omniture

SHUTTERSTOCK STUDIOS MENGUMUMKAN PENGEMBANGANNYA KEPADA PEMBUATAN FILEM DOKUMENTARI BENTUK PANJANG DAN PENDEK

Shutterstock, Inc.
2022-06-17 21:53 852

Penyelesaian penciptaan dan produksi kandungan yang serba lengkap kini menghasilkan kandungan asal untuk pelanggan hiburan pengguna, termasuk siri dokumentari yang mengikuti legenda perlumbaan, Jimmie Johnson dan sebuah dokumentari yang menampilkan jurugambar selebriti terkenal, Miles "Diggzy" Diggs 

NEW YORK, 17 Jun 2022 /PRNewswire/ --Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), sebuah platform kreatif global terkemuka untuk jenama transformasi dan syarikat media, hari ini mengumumkan bahawa Shutterstock Studios, kumpulan kreatif dan pengeluaran syarikat, memperluas penawarannya untuk memasukkan filem dan siri dokumentari asal.

"Sejak penubuhan Shutterstock Studios pada bulan November 2020, pasukan ini telah berkembang dengan pantas sebagai pemain utama dalam industri dan sebagai penyelesaian kandungan kreatif utama yang serba lengkap yang bekerjasama dengan beberapa jenama dan syarikat terbesar di dunia seperti Amazon, ITV, BBC dan Microsoft," kata Jamie Elden, Ketua Pegawai Hasil di Shutterstock. "Ini merupakan masa yang menarik untuk bahagian Studios kami ketika kami mengembangkan produksi kandungan kami ke dalam bentuk penceritaan yang lebih panjang yang selaras dengan trend industri dan permintaan yang kami lihat untuk kandungan ini di seluruh dunia. Apa yang unik untuk Shutterstock Studios ialah kandungan kami dikuasakan oleh salah sebuah koleksi arkib terbesar di dunia, termasuk akses eksklusif kepada Condé Nast Collection, A+E Networks Archive, LIFE Collection dan banyak lagi, bagi membolehkan para pengeluar mencipta kandungan menarik untuk semua platform dan medium produksi." 

Diketuai oleh Aiden Darné, Naib Presiden merangkap Ketua Global Shutterstock Studios - dahulunya beliau merupakan seorang eksekutif di VICE Media - salah satu projek pertama ialah satu siri dokumentari yang menampilkan Jimmie Johnson, juara tujuh kali NASCAR dan pemandu perlumbaan profesional Amerika. Siri dokumentari ini telah dihasilkan melalui kerjasama dengan Carvana, sebuah syarikat Fortune 500 yang memupuk pengalaman pembelian, jualan dan pembiayaan kereta dalam talian yang intuitif dan mudah.

Siri lapan bahagian ini, bertajuk "Reinventing The Wheel," memberikan penonton global suatu akses penuh, kisah di belakang tabir Jimmie Johnson ketika beliau menyertai perlumbaan kereta INDYCAR musim keduanya selepas kerjaya yang luar biasa dalam perlumbaan NASCAR.

"Para peminat perlumbaan tahu keterujaan untuk menonton perlumbaan secara langsung daripada tempat duduk di litar dan ia merupakan sesuatu yang hebat untuk membawa suasana yang amat hebat ini kepada para penonton di seluruh dunia," kata Darné. "Kami sangat teruja kerana kemasukan pertama kami ke dalam dunia penceritaan dokumentari yang mempunyai permintaan yang tinggi ini adalah melalui kerjasama dengan Carvana. Adalah sangat menakjubkan untuk merakam detik-detik indah dalam perjalanan kerjaya Jimmie Johnson – salah seorang pemandu kereta lumba terbaik sepanjang zaman."

"Kami terus diilhamkan daripada komitmen Jimmie kerana beliau telah merintis laluan baharu ini dalam kerjaya perlumbaan beliau," kata Ketua Pegawai Jenama merangkap Pengasas Bersama Carvana, Ryan Keeton. "Pasukan kami teruja untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berbakat sebegitu dalam siri dokumentari Reinventing the Wheel untuk membawa akses yang unik dan eksklusif ketika Jimmie menghadapi fasa seterusnya yang menarik ini. Carvana sentiasa tersedia untuk mencabar status quo dan kami melihat dorongan dan semangat yang sama dalam diri Jimmie."

