![]() |
LAS VEGAS, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU francaisor yang paling pesat berkembang di dunia telah menjual hak francais kepada pemilik baharu di Portugal yang teruja untuk membawa COOLTURE, penjenamaan, bimbingan perniagaan serta model perniagaan unik syarikat tersebut yang dinamik ke negara Eropah selatan tersebut.
Pemilik baharunya João Oliveira telah bekerja dalam pasaran hartanah Portugis selama lebih 20 tahun dan mempunyai 100 orang profesional hartanah bekerja di pejabatnya.
"Kami amat gembira dapat menemui rakan kongsi yang pintar dan berjaya seperti João yang begitu berminat dalam membuka peluang kepada para profesional dan pelanggannya seperti kami," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Beliau seorang lelaki yang mementingkan keluarga yang akan membawa kekuatan rasa kekeluargaan dan kasih sayang antara satu sama lain ke pejabat dan komuniti beliau."
"Kami ingin menjadi lebih baik dan melakukan lebih banyak lagi untuk pelanggan kami dengan memberi tumpuan kepada minat dan keperluan mereka," kata Oliveira, yang mempunyai dua orang anak bersama pasangannya Raquel Silva. "Sekarang adalah masa yang ditunggu-tunggu dan Realty ONE Group ialah jenama pilihannya."
Pada tahun ini, Realty ONE Group telah tersenarai dalam 100 francais Kalis Kemelesetan Teratas oleh Franchise Business Review dan syarikat ini telah menduduki tempat pertama bagi francaisor hartanah dalam Senarai Franchise 500(R) 2022 keluaran Entrepreneur yang sangat kompetitif.
UNBrokerage, seperti mana yang ia dikenali dalam industri ini, kini mempunyai lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 49 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada serta akan dibuka di Ecuador, Costa Rica, Itali, Singapura dan Sepanyol, selain wilayah milik A.S. iaitu Puerto Rico.
Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.
Tentang Realty ONE Group
Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan yang unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat merentasi 49 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Kanada, Itali, Sepanyol, Singapura dan Costa Rica. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, telah diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600