Mackie Memberi Tumpuan Kepada Peluasan Jangkauan Tishman Speyer di luar China dan India
NEW YORK, 17 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Ketua Pegawai Eksekutif Tishman Speyer, Rob Speyer , hari ini mengumumkan pelantikan veteran industri, Graham Mackie , untuk memimpin strategi pengembangan firma tersebut di seluruh rantau Asia Pasifik. Sebagai Pengarah Urusan yang berpangkalan di Singapura, Mackie akan memberi tumpuan kepada peluang pengambilalihan dan pembangunan perniagaan di luar China dan India.
"Kami gembira mengalu-alukan kedatangan Graham untuk membantu memacu pengembangan kami ke pasaran bandar di rantau Asia Pasifik yang paling dinamik selain China dan India," kata Rob Speyer. "Sepanjang beberapa tahun lalu, Graham telah membina hubungan yang kukuh dan rekod prestasi pelaburan yang berjaya dalam pelbagai kelas aset di bandar-bandar seperti Singapura, Tokyo dan Sydney."
"Saya teruja untuk menyertai Tishman Speyer, salah sebuah syarikat pemaju antarabangsa yang paling diiktiraf dan berprestij di dunia," kata Graham Mackie. "Tishman Speyer telah memperoleh reputasi yang cemerlang di China dan India dengan portfolio yang berfokuskan inovasi dan pembangunan guna campur. Saya berharap dapat mengukuhkan lagi asas tersebut apabila kami berkembang ke pasaran tambahan di Asia."
Mackie menyertai Tishman Speyer dengan pengalaman selama hampir dua dekad dalam pelaburan hartanah, kewangan, pengurusan dana dan pembangunan dengan tumpuan khusus kepada rantau Asia Pasifik. Mackie menghabiskan masa selama 14 tahun yang lalu berkhidmat di UBS Asset Management, dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Hartanah Asia Pasifik. Dalam tempoh perkhidmatan tersebut, beliau telah menguruskan lebih $18 bilion aset hartanah di seluruh Jepun, Australia dan Singapura.
Mackie memulakan kerjayanya di AXA Real Estate Investment Managers. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti St. Andrew di United Kingdom dan Diploma Perdagangan dari Ecole Superieure du Commerce, Amiens di Perancis.
Tishman Speyer telah bergiat aktif di China selama lebih satu dekad. Portfolio projek pembangunan dan aset sedia ada syarikat ini merangkumi keluasan 19.4 juta kaki persegi. Projek pembangunan yang utama termasuk The Springs di Shanghai yang akan menampilkan pejabat, kediaman, hotel, restoran, pusat peruncitan, tapak hiburan dan kebudayaan yang berkeluasan 10 juta kaki persegi, serta Chang'an Mills, sebuah kilang pembuatan di Beijing yang telah diubah menjadi kompleks peruncitan dan pejabat guna campur yang meriah, yang menjadi latar belakang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.
Tishman Speyer telah membangunkan projek guna campur berkeluasan 5.2 juta kaki persegi di India sejak tahun 2006 termasuk WaveRock, sebuah kompleks pejabat lestari berkeluasan 2.5 juta kaki persegi di Hyderabad.
Firma tersebut turut menubuhkan pejabat serantau di Seoul dan Tokyo baru-baru ini.
Tentang Tishman Speyer (tishmanspeyer.com)
Tishman Speyer ialah pemilik, pemaju, pengendali dan pengurus pelaburan hartanah peringkat atasan yang terkemuka di 32 buah pasaran utama di seluruh Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Amerika Latin. Kami membangun, membina dan mengurus ruang pejabat, kediaman, perindustrian dan peruncitan utama untuk para pelanggan yang terkemuka dalam industri, serta pusat sains hayat paling canggih melalui usaha sama Hartanah Rintis kami. Dengan visi global, kepakaran bidang dan pendekatan yang diperibadikan, kami tidak dapat ditandingi dari segi keupayaan kami untuk menggalakkan inovasi, menyesuaikan diri dengan cepat terhadap trend tempatan dan global serta meramalkan perkembangan keperluan pelanggan kami secara proaktif. Dengan memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan, inisiatif penempatan yang meriah dan berfokuskan pelanggan seperti platform kemudahan penyewa kami, ZO., serta ruang yang fleksibel dan jenama bersama kami, Studio, kami bukan hanya memenuhi keperluan bangunan fizikal kami, malah keperluan para penghuninya setiap hari. Sejak penubuhan kami pada tahun 1978, Tishman Speyer telah mengambil alih, membangun dan mengendalikan 505 hartanah berjumlah 218 juta kaki persegi dengan nilai gabungan melebihi $124 bilion (A.S.). Portfolio semasa kami merangkumi aset ikonik seperti Rockefeller Center di Bandar Raya New York, The Springs di Shanghai, TaunusTurm di Frankfurt dan kejiranan Mission Rock yang kini sedang direalisasikan di San Francisco.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1841052/Graham_Mackie.jpg?p=medium600