta pengguna di 130 buah negara bergantung pada LambdaTest untuk keperluan ujian mereka. Platform LambdaTest menyediakan pengorkestraan ujian yang selamat, boleh ditingkatkan dan berwawasan untuk para pelanggan pada peringkat berbeza dalam kitaran hayat Operasi Pembangunan (CI/CD) mereka:-
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg?p=medium600