omniture

AG&P Pratham menang anugerah 'Syarikat Tenaga Terbaik Tahun Ini' India 2022 di 'The Economic Times Energy Leadership Awards'

AG&P
2022-06-20 11:53 97

NEW DELHI, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Salah sebuah syarikat tenaga swasta terbesar di India, AG&P City Gas, yang beroperasi di bawah jenama AG&P Pratham, telah dinobatkan sebagai 'Syarikat Tenaga Terbaik Tahun 2022' dalam kategori tenaga tidak boleh diperbaharui. The Economic Times Energy Leadership Awards mengiktiraf syarikat dan individu cemerlang yang menjadi contoh kecemerlangan kepemimpinan dan operasi dalam keseluruhan spektrum sektor tenaga. 

Joseph Sigelman and Abhilesh Gupta from AG&P receiving the Energy Company of the Year Award
Joseph Sigelman and Abhilesh Gupta from AG&P receiving the Energy Company of the Year Award

Panel juri diketuai oleh Encik Anil Razdan, mantan Setiausaha Kementerian Kuasa dan Setiausaha Tambahan Kementerian Petroleum dan Gas Asli, Kerajaan India termasuk Encik D K Sarraf, mantan Pengerusi Lembaga Kawal Selia Petroleum & Gas Asli (PNGRB) dan CMD, ONGC, Encik B Ashok, mantan Pengerusi Indian Oil, Encik Ashish Khanna, Presiden Tenaga Boleh Diperbaharui Tata Power, Encik Prachur Sah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Cairn Oil & Gas, Encik V R Sharma, Pengarah Urusan Jindal Steel & Power, Encik Partha S Bhattacharyya, mantan Pengerusi Coal India Ltd., Encik K.S. Popli, mantan Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Agensi Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui India (IREDA), Encik Tim Buckley, Pengarah Climate Energy Finance dan Encik Pranav R Mehta, Pengarah Global Solar Council dan Pengerusi NSEFI. 

Encik Abhilesh Gupta, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif AG&P Pratham berkata, "Kami amat berterima kasih kepada Encik Anil Razdan dan ahli juri yang dihormati atas pemberian anugerah dan penghormatan luar biasa ini kepada AG&P Pratham. Kami bersyukur kerana mendapat pengiktirafan atas kecemerlangan prestasi, budaya keselamatan dan pendekatan pelaksanaan inovatif kami yang membolehkan kami memenuhi keperluan pelbagai pusat permintaan secara serentak dan bukannya secara berturutan. Walaupun menghadapi kesukaran disebabkan oleh Covid, kami telah berjaya melancarkan kira-kira 170 buah stesen Gas Asli Mampat (CNG) dalam tempoh 8 bulan yang lalu dan membangunkan 2 buah stesen CNG setiap 3 hari.  Kami juga amat fokus kepada isi rumah dan berusaha keras untuk membawa gas asli yang bersih ke rumah para pelanggan kami pada kadar yang pantas."

Encik Joseph Sigelman, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif AG&P Group berkata, "AG&P Pratham mempelopori rangkaian gas asli yang bersih merentasi kawasan yang besar di Selatan dan Barat Laut India untuk kenderaan, rumah, perniagaan dan kilang. Kami membina sistem kami dengan penuh bangga dan selamat serta menghubungkan lebih ramai pelanggan setiap hari. Bagi pihak keseluruhan pasukan kami yang bekerja keras dan begitu setia, kami amat berbesar hati kerana Encik Anil Razdan dan barisan panel juri terhormat telah memilih untuk memberi pengiktirafan kepada AG&P Pratham dengan anugerah yang berprestij ini."

AG&P Pratham sedang membangunkan rangkaian CGD di 12 buah konsesi yang meliputi 28 daerah merentasi 8% daripada India dan kira-kira 80 juta penduduk di negeri Rajasthan, Andhra Pradesh, Tamil Nadu, Karnataka dan Kerala. Di dua belas buah konsesinya ini, AG&P Pratham bertanggungjawab membangun dan mengendalikan stesen Gas Asli Mampat (CNG) untuk kenderaan, menyediakan gas asli ke rumah melalui paip dan mengedar Gas Asli Cecair (LNG) kepada pelanggan industri dan komersial.

Baru-baru ini, pada 8Jun 2022, AG&P Group turut dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik APAC 2022 (kategori LNG) di 'Annual Awards of Excellence' (Anugerah Kecemerlangan Tahunan) Energy Council di Singapura.

Tentang AG&P City Gas: Beroperasi di bawah jenama AG&P Pratham, AG&P City Gas merupakan salah sebuah syarikat Pengedaran Gas Bandar (CGD) swasta yang terbesar di India. Syarikat tersebut sedang membangunkan rangkaian CGD merentasi 12 buah konsesi di negeri-negeri di India iaitu Rajasthan, Andhra Pradesh, Tamil Nadu, Karnataka dan Kerala.

Tentang AG&P Group: Atlantic Gulf & Pacific (AG&P) membangunkan kemudahan import dan pengegasan semula LNG serta rangkaian gas bandar hiliran. AG&P turut menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan pengurusan projek LNG serta infrastruktur lain. AG&P dimiliki sebahagiannya oleh Osaka Gas, JBIC (Japan Bank of International Cooperation) dan Asiya, sebuah dana Kuwait yang didagangkan secara umum serta pihak pengurusannya.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1842155/AG_P.jpg?p=medium600

 

 

Source: AG&P
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Gas Oil/Energy Utilities Awards