Untuk menonton keseluruhan siri dokumentari tersebut, sila layari carvana.com/racing.

"Reinventing The Wheel" merupakan salah satu daripada beberapa rancangan yang sedang dalam pembikinan oleh Shutterstock Studios pada masa ini. Rancangan kedua, bertajuk, "The Money Shot" mengikuti jurugambar selebriti Miles Diggs, yang lebih dikenali sebagai Diggzy – lelaki di sebalik imej terkenal seperti gambar-gambar kehamilan Rihanna. Dokumentari panjang ini akan memberikan pandangan yang mendalam tentang peningkatan kemasyhuran dan budaya selebriti di Amerika dari sudut pandang Diggzy yang unik serta suara-suara mereka yang lebih mengenalinya – para selebriti.

"Reinventing the Wheel" dan "The Money Shot" bakal disiarkan di TV dan perkhidmatan penstriman tidak lama lagi. Shutterstock Studios mempunyai pelbagai rancangan lain dalam pelbagai peringkat pembangunan dan pengeluaran yang akan membawa penonton ke seluruh dunia melalui lensa unik Shutterstock, termasuk dokumentari arkib bertajuk "Behind The Lens," yang menampilkan Diana, Puteri Wales dan para selebriti lain mengikut perspektif jurugambar yang mengenali mereka dengan lebih baik, serta "History of Boy Bands" - suatu gambaran unik untuk melihat ke dalam tahun 90-an melalui peningkatan dan kejatuhan kumpulan muzik terbesar di dunia.

Tentang Shutterstock Studios

Selama 20 tahun, Shutterstock telah menyumbang filem, dokumentari dan semua bentuk penceritaan dengan koleksi simpanannya yang pelbagai. Kini melalui Studios, sebuah anak syarikat milik Shutterstock yang telah meletakkan kisah-kisah yang tersendiri dan memanfaatkan kepakaran unik para profesional produksi dan kreatif serta menyimpan koleksi lebih 60 juta aset merentasi foto dan video, meliputi kisah kerabat diraja, filem, muzik, sukan, perang, politik dan selebriti.

Shutterstock Studios mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kandungan berjenama dan komersial serta dokumentari dan filem bukan fiksyen. Studios telah muncul dengan pantas sebagai rakan kreatif terbaik untuk jenama di seluruh dunia menggunakan produksi secara fizikal dan maya untuk mencipta kandungan yang bertenaga. Dengan pengambilalihan TurboSquid, pasaran 3D terbesar di dunia, Shutterstock Studios kini menawarkan perkhidmatan Web3 serta animasi 2D dan 3D.

Tentang Shutterstock, Inc. 

Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) merupakan salah sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformatif. Secara terus dan melalui anak syarikat kumpulannya, koleksi komprehensif Shutterstock termasuk gambar berlesen berkualiti tinggi, vektor, ilustrasi, model 3D, video dan muzik. Dengan komuniti yang semakin meningkat yang terdiri daripada lebih 2 juta penyumbang, Shutterstock menambah ratusan ribu imej setiap minggu. Pada masa ini, ia mempunyai lebih 405 juta imej dan lebih 25 juta klip video yang tersedia.

Beribu pejabat di Bandar Raya New York, Shutterstock mempunyai pejabat di seluruh dunia dan pelanggan di lebih 150 buah negara. Syarikat ini juga memiliki Splash News, sebuah agensi berita hiburan terkemuka di dunia untuk bilik berita dan syarikat media di seluruh dunia, Pond5, sebuah pasaran video terbesar di dunia, TurboSquid, sebuah pasaran kandungan 3D; PicMonkey, sebuah platform penyuntingan imej dan reka bentuk grafik dalam talian yang terkemuka; Offset, sebuahkoleksi imej mewah; Shutterstock Studios, sebuah kedai kreatif tersuai serba lengkap; PremiumBeat, sebuah koleksi muzik tanpa royalti yang telah dipilih susun; Shutterstock Editorial, sebuah sumber utama bagi imej dan video editorial untuk media di seluruh dunia; Amper Music, sebuah platform muzik yang dipacu Kecerdasan Buatan; dan Bigstock, sebuah penawaran media bekalan berorientasikan nilai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shutterstock.com dan ikuti Shutterstock di Twitter dan Facebook.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/shutterstock_Logo.jpg?p=medium600

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Sports