omniture

MELANGKAUI DIMENSI DENGAN PENGALAMAN GALERI 3D SHUTTERSTOCK YANG DIKUASAKAN OLEH TURBOSQUID DI CANNES LIONS

Shutterstock, Inc.
2022-06-17 21:59 861

Termasuk Pemasangan Pintu Masuk Animasi 3D Interaktif, Studio Potret Eksklusif dan Pameran Pasaran 3D

NEW YORK, 17 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), salah sebuah platform kreatif global terkemuka untuk jenama transformasi dan syarikat media, hari ini mengumumkan bahawa ia akan membawakan pengalaman berbilang dimensi yang mengasyikkan ke festival Cannes Lions tahun ini. Sebagai sebuah pasaran 3D terbesar di dunia, Shutterstock yang dikuasakan oleh TurboSquid sedang menyusun suatu pengalaman yang hebat dan futuristik yang menampilkan elemen AR, VR dan 3D yang akan menyerlahkan koleksi dan keupayaannya yang mengagumkan. Pengalaman ini akan berlangsung sepanjang festival dari hari Isnin, 20 Jun hingga Jumaat, 24 Jun di Croisette Corner Square Reynaldo Hahn, Boulevard de La Croisette.

Di ruangan tersebut, para tetamu akan memasuki pengalaman dimensi baharu melalui pemasangan pintu masuk animasi 3D. Sebaik sahaja berada di dalam, mereka akan mendapat peluang eksklusif untuk bergambar di studio potret yang dihoskan oleh jurugambar terkenal, David Fisher. Selain itu, para tetamu akan dapat berinteraksi dengan bahan pameran AR yang dinamik dan menghidupkan imej menggunakan telefon pintar mereka untuk membuka kesan 3D tersuai serta sampel pasaran 3D Shutterstock melalui pameran di lokasi yang berputar.

"Apabila memasuki era Metaverse, Shutterstock terus berkembang dan kekal berada di barisan hadapan dalam inovasi kreatif dan kami teruja dengan kehadiran kami yang kukuh dan mempamerkan keupayaan 3D kami yang tiada tandingan di Cannes Lions, sebuah festival yang menekankan nilai kreativiti," kata Jamie Elden, Ketua Pegawai Hasil Shutterstock. "Transformasi Shutterstock sebagai destinasi premium untuk model 3D serta sebagai sebuah platform utama untuk bakat kreatif menjadi kenyataan dengan Pengalaman Galeri 3D kami yang bakal mengasyikkan para hadirin dalam dimensi dunia Shutterstock kami."

Shutterstock juga akan menganjurkan panel-panel berikut dalam ruangan:

  • Melangkaui Dimensi: Pengeluaran Maya dan Masa Depan 3D 
    • Mesej: Setiap syarikat pernah menjadi syarikat teknologi. Kini, syarikat-syarikat di seluruh industri - daripada automotif hingga hiburan - akan menjadi syarikat 3D. Bagaimanakah para pengiklan dan bakat kreatif menggunakan teknologi 3D pada hari ini? Dan bagaimanakah boleh mereka menyediakan hasil kerja mereka dan memenuhi keperluan pelanggan untuk Metaverse dan masa depan 3D?
    • Ahli Panel: Aiden Darné (Naib Presiden, Ketua Pengeluaran Global Shutterstock Studios), Dade Orgeron (Naib Presiden Inovasi 3D, Shutterstock/TurboSquid) + Para Penceramah yang akan diberitahu kemudian
  • Mengatasi Batasan: Memastikan Kepelbagaian dan Kesaksamaan dalam Metaverse 
    • Mesej: Media sosial telah membentuk semula kehidupan untuk orang ramai di seluruh dunia dan metaverse membawa langkah ini lebih jauh ke hadapan. Sertai kami untuk mengetahui cara menjadikan realiti ini lebih diwakili dalam dunia di sekeliling kita dan mengetahui bagaimana perubahan perlu bermula pada penciptaan metaverse.
    • Ahli Panel: Meghan Schoen (Ketua Pegawai Produk Shutterstock), Jason McClelland (Ketua Pegawai Pemasaran Shutterstock) + Para Penceramah yang akan diberitahu kemudian
  • Menentang Kesamaran: Menghapuskan Kemisterian Metaverse
    • Mesej: Senarai jargon perindustrian semakin bertambah hari demi hari. Belajar untuk menavigasi istilah dan teknologi serta membina jenama anda untuk mencapai kejayaan dalam Metaverse.
    • Ahli Panel: Dade Orgeron (Naib Presiden Inovasi 3D Shutterstock/TurboSquid), Paul Teall (Naib Presiden Strategi dan Operasi 3D Shutterstock/TurboSquid) + Para Penceramah yang akan diberitahu kemudian

