omniture

Rio South Texas: Berada di Tengah-tengah Rantaian Bekalan Amerika Utara

Council for South Texas Economic Progress
2022-06-17 19:05 86

MISSION, Texas, 17 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Amerika Utara mewakili kira-kira 25% daripada pasaran pengguna global manakala koridor Interstate 69 yang membahagikan Amerika Syarikat kepada utara dan selatan serta menghubungkannya dengan Kanada dan Mexico, merupakan salah satu jaringan rantaian bekalan utamanya. Kebanyakan hab perindustrian terbesar di Amerika Utara berada di sepanjang laluan ini dan lintasan antarabangsa utama menjadi nadi kepada jaringan rantaian bekalan Amerika Utara ini. Baru-baru ini COSTEP telah menganalisis bilangan lintasan trak di sempadan A.S.-Kanada dan A.S.-Mexico bagi tahun 2019, 2020 dan 2021. Pintu masuk A.S.-Kanada bagi koridor I-69 yang telah dianalisis merangkumi Detroit dan Port Huron di Michigan, serta Buffalo-Niagara Falls di New York. Pintu masuk A.S.-Kanada bagi koridor I-69 ialah Laredo, Hidalgo/Pharr, Brownsville, Progreso, Rio Grande City dan Roma, semuanya terletak di wilayah Rio South Texas.

Pada tahun 2019, wilayah negeri Michigan/New York menyaksikan 3,254,623 lintasan trak masuk, manakala wilayah Rio South Texas menyaksikan 3,412,118 lintasan, menjadikan kedua-dua wilayah ini sebagai wilayah perdagangan bawaan trak antarabangsa yang paling sibuk di sempadan masing-masing. Perbezaannya adalah kecil yang hanya melibatkan 157,485 buah trak atau 4.8%. Pada tahun 2020, penularan pandemik memberi kesan yang negatif kepada perdagangan tetapi pada tahap yang berbeza-beza. Bagi negeri Michigan/New York, lintasan trak tahun 2020 telah menurun dengan ketara kepada 2,917,738. Lintasan trak wilayah Rio South Texas pada tahun 2020 pula berjumlah 3,387,816, menunjukkan bahawa penurunannya tidak begitu teruk dan perbezaan antara kedua-dua wilayah ini meningkat kepada 470,078 buah trak atau 16.1% yang memberi kelebihan kepada Rio South Texas. Ketika ekonomi Amerika Utara kembali pulih pada tahun 2021, kedua-dua wilayah ini menyaksikan peningkatan semula aktiviti, dengan negeri Michigan/New York menyaksikan 3,147,251 lintasan trak manakala bilangan bagi Rio South Texas meningkat kepada 3,739,519. Walau bagaimanapun, bilangan ini juga mencerminkan jurang yang semakin meningkat kepada 592,268 trak atau 18.8%, yang memihak kepada Rio South Texas.

Dengan membandingkan bilangan bagi tahun 2021 dengan tahun 2019, ia menunjukkan bahawa pada tahun 2021, negeri Michigan/New York masih kekurangan 107,372 buah trak atau -3.3% berbanding tahun 2019. Sebaliknya, pada tahun 2021, bilangan bagi wilayah Rio South Texas telah meningkat kepada 327,401 buah trak atau 9.6%, melebihi angka tahun 2019, sekali gus meletakkan wilayah Rio South Texas sebagai Pusat rantaian bekalan Amerika Utara.

Jika anda ingin mengeluarkan barangan di Amerika Utara untuk pasaran Amerika Utara, lihat apa yang ditawarkan oleh Rio South Texas. Pasukan kami di COSTEP berbesar hati untuk membantu anda, jadi sila lawati kami di www.costep.org atau ikuti kami di @COSTEP untuk mengetahui lebih lanjut.

Sila hubungi: Matt Ruszczak, info@costep.org

Source: Council for South Texas Economic Progress
Keywords: Computer/Electronics Transportation Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research