omniture

Keselamatan Titik Akhir RevBits Memenangi Anugerah Keselamatan Siber Fortress 2022 untuk Penyelesaian Pengesanan Titik Akhir

RevBits LLC
2022-06-20 21:00 163

Penyedia penyelesaian keselamatan siber RevBits telah dinobatkan sebagai pemenang untuk Pengesanan Titik Akhir dalam Kategori Produk atau Perkhidmatan bagi penyelesaian Keselamatan Titik Akhirnya 

MINEOLA, New York, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- RevBits, sebuah syarikat keselamatan siber bersepadu untuk titik akhir perusahaan sistem pada premis dan awan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi Anugerah Keselamatan Siber Fortress 2022 untuk Pengesanan Titik Akhir bagi penyelesaian Keselamatan Titik Akhir RevBits dalam Pengesanan Titik Akhir – Kategori Produk atau Perkhidmatan. Anugerah Keselamatan Siber Fortress yang ditadbir melalui Business Intelligence Group adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan memberi ganjaran kepada syarikat dan produk terkemuka di dunia yang berusaha untuk memastikan data dan aset elektronik selamat daripada ancaman.

RevBits Endpoint Security was named a winner in the Product or Service Category for Endpoint Detection, and RevBits Privileged Access Management was recognized as a 2022 award finalist.
RevBits Endpoint Security was named a winner in the Product or Service Category for Endpoint Detection, and RevBits Privileged Access Management was recognized as a 2022 award finalist.

RevBits berbesar hati atas penganugerahan dalam kategori berikut:

  • Anugerah Keselamatan Siber Fortress 2022 – Produk atau Perkhidmatan / Pengesanan Titik Akhir 
    • Keselamatan Titik Akhir RevBits
  • Keselamatan Siber Fortress 2022 – Diiktiraf Sebagai Finalis 
    • Pengurusan Akses Istimewa RevBits

"Sebagai pembangun perisian keselamatan siber, fokus kami adalah untuk menyediakan para pelanggan kami dengan penyelesaian yang canggih dan mantap yang dapat meningkatkan postur keselamatan mereka," kata David Schiffer, Ketua Pegawai Eksekutif RevBits. "Diberikan anugerah untuk penyelesaian Keselamatan Titik Akhir kami serta menerima pengiktirafan daripada Fortress untuk produk Pengurusan Akses Istimewa kami adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Melalui usaha pasukan pembangunan dan hala tuju teknologi kami yang diketuai oleh Ketua Pegawai Teknologi kami, Mucteba Celik, kami akan terus mempertingkatkan penyelesaian kami untuk memberikan pengesanan, penyekatan, tindak balas pengurangan dan kawalan yang unggul kepada para pelanggan kami."

"Keselamatan Titik Akhir (EPS) merupakan sebuah produk utama dalam rangkaian penyelesaian perusahaan kami," kata Mucteba Celik, Ketua Pegawai Teknologi RevBits. "Pasaran EPS adalah kompetitif dan mendapat pengiktirafan daripada Fortress merupakan satu penghormatan yang besar. "Usaha pembangunan kami terhadap EPS telah tertumpu kepada membina 100% keupayaan pengesanan dengan pelaporan yang sifar positif palsu. Kami telah melakukan kemajuan besar dalam membina penyelesaian tindak balas, pengesanan dan keselamatan titik akhir yang paling berkebolehan dalam pasaran. Sebagai contoh, kami telah membangunkan teknologi anti kit akar yang memberi pelindungan terhadap serangan perisian hasad peringkat kernel, yang telah dianugerahkan dengan Paten A.S."

Tentang RevBits 

Ditubuhkan pada tahun 2018, RevBits ialah sebuah syarikat keselamatan siber komprehensif yang dikhususkan untuk memberikan perlindungan dan perkhidmatan yang unggul kepada para pelanggannya. Dengan menawarkan pelbagai produk keselamatan canggih yang boleh ditadbir melalui platform keselamatan bersepadu, RevBits memberikan perlindungan terhadap ancaman siber paling canggih yang dihadapi oleh syarikat-syarikat. RevBits beribu pejabat di Mineola, New York serta mempunyai pejabat di Princeton, New Jersey, Boston, Massachusetts, London (England) dan Antwerp (Belgium). Untuk maklumat lanjut tentang RevBits, sila layari

www.revbits.com/aboutrevbits.

Hubungan Media: neal.hesterberg@revbits.com


Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1831967/FortressCyberSecurityAward_2022.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1222447/revbits_logo__002.jpg?p=medium600    

Source: RevBits LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Awards