"Dengan penggabungan dan pengambilalihan strategik Shutterstock yang terkini, ini merupakan masa yang tepat untuk berkongsi kisah kami di Cannes Lions 2022," tambah Jason McClelland, Ketua Pegawai Pemasaran dan Penjagaan Pelanggan Shutterstock. "Shutterstock kekal komited untuk memikirkan tentang masa depan pemasaran dan industri kreatif, dan kami tidak sabar untuk membincangkan topik-topik ini, tentang kedudukan Shutterstock pada masa yang menarik ini dan banyak lagi."

Selain itu, melalui Program Create Fund Artist Investment, Syarikat ini melancarkan Program Kepelbagaian dalam 3D Shutterstock yang menawarkan sejumlah $30,000 geran pengeluaran kepada tiga artis 3D daripada pelbagai latar belakang untuk membantu mempelbagaikan koleksi kandungan Shutterstock serta menyediakan sokongan profesional dan kewangan. Semua artis 3D yang terpilih untuk geran ini akan menerima 100% kadar royalti selama setahun, sokongan prapengeluaran dan pemasaran untuk hasil kerja mereka menggunakan platform Shutterstock, taklimat kandungan yang diperibadikan serta pengurus akaun yang dikhususkan.

Untuk maklumat lanjut tentang TurboSquid oleh Shutterstock, sila layari www.turbosquid.com.

Untuk membuat tempahan, sila hubungi Annelise Hackett di annelise.hackett@civic-us.com.

TENTANG SHUTTERSTOCK, INC.
Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), ialah salah sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformatif. Secara langsung dan melalui anak syarikat kumpulannya, koleksi komprehensif Shutterstock adalah termasuk gambar, vektor, ilustrasi, model 3D, video dan muzik berlesen yang berkualiti tinggi. Bekerjasama dengan komunitinya yang semakin berkembang melebihi 2 juta orang penyumbang, Shutterstock menambah ratusan ribu imej setiap minggu dan pada masa ini mempunyai lebih 405 juta imej dan lebih 25 juta klip video yang tersedia.

Beribu pejabat di Bandar Raya New York, Shutterstock mempunyai banyak pejabat di seluruh dunia serta pelanggan di lebih 150 buah negara. Syarikat ini juga memiliki Splash News, sebuah agensi berita hiburan terkemuka di dunia untuk bilik berita dan syarikat media di seluruh dunia, Pond5, sebuah pasaran video terbesar di dunia, TurboSquid, sebuah pasaran kandungan 3D sebuah pasaran kandungan 3D, PicMonkey, sebuah platform penyuntingan imej dan reka bentuk grafik dalam talian yang terkemuka; Offset, sebuah koleksi imej mewah; Shutterstock Studios, sebuah kedai kreatif tersuai serba lengkap; PremiumBeat, sebuah pustaka muzik tanpa royalti yang telah dipilih susun; Shutterstock Editorial, sebuah sumber utama bagi imej dan video editorial untuk media di seluruh dunia; Amper Music, sebuah platform muzik yang dipacu Kecerdasan Buatan; dan Bigstock, sebuah penawaran media bekalan berorientasikan nilai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shutterstock.com dan ikuti Shutterstock di Twitter dan Facebook.

TENTANG TURBOSQUID
Ditubuhkan pada tahun 2000, TurboSquid merupakan sumber utama dunia untuk model 3D bekalan. Para pelanggan mereka adalah termasuk lebih separuh daripada syarikat dalam senarai Fortune 100 serta pelbagai perindustrian termasuk filem dan televisyen, peruncitan, permainan, media berita, pengiklanan, seni bina dan pertahanan. Dikuasakan oleh komuniti yang terdiri daripada berjuta-juta artis yang bersemangat dari seluruh dunia, TurboSquid dikhususkan untuk menambah baik cara model 3D dibina, dibeli dan digunakan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/shutterstock_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Advertising Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Future Events